Jom.... ikut sama.....sambil berjalan, kamera mesti di tangan...
Ini apartment tempat kami tinggal.... di tkt 2
Mustafa....Pakistani... pengawal yang menjaga reception, shif malam hingga pagi. Pernah bekerja di KL selama 2 tahun... peramah. Setiap pagi, bila dia membukakan gate untuk aku keluar, dia mesti menegur dan bersembang dalam BM
Di depan apartment ini, ada supermarket Lidl
Di belakang apartment pulak, ialah Salford Shopping City... di sini jugak aku suka mencuci mata
Taman permainan
Ini kawasan perumahan yang berdekatan
Bila ternampak bunga yang aku suka di laman rumah orang, aku ambik je gambar... tuan rumah belum bangun lagi
Kadang-kadang bila ada mood nak membaca, aku singgah di library sekejap, baca apa-apa yang terjumpa yang menarik perhatian.... dekat sahaja dengan rumah. Library dibuka pukul 8 pagi.
Pemandangan dari luar
Bahagian kanak-kanak
Ini bahagian untuk orang dewasa.... kadang-kadang aku berehat baca paper yg kat atas meja tu. Bukan nak baca sangat pun sebenarnya... saja nak singgah... suka dengan suasananya yang best
Kalau malas nak berjalan, di tkt atas sekali, tkt 23 di apartment kami tinggal, ada di sediakan gym... tetapi aku lebih suka 'morning walk'
Pemandangan kawasan sekeliling dari tkt 23
Ayim pulak, bila kesihatan mengizinkan, melayan anak saudara membuat jigsaw puzzle
Bila dah masuk gulungan warga emas ini, terpaksalah merajinkan diri untuk ber'exercise' walau di mana jugak berada.... penyakit tiga beradik (darah tinggi, kencing manis dan kolestrol) tu pun telah mula merapatkan diri mereka dengan aku.
Hmmmm.... demi masa.. semasa sihat sebelum sakit
12 comments:
Salam..
gamabar2 yang menarik. Nampak bersih, kemas dan segar. Selamat ber'morning walk'. :)
Salam Mama (muah3)
Bila nampak anjing, jangan lupa baca summumbukmum .. *wink*
salam kak zah...
terima kaseh berkongsi 'pemandangan indah' dengan kami semua....
bunga-bunga tu memanglah cantik2..
Salam perkenalan kakcik...
T.kasih sudi singgah....
Salam Anon... mcm kenal je...
Kalau dh emergency.... satu benda pun tak ingat dah....
Salam DM....
Pemandangan indah dgn cuaca sejuk & nyaman... tu yg rajin morning walk tu walau pun sorang2
salam...mama
saya baru terjumpa blog ni...best ...teringat masa duduk kat Sheffield dulu...
mama saya doakan semoga mama sihat ,ayim sihat supaya dpt sambung semula master nya amin2...
you are the best mama....
seronok datang sini..sebab `rumah' kita sama. hehe
bunga yg cantik
tempatnya bersih
pemandangan yg indah
kemudahannya banyak
mmmm..bestnyer dapat round2, pusing2 kat situ. Udara mesti segar, kan?
Go Mama Go! Walking is gooood!!
Salam Anon..TQ... U make up my day... tapi jgn puji sangat... mana2 ibu pun kalau berada di tempat mama akan buat perkara yg sama... kalau boleh bertukar tempat, nyawa ibu menjadi galang gantinya.
T. kasih kat mama Anon kerana tolong mendoakan Ayim.
Salam Fa...
Kita serupa.....
mmg best... tp tulah sorang2.. takde teman...
Salam KZ,
Cantik dan menenangkan tempat ni...
Hari-hari I tell myself to do some brisk walk... alahai... tinggal cakap-cakap jer! Macamne ye nak motivate diri supaya tak procrastinate ni? Hihi!
Semoga KZ, Ayim dan keluarga dilimpah kesejahteraan. :-)
mustafa tu afghanla wanma, bukan pakistan
Salam Lili
T.kasih mendoakan kami sekeluarga.
KZ dh kena warning dgn doktor kat Msia.. dia kata KZ overweight ...... mesti at least 3 kali seminggu jogging.. itu yg terpaksa merajinkan diri tu....
Yerboy.... ha ha.... wanma tanya dia dulu, wanma lupa pastu tanya papasyah....he he
salam k.zah,
Nikmatnya dpt menyedut udara pagi. Menyegarkan mata dgn pemandangan yg indah. Bunga2 cantik tu lebih indah dri floria putrajaya tempohari.
Kawasan sekitar nampak tenang, nyaman. Paling saya berkenan kawasan perumahan di sana tersusun dan bersih. Nampaknya satu terapi minda yg baik.
Andailah saya dpt temankan k.zah sbb saya pun suka
brisk walk bersama seorg kwn/jiran berdekatan. Maklum dah nak jadi veteran ni..sendi2 makin ketat, lemak pulak makin bertimbun..akibatnya darah jln pun slow jer sampai masuk angin satu badan. Memang elok amalkan jalan2 sambil bersantai ni.
Mudah2an dpt kita amalkan agar kita semua sihat sejahtera hendaknya. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yg semakin hampir.
Salam Yati...
Di Msia mmg KZ buat jugak morning walk ni bila berkesempatan di tepi Tasik Sban 2 ... tp di sini lg best sbb cuaca sejuk & nyaman... mmg doktor dah warning lama... overweight
Selamat menyambut Ramadhan utk Yati & keluarga jugak
Post a Comment