text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday, 28 January 2011

Syukur Di atas Rahmat Tuhan

Pernah kah anda membeli buah durian belanda tiga biji dengan harga RM59.00? Hmmmm..... kami sudah mengalaminya!

Dua minggu lepas, di dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami telah singgah di R & R Pagoh. Dengan tidak disangka-sangka, salah sebuah gerai buah di situ ada menjual durian belanda.... banyak jugak. Menurut penjual itu, buah itu memang datang dari Pagoh.... orang Melayu yang jual. Buahnya cantik-cantik dan segar ...... sekilo RM12.00. Aku pun memilih 3 biji.... setelah ditimbang, harganya RM59.00! Wow.....

Tetapi, memang puashati. Rasanya 'ori'.... maknanya buah itu tidak diletak 'karbide'. Masak secara asli... memang sedap dan manis.

Mungkin sekarang sedang musim sebab di pasar tani dan pasar malam di Seremban pun ada dijual..... RM5.00 sekilo. Dan, kami amat terharu, kenalan-kenalan yang tahu kami memerlukan buah durian belanda, terus membelikan untuk kami..... hmm..... sekarang ada banyak pulak bekalan di rumah ....... alhamdulillah.

Aku juga ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama. Pada 17hb, kami telah pergi ke hospital Ampang untuk mengetahui keputusan PET Scan Ayim.




Kami sampai pukul 8 pagi.... parking sudah penuh! Pengawal sudah sedia menunggu memberi arahan supaya mencari parking di tempat lain. Masalah ini kami alami tiap-tiap kali pergi dan serupa juga di beberapa hospital lain ...... seperti Putrajaya, PPUM dan juga Hospital Seremban. Agaknya, semakin ramai orang sakit setiap hari sehinggakan parking yang disediakan bertingkat-tingkat pun pukul 8 pagi sudah penuh? Setiap kali kami terpaksa parking di luar kawasan hospital.

Pengawal memberi isyarat parking sudah penuh


Alhamdulillah..... kami amat amat bersyukur...... keputusannya seperti yang kami harapkan.....negatif. Ini bermakna buat masa ini sel kanser itu sudah tidak aktif ..... atau sedang 'in remission'. Tuhan telah memakbulkan doa kami dan juga anda semua. Tetapi doktor ada mengingatkan, ini tidak bermakna kami boleh senang hati... dalam masa tahun pertama ini, kalau tidak dijaga dengan betul, ia lebih senang menyerang semula. Setelah tahun ketiga baru boleh 'relaks' sikit. Buat masa ini kami lega..... sekurang-kurangnya, Ayim tidak perlu untuk mengulangi proses kemoterapi sekali lagi.





Rumah kakitangan Hospital Ampang yang disediakan..... cantik



Buat masa ini, aku akan terus memantau diet dia sambil meneruskan senaman. Di samping itu, Ayim meminum air zamzam setiap hari dan memakan sejenis  'food supplement'. Semasa Ayim terbaring selama 1 1/2 tahun dulu pun aku memberi dia supplement ini. Nampaknya ia serasi dengan Ayim.  Selain daripada itu, dia juga mengamalkan ayat-ayat al-Quran untuk mengubat kanser.


Tentang pelajarannya, pihak Universiti memberi dia tempoh sehingga 2012 untuk menghabiskan Msc nya. Kalau dia balik ke Leeds semula tahun ini,  risikonya amat tinggi kerana ini adalah tahun pertama selepas kemoterapi. Kalau diizinkan Allah, mungkin tahun 2012 mengikut keadaan di masa itu. Buat masa sekarang, dia sedang mencuba nasib untuk mencari pekerjaan di sekitar Seremban atau pun Bangi/Kajang di mana dia boleh berulang-alik dari rumah kerana buat masa ini, dietnya lebih diutamakan.  Dia sudah mula berasa boring hanya membaca buku, menghadap TV dan laptop setiap hari.

Kami merasa amat bersyukur ...... tidaklah tertekan sangat dan ada rasa sedikit aura 'kemerdekaan', kedamaian dan ketenangan ......

Lebih-lebih lagi bila menatap gambar bunga-bunga raya yang ada di dalam koleksi ku ini











Terima kasih semua kerana sama-sama mendoakan kesihatan Ayim

Friday, 14 January 2011

Alfatihah untuk Uwan

 Hari ini 15hb Januari, genaplah setahun ibu ku meninggalkan kami. Dia meninggal ketika berusia 89 tahun.




1948 ......  serasi bersama 



1958.... rumah kami adik beradik dibesarkan




Hari ini..... rumah ini kosong tanpa penghuni


Rumah ini di kelilingi oleh berbagai jenis pokok buah2an.... durian, rambutan, mangga, dokong, manggis, jering, petai, jambu, limau, duku, langsat, nangka.  Dulu, pokok durian belanda pun ada, tetapi sekarang sudah mati.... nak diusahakan tanam semula


Rambutan merah rambutan kuning




Ayim... dipangkuan Uwan ketika berusia 3 bulan


Bangun tidor je cari Uwan ....Ayim, ketika berusia 5 tahun


Beraya di kampung..... ketika berusia 17 tahun


Masih nak berpeluk dengan Uwan.... ketika berusia 21 tahun



Pelukan dan ciuman terakhir dengan Uwan sebelum berangkat ke Leeds



Hanya pusara yang menunggu kepulangannya..... 
Uwannya pergi hanya selepas 4 bulan dia berangkat ke Leeds



Jam ini kepunyaan arwah ibu ku.... telah berjasa mengejutkan ibu ku setiap pagi selama 10 tahun untuk bangun menunaikan solat subuh



Dan, mana boleh aku lupa akan bunga raya biru/ungu ini..... aku masih terbayang kegembiraan diwajah ibu ku di pagi itu ketika aku tunjukkan bunga ini kepadanya. Malamnya dia rebah dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... Amin