19hb Julai... pukul 9.15 pagi, kami berada di Seacroft Hospital, Leeds. Hari ini doktor akan mengeluarkan 'stent' yang telah berada di dalam badan Ayim selama lima bulan lebih. Dr. Lloyds, yang merawat Ayim di Hospital St. James, mengarahkan kami supaya datang ke hospital ini.
Pemandangan di kawasan hospital.... bangunan lama... dari luar nampak buruk je tetapi di dalam semuanya OK.... layanan tetap memuaskan.
Ayim bersedia untuk masuk ke bilik rawatan... berdebar, risau dan takut
Sekejap je... lebih kurang setengah jam sudah selesai dan di suruh berehat sebelum di benarkan pulang
Baru mampu tersenyum ..... dan berasa lega. Sudah tidak ada bendasing lagi di dalam badan
Sedang berehat di luar sambil menunggu teksi untuk ke bas station dan terus pulang ke Manchester
27hb Julai.... kami sekali lagi berada di Leeds. Pukul 3.30 petang kami telah berjumpa dengan Dr. Johnson buat kali yang terakhir. Tujuan pertemuan ini ialah untuk mengetahui keputusan CT Scan yg telah diambil pada 14hb.
Hati memang berdebar-debar.... ini adalah penentuan. Walaupun keputusan lepas menunjukkan tumor itu hanya tinggal lagi 10%.... tetapi kami tetap suspen. Apa-apa pun boleh berlaku di saat akhir.
Alhamdulillah........ syukur ........ rahmat Allah masih menyebelahi kami. Dr. Johnson memberitahu semuanya OK... 'stent' sudah berjaya dikeluarkan dan tidak ada masalah. Darah pun sudah kembali normal. Kiranya, semuanya berakhir seperti yang kami inginkan. Dia nasihatkan supaya setiap tiga bulan sekali membuat CT Scan untuk memastikan tumor itu tidak hidup semula.
Syukur... beribu kali syukur. Tetapi ini tidak bermakna PERJUANGAN aku sudah berakhir. Selepas ini, cabaran aku ialah untuk memastikan tumor itu lenyap terus.... PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN......
Pukul 6 petang kami bertolak balik ke Manchester. Buat ketika ini, aku boleh tersenyum lega.....
Bahgianya..... menikmati keindahan alam ciptaan YANG MAHA ESA

Ayim sedang menelefon papa memberitahu berita gembira ini
Sesekali 'melanggar' pantang.... celebrate makan ice cream
Buku-buku yang di beri percuma oleh UK Macmillan Cancer support