Satu perkara lagi yang menggembirakan aku ialah masih ada bunga-bunga ku yang 'sabar' menanti kepulangan ku. Ada yang dah mati, ada yang hidup segan mati tak mau dan ada yang masih 'gagah' setia pada ku..... seperti bunga mawar dua warna ini
Bunga kesidang yang harum ini
Dan bunga bauhinia kockiana ini
Mangga ni pun 'sayang' pada ku.... dia tunggu jugak aku balik untuk menikmati kemanisannya
(psst... nak lawan kebun Akak)
Semenjak pulang, lagi satu aktiviti utama aku ialah mencari ayam kampung yang hidup bebas (yang original) bukan yang terkurung. Aku tidak mahu lagi memberi Ayim memakan daging ayam 'bandar'. Nasib aku baik kerana aku mendapat bekalan dari seorang peniaga di Pasar Tani. Pada mulanya, Ayim tidak berapa suka kerana dagingnya liat. Setelah membuat sedikit 'eksperimen', sebelum memasak, aku rebus dulu selama 4 jam di dalam slow cooker..... hasilnya?
Memang puas hati......
kari ayam campur kentang & carrot
Dr. Homeopathy ini juga memberitahu hasil dari 'scan'nya, buah pinggang Ayim yang di sebelah kanan 100% pulih dan yang sebelah kiri, 98%. Daripada scan hospital pula, buah pinggang yang di sebelah kiri mengecut dari saiz normal..... sudah tentu tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Tidak mengapa.....ini kepakaran masing-masing..... kami hanya berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan senyuman.
Buat masa ini, masalah yang utama ialah kami masih belum berjaya lagi mendapatkan khidmat doktor pakar di Malaysia untuk rawatan Ayim seterusnya. Selagi kami tidak mendapat 'response' dari haemotologist di Malaysia, Dr. Johnson yang merawat Ayim di Hospital St. James, Leeds tidak dapat hendak 'menyerahkan' file Ayim untuk rawatan selanjutnya. Hmmmm..... mungkin kerana Malaysia kekurangan doktor pakar maka 'response' itu mengambil masa yang lama?? Wallahualam
Yang pasti..... 'kunci'nya ialah SABAR
Selamat menunaikan ibadah puasa
10 comments:
Selamat berpuasa Mama...
seronok berada di rumah sendiri, kan? Ke hujung dunia mana pun kita berada, pastinya hati tetap merindui 'kampung halaman'.. :)
Masuk sekali lagi...
Mama.. 'orang kata', kalau nak lembutkan daging ayam kampung, masukkan sepotong nenas ke dalam masakan, InsyaAllah, daging ayam itu akan lembut.
Semoga Ayim akan terus pulih sepenuhnya. Amin.
salam kak zah....
selesanya bila dah berada di rumah shendiri....
saya tumpang gembira bila Ayim pun turut sihat dan gembira berada di tanahair...
selamat mencuba perubatan alternatif untuk rawatan ayim...
psst... kak zah.. nanti kita lumba mangga siapa yg kena pisau (masak ranum )dulu.... hehehe...
Salam kakcik
Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri.. hujan batu jugak yg kita pilih..
T.kasih beri petua... lain kali cuba pulak masak dgn nenas.
Salam DM
Best dah balik rumah
Kali ini kami akan cuba dua2 kaedah sekali jalan... moden medicine & alternatif.
Mangga tu kali kedua berbuah... kami dh rasa... mmg manis... best.
nnt kita tengok siapa punya dulu masak ranum he he
Mama,
fa sekeluarga memang mengamalkan homeopati. tak sanggup setiap kali tak sihat doktor asyik bagi panadol atau paracetamol. Ada satu perubatan alternatif kat Gombak yang selalu keluar kat Astro Oasis. Dengarnya ada a few pesakit kanser yang berubat kat situ.
Salam K.Zah,
Bestkan dpt kembali ke rmh sendiri, hilang sebahagian masalah. Tahniah dan syukur kesihatan Ayim semakin baik. Teruskan usaha akak menggunakan kaedah alternatif dan moden, insyallah pasti akan menyumbang kpd pemulihan yg total dgn izin Allah.
Amvoii..berlawan mangga sapa masak ranum dulu dgn Mah, mentang2 pokok mangga kita dah habis musim tinggal daun jer..tak pe, kita tunggu third round utk pokok saya. Harap2 dia tak kedekut mengeluarkan hasilnya nanti.
Salam Fa
KZ tak tengok prog kat Astro tu tp kalau kat Gombak, dulu kami pernah pergi... queue terlampau panjg. Masa hubby balik ke Msia bulan Mac, nak buat appt Mei baru dpt. Tak pasti tempat yg sama ke tidak. Insyaallah kami akan bwk jugak Ayim ke sana.
Salam Yati
Yes.. kami akan gunakan kedua2 kaedah serentak. Kami belajar dr kesilapan lalu. Dulu kami hanya fokus tradisional/alternatif saja.
he he.. kalau dekat boleh kita bertukar2 buah manggakan... sama2 merasa.
Salam KZah. Seronok teramat sangat dpt balik rumah yer. Sukalah tengok bunga2 KZah ni. Tumbuh2an pun tau erti kesetiaan kan? Menanti jari2 yg menanam mereka dulu balik utk membelai mereka semula. mar.
Salam Anon
T.kasih sudi singgah. KZ mmg hobi suka menanam bunga & berckp dgn bunga2 tu. Skrg ni kena 'pujuk' semula
Salam Kenal Kak,
sebak bila baca n3 sebelum2 ni.
Semoga Ayim pulih sepenuhnya.
Post a Comment