text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday 28 February 2011

Hello Bos ........ Perihatinlah Sikit!

Minggu lepas, Ayim telah pergi menghadiri "Walk-in Interview' di sebuah syarikat yang agak terkenal di Kuala Lumpur untuk jawatan "Structural Engineer". Dia kata dia sekadar nak 'test market'. Temu-duga itu di jadualkan di antara pukul 3 petang hingga 8 malam.

Ayim bertolak dari rumah pukul 2 petang. Oleh kerana jalan 'jam', dia sampai di lokasi temuduga pukul 4 petang. "Walk-in Interview" sudah tentulah ramai yang ingin mencuba nasib. Setelah menunggu hampir 3 jam, pukul 7 malam barulah dipanggil masuk.

Ayim hanya sempat mengucapkan "Good Evening Sir", baru nak letak punggung di kerusi, belum pun sempat bersandar lagi, pegawai yang bertugas itu terus berkata "I'm sorry Karim. We are looking for CGPA 3.5 and above".

Tak sampai 2 minit.... temuduga selesai.

Oleh kerana jalan masih "jam" di sebabkan hujan pada petang itu, Ayim sampai ke rumah semula pukul 9 malam.

7 jam masa terbuang hanya kerana keangkuhan sebuah syarikat korporat! 

Di dalam iklan, mereka hanya meletakkan syarat ..... mereka yang sudah berdaftar dengan "The Institute of  Engineers Malaysia (IEM)" sahaja layak memohon. Susah sangat ke nak tambah lagi satu syarat.... "dan hanya mereka yang CGPA 3.5 keatas sahaja layak memohon". Tidaklah menyusahkan dan membuang masa berpuluh-puluh (atau ratus) orang. Janganlah ingat masa syarikat sahaja yang berharga.

 Ayim dari Seremban, mengambil masa 7 jam. Bayangkan, mereka yang datang dari Johor, Kelantan, Kedah atau pun Penang..... mestilah mereka terpaksa menumpang bermalam di rumah kawan atau saudara. Atau menyewa hotel...... lepas tu, tak sampai 2 minit temuduga selesai.

"Hello Bos.... janganlah sombong sangat. Kerusi empok dan bilik berhawa dingin yang kau duduki hari ini bukanlah untuk selamanya..... bila-bila masa je, engkau boleh ditendang keluar!" (Syyyy..... aku tahulah dia tak baca blog ini.... aku sekadar ingin melepaskan rasa geram je). Pada pendapat aku, kesilapan ini jelas menunjukkan yang syarikat ini tidak sensitif dari segi hubungan kemanusiaan (human relations).

Apalah salahnya.... kalau pihak syarikat sudah 'terlupa' nak letak (atau sengaja tak letak?) syarat CGPA 3.5 tu.... pegawai yang menemuduga tu luangkanlah sedikit masa untuk beramah mesra. Tak payahlah nak tunjuk muka sepuluh sen tu.  Prihatinlah sikit.

Tidak dinafikan.... majoriti masyarakat kita masih beranggapan... kalau CGPA tak sampai 3.5 tu, maknanya kalau tak pemalas, tak cerdik ...... atau pun main-main masa belajar. Mereka tidak terfikir pun masalah yang munkin dihadapi semasa sedang belajar ........ masalah kesihatan ke, kewangan ke (terpaksa bekerja sambil belajar) atau pun masalah keluarga. 

Oleh kerana ini entri geram, aku terpaksa menyejukkan hati aku dengan menatap gambar-gambar air pancut yang ada di dalam koleksi ku......... hmmm..... bunga, kolam dan air pancut adalah terapi ku.




















Jumpa lagi......


Sunday 20 February 2011

Cuti cuti Malaysia - Cherating

Sabda Nabi Muhamad s.a.w., ada 5 perkara yang kita boleh mendapat pahala dengan 'percuma'  ...... tidak payah buat apa pun ........  hanya dengan 'melihat' sahaja...... seperti mendapat bonus.  Salah satu ialah dengan melihat laut. Dan yang lagi empat ialah:


*   melihat Kaabah
*   melihat air zam zam
*   melihat Al Quran
*   melihat wajah kedua ibu bapa dgn rasa kasih sayang


Senangkan? Bertuah bagi mereka yang tinggal di Mekah, dan yang berdekatan dengan laut atau di pulau.

Sambil menyelam minum air.... itulah yang kami lakukan minggu lepas. Kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cherating..... berehat di tepi laut sekali gus  mendapat pahala percuma.



Nombor bilik kami..... macam ada 'Ong' je



Perhiasan bilik daripada kayu dan papan. Lantai pun papan, tak ada karpet ....
ala-ala kampung ... serasi dengan jiwa kami 


Pemandangan dari balkoni bilik .... tidak jauh dari laut



Salah satu aktiviti wajib di waktu pagi ..... menunggu matahari terbit


Lepas tu.... mandi laut


 Ombak laut China Selatan yang 'ganas'. Tak berani nak pergi jauh. Mengikut petua orang tua-tua dan alim ulama, mandi laut bagus untuk menguatkan badan


Ayim sempat jugak berjogging


Cucu-cucu..... bermain pasir





Sampan LAYAR IMPIAN 'tersadai' di tepi pantai




Dah penat mandi laut.... terjun kolam pulak



Di sediakan rumah permainan untuk kanak-kanak



Ayim..... ambil gambar dulu sebelum sarapan


Sebahagian daripada makanan yang disajikan


Kolam yang bersebelahan dgn 'kedai kopi' dan lobi


Lobi





 Sempat jugak pergi ke Kemaman menikmati kopi Hai Peng yang popular itu





 Tak cukup masa untuk melihat penyu mendarat




Aktiviti terakhir sebelum pulang, semestinya singgah membeli keropok sebagai buah tangan



Terasa terlalu pantas masa berlalu......  3 hari 2 malam rasa tak cukuplah..... Setiap kali kami ke Cherating, kami pasti menginap di hotel ini.

Jumpa lagi...

Sunday 6 February 2011

Mengimbau Kenangan Setahun Lalu

Hari ini, tahun lalu kami sampai di Manchester dan terus ke Leeds setelah mendapat berita mengejut... Ayim pengsan dan berada di dalam keadaan kritikal ...... kegagalan kedua-dua buah pinggang,  level kretininnya hampir mencecah 2000 dan  garam potasium darahnya tinggi yang boleh membuatkan jantungnya berhenti bila-bila masa je!  Kansernya menyerang semula.




Beginilah keadaannya apabila kami sampai di Hospital St. James, Leeds


Kuasa Tuhan.... hari ini .... Ayim menjalani kehidupan normal seperti orang lain.....
Alhamdulillah

Ayim bersantai bersama buah hati pengarang jantungnya
Kalau nak tau...... inilah 'girl friend' Ayim!  


Kalau tahun lalu hari ini dia berada di Hospital St. James menjalani dialisis dan seterusnya kemoterapi, tetapi hari hari kami berada di Perubatan Syifa' Al-Hidayah, di Melaka.

Dua kaedah perubatan yang berbeza...... satu moden dan satu lagi tradisional.


Nabi ada bersabda..... "tiap-tiap penyakit itu turun bersama dengan ubatnya. Carilah....."


Pengalaman lalu mengajar kami. Kesilapan kami selama 9 tahun, kami hanya fokus kepada perubatan alternatif.

Peristiwa Ayim pengsan di Leeds, saolah-olah Tuhan ingin menunjukkan kepada kami supaya beralih arah berubat pulak secara moden. Kami tidak ada pilihan di sana, membuatkan kami nekad supaya Ayim membuat kemoterapi. Kalau dia pengsan di Malaysia, amat besar kemungkinan kami tidak akan membawa dia ke hospital ..... apa lagi untuk membuat kemoterapi.

Setelah mencuba mendapatkan temujanji daripada tahun sudah, barulah bulan Januari lalu kami pertama kali berpeluang bertemu Hj. Lokman di cawangan Perubatan Syifa' Al-Hidayah, di Melaka. Hari ini adalah kali kedua.  Hj. Lokman dibantu oleh 'Ustaz Amirul' yang hensem itu!

Setakat ini, kami sangat berpuashati dengan kaedah perubatannya.



Gambar ini diambil semasa Hj. Lokman dan Asyraf bersiaran secara langsung di TV9





Seperti biasa, aku tidak lupa memaparkan bunga-bunga yang wangi-wangi .... seharum kasturi.. sesuai dengan suasana dan mood santai ku hari ini untuk dinikmati bersama........
 


















Salam sayang semua.....