Bulan..... himpunan hamba-hamba yang terpilih mendapat kad jemputan menjadi tetamu Allah
Kepada semua Haji dan Hajjah yang sudah selamat menunaikan ibadah haji.... syukur alhamdulillah
Bulan...... kita semua menyambut Hari Raya Aidil Adha
Bulan..... kita semua berkesempatan melakukan ibadah qurban
Juga..... bulan pasangan-pasangan melangsungkan perkahwinan
Kami sekeluarga juga telah menghadiri majlis perkahwinan anak rakan karib di Johor Bahru.
Kali pertama melihat kek pengantin dibuat daripada cup cakes
Ayim teruja nak ambil gambar disisi kereta pengantin yang antik ini ....
Kerana platnya..... AK..... Abdul Karim!! Hmmmmm.... Nanti bila Ayim nak kahwin mama kena cari semula kereta ni.... untuk digunakkan sebagai kereta pengantin!
Sekarang ini, sudah 7 bulan Ayim bekerja.... sudah 'confirm'. Yang paling menggembirakan hati mama, ialah, selama 7 bulan ini belum ada sekali pun Ayim mengambil cuti sakit..... walaupun kerja teruk...... syif 12 jam. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif.
Kami sekeluarga juga menerima kad undangan perkahwinan daripada Cik La... yang tidak jemu mengikuti kisah Ayim di blog ini dan juga ber'message' dengan mama dalam facebook. Kami belum pernah berjumpa tetapi tetap sudi menjemput kami di hari bahgianya. Terima kasih Cik La dan pasangan.... mama doakan semoga Cik La bahgia sehingga ke anak cucu. Insyaallah.... kalau tidak ada aral melintang, kami akan hadir.
Hingga jumpa lagi....