BAGAIMANA PULAK 'HEALTH RATING' UNTUK SARAPAN DI MALAYSIA SEPERTI:
MI UDANG
KUAY TEOW GORENG
Hmmmm........ seperti kata cucu ku Ammar...it's yummy, tasty & delicious.... 'health ratingnya'?
Ayim, takdirNya musafirmu penuh liku, namun kelanamu takkan kami biarkan berseorangan....
9 comments:
salam kak zah...
semuanya dah tertanam kat akal kita bahawa menu nasi lemak, kway teow dll memang sedap... kena tanamkan pula menu seperti yang di atas tu... satu kerja yang payah tapi kalau nak sihat kena usahakan juga... terima kaseh kak zah kerana berkongsi maklumat...
salam KZ,
makanan pg, ptg, siang mlm kat Malaysia ni..ratingnya di tekak dan nafsu..
puas berazam nk elak mkn benda2 tu, namun panggilan tekak..tak berdaya nak menolak.
Dah lali dengar org kata...kalau dah sakit nanti, sua ape pun depan mata dah tak lalu..
tu yg bab jaga kesihatan jatuh no last. Again..mereka yg sakit saja tau apa erti sehat...degilnya kita kan kak zah? he..
salam Kak Zah
kat Mesia , nie hidup untuk makan , bukannya makan untuk hidup..
he he he
DM & Yati
Dah dari kecik kita diperkenalkan dgn menu itu, mestilah kita tersuka yg kita biasa... hanya kena berpatutan......apa2 pun kalau terlebih akan memudharatkan
Salam perkenalan PB
Kita di Msia mewah.. negara makmor.. itulah terjadi hidup utk makan..
syukur makanan melambak diMsia
Problemnya kan, perut kita sentiasa nak nasi. Pagi2 makan roti, rasa kebulur lepas tu, hehehe...tapikannn...hubby Fa dah lama tak makan nasi. Hanya makan buah, sayur, kentang, oat. Badan rasa ringan! Jom kita biasa, biasakan!
Salam Fa
Bagus ikut cara hubby Fa tu.... ala2 diet antikanser pulak. Makan nasi OK tp cara masak lauknya tu yg kita nak jaga
Salam Mama.
Saya terjumpa blog Mama ketika berjalan-jalan di ruang maya. Saya kagum dengan ketabahan Ayim. Saya doakan semoga Ayim disembuhkan penyakitnya dan kuat menghadapi ujian-Nya. Amin.
Jaga diri baik-baik buat Mama sekeluarga.
Salam perkenalan Akirasuri...T.kasih sudi singgah dan sudi mendoakan.
Salam Paezah, Harap Ayim dan u dalam keadaan baik dan dilindungi Allah, insyaAllah. I nak comment sikit pasal makanan kita orang melayu. Klu cakap pasal makanan sampai kuching bertanduk pun tak akan habis. Tapi nak cakap jugak supaya menjadi peringatan pada kita yang dah berumur se-decade dan sedar betapa kita 'lalai'. Seingat I masa yang kecil dulu, arwah emak akan bangun seawal 5 pagi untuk sediakan sarapan pagi untuk kami 8 beradik. Our normal sarapan ialah bubur nasi dengan ikan bilis dan kacang goreng, ubi rebus dengan sambal telor, pulut dengan kelapa pedas kekadang manis, nasi lemak seminggu atau dua minggu sekali, lempeng kelapa atau pisang buboh atas daun pisang dan dibakar tanpa minyak, karipap dan sebulan sekali baru emak buat roti canai. Air pagi ialah teh-o kurang manis dan ini minuman kami dari pagi sampai malam selain air masak. Rasanya cukup dengan carbo, protein, fibre dan sewaktu dengan nya. Cuba renung waktu kita dengan kerja dan malasnya, kita tak mampu nak buat macam emak emak kita buat. Sekarang ni, masih belum terlambat, kita kembali kedapur dan masakkan anak2 dan cucu2 dengan cara yang sihat. InsyaAllah.
Post a Comment