text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday 19 October 2010

Sepanjang minggu berlalu

27hb September - temujanji Ayim yang pertama dengan haemotologist di Hospital Ampang. Temujanji ini lebih kepada 'pengenalan'.... mengetahui sejarah pesakit/penyakit dan juga mengenalpasti tindakan seterusnya.



Pintu Masuk Utama


Klinik Pakar



Hasil keputusan uji darah yang telah diambil, darah Ayim tiada masalah. Dan doktor pakar itu mencadangkan supaya Ayim menjalani PET Scan di dalam waktu terdekat. Mereka akan memberitahu kami apabila sudah ada tarikh yang sesuai.

Pada hari itu, kami bernasib baik kerana Ketua Jabatan Haemotologist, Datuk Dr Chang ada bersama. Dia telah menasihatkan supaya Ayim sentiasa membalut kaki kanannya (dibengkung). Hanya dibuka waktu tidur sahaja. Dan juga, kaki tidak boleh dibiarkan terjuntai ke bawah. Bila duduk, kaki lurus ke depan dan di lapik dengan kusyen supaya tinggi. Masa tidur pun begitu juga. Selain dibengkung, dia juga mencadangkan sentiasa melakukan senaman ringan di rumah.  Setakat ini, Ayim telah mengikuti video ini setiap pagi.... kira-kira lebih kurang setengah jam.




Alhamdulillah, setelah tiga minggu, sudah ada nampak perubahan. Size kaki kanannya sudah semakin kecil.  Doktor itu juga ada memberitahu proses ini akan mengambil masa sebab keadaan kaki yang sudah agak lama.  Berita ini sudah cukup menggembirakan kami. Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kembali ke size normal semula.

Minggu-minggu berikutnya, kami memenuhi pelbagai undangan. Selain kenduri kahwin, kami juga menghadiri kenduri Aqiqah dan cukur jambul cucu besan kami

 Baby Irfan Darwish yang hensem


Selawat Nabi


Bersama besan yang telah pun berangkat semula ke Cairo untuk menyambung tugas

Insyaallah.. panjang umur, tahun dopan kito jumpo lagi


Aku jugak sempat 'menjejak kasih' dengan kawan-kawan sekolah yang sudah 37 tahun berpisah. Terlalu lama sangat tidak berjumpa hinggakan tidak kenal antara satu sama lain... terpaksa menggunakan 'name-tag'


Menghadiri jamuan makan malam Santapan di Raja yang dihadiri oleh Yang di Pertuan Besar N.S. yang juga bekas murid Sek. Men. KGV Seremban







Kami tumpang glamour je

Dan, aku berasa sangat gembira dan terharu, tahun ini agak ramai kenalan ..... rakan/sahabat yang mendapat 'kad jemputan'  menjadi tetamu Allah.

Jiran kami yang telah pun berangkat ke tanah suci



Kepada semua kenalan.... rakan/sahabat, juga pengunjung blog ini, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Semoga mendapat haji mabrur.

Kepada semua kenalan ku ini, lebih-lebih lagi yang mengenali Ayim, aku telah minitipkan satu permintaan yang amat 'berat dan mahal' .... iaitu aku meminta mereka semua tolong mendoakan Ayim sihat semula sepenuhnya semasa mereka di tanah suci (kalau boleh semasa di Raudah dan di depan Kaabah).

Apa yang dapat aku katakan ....... doa kalian amat bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih berharga daripada segunung intan berlian/RM!  Terima kasih. Budi baik kalian, kami akan kenang hingga ke akhir hayat. Allah jua yang akan membalasNya.

Sunday 3 October 2010

Jalan Jalan Cuci Mata di Kota Kinabalu

Masih di bulan Syawal..... masih boleh mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri". Alhamdulillah, raya tahun ini amat bermakna bagi kami sekeluarga. Walaupun tahun pertama beraya tanpa ibu, tetapi kami tetap memanjatkan seribu kesyukuran setelah berjaya menempuh ujian Allah yang amat hebat ..... Ayim dapat menjalani kehidupan normal semula seperti orang lain, telah berjaya menjalankan ibadah puasa dan dapat beraya bersama keluarga.


Ayim berposing dengan anak saudara di pagi raya

Oleh kerana Ayim tidak boleh menikmati biskut raya yang sedia ada, terpaksalah aku membuat biskut 'Chocolate Chips Anti-Cancer' khas untuknya.


Rasanya?......hmmm.... boleh tahan!!


Pada 21hb September, kami bertiga telah pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Kali pertama nak tengok bandar KK......excited jugak. Aku dan suami merancang percutian ini sebelum Ayim jatuh sakit..... tidak sangka pulak dia pun dapat ikut sama.

Agenda pertama...... mencuci mata dan bershopping di Pasar Kraftangan Filipina.


Lepas tu... Metrojaya Suria Sabah

Cantik tak? Tak jadi beli sebab salesgirl tu eksyen
(psst... sebenarnya  tak ada size $$$)

Malamnya dinner di Tg. Lipat... tepi laut




 Steamboat & sizzling mee steak



Agenda kedua.... pergi ke Kundasang. Ayim tidak ikut.... takut tidak larat perjalanan yang jauh.

Di dalam perjalanan, kami melalui pekan Tamparuli dan jambatan yang popular ini.





Pekan Nabalu.... perhentian kedua. Kami menikmati sarapan pagi di sini.





Pemandangan Gunung Kinabalu di ambil semasa di Pekan Nabalu dari tingkat atas.



Pemandangan simpang nak masuk ke kaki Gunung Kinabalu


Selamat mendaki..... aduhai...... kami surrender!!


Pemandangan Gunung Kinabalu di ambil dari Pondok Timpohon


Replika bunga rafflesia... bunga yang terbesar di dunia. Kami tidak bernasib baik kerana di masa ini bukan musim ia berbunga.... terpaksalah berpuas hati dengan replika je

Qasrina Zahrah... 'pemandu pelancong'  kami

Sejenis bunga yang aku temui di dalam 'botanical garden'


Di ambil di dalam perjalanan ke Ranau


Menikmati makan tengahari di pekan Ranau


Hari terakhir kami jalan-jalan di tepi laut.





Malam terakhir makan malam di Restoren Kampung D'Llalapan


D'Llalapan special...nasi llalap ayam penyet..... satu talam penuh ulam2an


Alhamdulillah... selamat sampai di Kuala Lumpur.


Percutian yang singkat ... sempena hari jadi 'room-mate' ku sambil menziarah keluarga adik bongsu yang menetap di Kota Kinabalu.

Masih terdengar suara Qistina Amani, 6 tahun,  anak saudara menyanyikan lagu tema Gunung Kinabalu khas untuk kami:

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh... hati saya rindu

Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih-pilih
Apa guna pergi luar negeri
Balik Kinabalu.... hati saya rindu





Kami jugak rindu pada kamu Amani.... terima kasih kerana menjadi hos yang prihatin.