Salam semua.... besok kita akan menyambut tahun baru... 2016. Sebagai penutup untuk tahun 2015, aku ingin berkongsi detik-detik gembira kami sekeluarga menerima kedatangan orang baru di dalam keluarga kami, iaitu isteri Ayim.
Mereka memang sudah kenal di antara satu sama lain... sama sekolah dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Selepas habis sekolah... masing-masing membawa haluan masing-masing dan ditakdirkan bertemu semula setelah berkerja. Itulah jodoh namanya.... Kami sekeluarga mengucapkan selamat datang kapada menantu kami, Duratul Ain ....
Di sini aku paparkan gambar-gambar di majlis yang amat bermakna buat kami sekeluarga.... detik di mana 5 tahun dulu aku tidak dapat menjangka sama ada aku akan dapat mengadakan majlis ini. Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa kami. Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan kegembiraan kami....... tidak perlu rasanya untuk aku berceloteh panjang.
Majlis Pertunangan
Perbincangan kedua belah pihak.... 5 dulang di balas 13 ... wow
Cincin pertunangan
Menyarung cincin untuk satu-satu-nya menantu perempuan kami
Sebentuk cincin, sepasang baju, telekung, tas tangan & kasut dan wangian
Majlis akad nikah
Rombongan kami membawa 5 dulang juga
Duit mas kahwin dan seutas gelang untuk upacara membatal air sembahyang
Tiga lagi dulang sebagai 'pengiring'
Dengan sekali lafaz .. Ayim sah menjadi suami kapada Duratul Ain
Majlis resepsi sebelah perempuan
Majlis resepsi sebelah kami
Marilah kita sama-sama mendoakan kebahgiaan mereka dan jodoh mereka
berkekalan hingga ke Jannah
Amin