Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan anak kami Ayim
Allah selamatkan kamu
(Awal & akhir, dunia & akhirat)
Itulah doa kami (papa & mama)
sempena hari jadinya yang ke 28 hari ini.
Tidak ada kek hari jadi....tidak ada hadiah
Hanya sebuah DOA....
Kami amat bersyukur
Tuhan makbulkan doa kami
Supaya Ayim tabah
Kuat semangat
Tidak menyalahkan takdir
Kami pasrah
Dugaan ini hanya sementara
Dugaan ini besar hikmahnya
Dugaan ini mengajar kita:
Erti keyakinan
Erti kesabaran
Erti kejujuran
Erti keikhlasan
Erti kasih sayang
Erti persaudaraan
Erti persahabatan
Memang pahit tapi ada manisnya
Memang pedih tapi ada nikmatnya
Memang sakit tapi ada ubatnya
Kerana itu janji Tuhan
Tiap penyakit ada ubatnya
Hanya masanya belum tiba
Kita nangis dan senyum bersama
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
AKAN ku temui
Ketenangan yang ku cari
AKAN ku temui
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Aku YAKIN rahmat buatku
Aku YAKIN rahmat buatku
Di hadapan menunggu
Itu lah lirik lagu Menaruh Harapan....
Ya... kami Menaruh Harapan
Dan harapan kami tinggi menggunung......
Ayim.... the birthday boy..... akan sembuh semula
9 comments:
salam kak zah...
Saya turut mengAminkan doa-doa kak zah...
selamat menempuh segala dugaan dan cabaran dengan tabah dan cekal...
Terima kasih DM... birthday boy masih tidor... he he.. kat sini pagi
Salam ...
Ms Kelly turut mengaminkan doa2 itu. Happy birthday to Karim. Ibu dan anak menjadi 'idolaku'.
Ms(Datin?)Kelly...T.Kasih banyak2 kerana sentiasa bersedia meminjamkan bahu & telinga U. Kita sama2 mohon keberkatan Allah
SELAMAT HARILAHIR KE 28 - buat Ayim semoga dirahmati Allah sentiasa. Jgn lupa mengucapkan setinggi2 t.kasih buat ibumu yg telah melahirkan Ayim ke dunia.
Kalian antara insan terpilih utk mengalas dugaan dan cabaran. Nikmati berkat kesabaran kalian di harilahir Ayim ini. Semoga kehidupan seterusnya dilimpahi kesejahteraan dan kegembiraan sewangi seindah bunga2 nan berkembang.
Terima kasih Yati kerana sentiasa mendoakan kami dan memberi kata2 semangat. Semoga Yati sekeluarga jugak dilimpahi kesejahteraan dan kegembiraan
Happy Belated Birthday Ayim. Doa ku untuk Ayim - Ya Allah, berilah kekuatan dan kesihatan,rohani dan jasmani untuk Ayim yang jauh dibumi Mu. Lembutkan lah hati Ayim dan ibunya untuk selalu mengingati(zikir) MU, mengshukuri nikmat Mu, dan beribadah pada Mu seperti orang sollih. Ameen.
Ameen...T.kasih Maz.Doa kami jugak utk Maz sekeluarga.
Salam.mama,(maaf,saya tak tahu nak panggil apa..sume orang nampaknya panggil mama :D )
baru semalam terbaca blog mama...
Kuat sungguh mama :)
kuat sungguh Ayim :)
kalian sangat kuat :)
moga terus kuat!!!
Selamat ulang tahun buat Ayim.
Moga ada sinar buatnya dengan bertambahnya umur~
pernah dengar tak pasal hadis tentang habbatus sauda'?
mungkin dapat membantu..wassalam
Post a Comment