Ayim berposing dengan anak saudara di pagi raya
Oleh kerana Ayim tidak boleh menikmati biskut raya yang sedia ada, terpaksalah aku membuat biskut 'Chocolate Chips Anti-Cancer' khas untuknya.
Rasanya?......hmmm.... boleh tahan!!
Pada 21hb September, kami bertiga telah pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Kali pertama nak tengok bandar KK......excited jugak. Aku dan suami merancang percutian ini sebelum Ayim jatuh sakit..... tidak sangka pulak dia pun dapat ikut sama.
Agenda pertama...... mencuci mata dan bershopping di Pasar Kraftangan Filipina.
Lepas tu... Metrojaya Suria Sabah
Cantik tak? Tak jadi beli sebab salesgirl tu eksyen
(psst... sebenarnya tak ada size $$$)
Malamnya dinner di Tg. Lipat... tepi laut
Steamboat & sizzling mee steak
Agenda kedua.... pergi ke Kundasang. Ayim tidak ikut.... takut tidak larat perjalanan yang jauh.
Di dalam perjalanan, kami melalui pekan Tamparuli dan jambatan yang popular ini.
Pekan Nabalu.... perhentian kedua. Kami menikmati sarapan pagi di sini.
Pemandangan Gunung Kinabalu di ambil semasa di Pekan Nabalu dari tingkat atas.
Pemandangan simpang nak masuk ke kaki Gunung Kinabalu
Selamat mendaki..... aduhai...... kami surrender!!
Pemandangan Gunung Kinabalu di ambil dari Pondok Timpohon
Replika bunga rafflesia... bunga yang terbesar di dunia. Kami tidak bernasib baik kerana di masa ini bukan musim ia berbunga.... terpaksalah berpuas hati dengan replika je
Qasrina Zahrah... 'pemandu pelancong' kami
Sejenis bunga yang aku temui di dalam 'botanical garden'
Di ambil di dalam perjalanan ke Ranau
Menikmati makan tengahari di pekan Ranau
Hari terakhir kami jalan-jalan di tepi laut.
Malam terakhir makan malam di Restoren Kampung D'Llalapan
D'Llalapan special...nasi llalap ayam penyet..... satu talam penuh ulam2an
Alhamdulillah... selamat sampai di Kuala Lumpur.
Percutian yang singkat ... sempena hari jadi 'room-mate' ku sambil menziarah keluarga adik bongsu yang menetap di Kota Kinabalu.
Masih terdengar suara Qistina Amani, 6 tahun, anak saudara menyanyikan lagu tema Gunung Kinabalu khas untuk kami:
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh... hati saya rindu
Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih-pilih
Apa guna pergi luar negeri
Balik Kinabalu.... hati saya rindu
Kami jugak rindu pada kamu Amani.... terima kasih kerana menjadi hos yang prihatin.
8 comments:
salam
I dapat baca text aje tapi x dapat tengok gambar. Wolverine punya hal.., jah-hat! Thanks for sharing. Luv u Mama cun!
Salam KZ,
Selamat Hari Raya! Belum terlambat lagi ye Kak Zah!
Seronoknya dapat bercuti ke KK. And thanks for sharing. I'm still not that well, nak komen jugak nevertheless!
Salam buat Ayim.
Salam Mama,
mmmm...gambar laut tu cantik..and Amani, soooo sweet!
**macam kenalllll je pengomen no. 1 kat atas tu** hehe
Salam Anon
U kena dtg visit rmh I lg sekali tengok gambar gunung Kinabalu dan dengar lagu dari Amani tau
Salam Lili
Belum terlewat... masih lg di bulan Syawal... selamat hari raya
Semoga cepat2 sihat ye
Salam Fa
Laut di KK mmg cantik. Kami tak berani nak bwk Ayim naik bot pergi pulau .... duduk kat tepi je lah sambil menikmati pemandangan yg indah.
Pengomen no.1 tu mmg U "touch shoulder" dgn dialah kaedahnya!!!
kak zah..
kesian kawan kita kat atas tu...
guna nama anon lagi....
ahak..ahak..ahak...
kak zah...
cantik2 gambar pemandangan yang dapat kak zah rakamkan.... kalau cenggini.. tak dapatlah National Geographic duduk senang kat kerusi depa sebab... another photopgrapher is coming nak mencantas depa....
Salam DM
Kwn kita tu masih malu... takpe asalkan kita tau siapa dia...
Kalau KZ cantas National Geographic tu.. nnt penuh semua gambar2 kita .. he he
Salam KZ...
akhirnya sampai juga di KK... nyaman kan?:)
Salam Kakcik
Memang best... lepas tengok gambar Kakcik hari tu, sememangnya saya rasa tak sabar nak pergi sana. Tapi kami tak pergi banyak tempat, kesian tinggalkan Ayim kat rumah
Post a Comment