Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba.... 22hb November pukul 9.00 pagi temujanji berjumpa dengan Haemotologist di Hospital Ampang. Setelah diambil darah, akhirnya pukul 12.30 baru Ayim dipanggil masuk. Kali ini doktor lain pula.... bukan doktor yang dulu. Keputusan ujian darah semuanya bagus.... tetapi yang tak bagusnya keputusan PET Scan masih tidak siap lagi!
Menurut doktor ini, sepatutnya CT Scan dan PET Scan diambil sekali.... bukannya PET Scan sahaja. Sudah terlanjur keputusan PET Scan masih belum siap, dia menyarankan supaya membuat CT Scan jugak. Temujanji akan datang di jadualkan dua bulan daripada sekarang.
Ayim sedang berbincang dengan jururawat bertugas
Semasa perbincangan, doktor ini menasihatkan supaya jangan sesekali menggunakan kaedah alternatif lagi. Jangan berurut, jangan pergi jumpa tabib cina atau pun makan jamu atau pun apa-apa sajalah selain perubatan hospital. Semasa dia bercakap ini..... dia memandang tepat ke muka aku! Aku boleh mengagak apa yang sedang difikirkannya.... mestilah dia menjangkakan akulah 'the mastermind' di masa dulu tidak mahu membawa Ayim berubat di hospital!
Temujanji akan datang dua bulan lagi. Kalau keputusan PET Scan itu siap mengikut jadual, sepatutnya temujanji yang ini ialah perbincangan mengenai tindakan seterusnya. Sekarang kami terpaksa menunggu dua bulan lagi baru tahu apa tindakan selanjutnya. Selama dua bulan ini, takkanlah kami nak duduk diam sahaja tidak buat apa-apa? Kalau dua bulan lagi baru doktor nak jumpa semula.... tentulah kami terpaksa ikhtiar secara lain.... sudah tentulah perubatan alternatif.
Kehidupan mesti diteruskan........
Kalau tidak ada yang lama takkan ada yang baru. Kalau tidak ada perubatan tradisional, tidak akan ada perubatan moden. Di hospital, hanya menggunakan kaedah kemoterapi atau pun radioterapi. Tidak ada pilihan lain.... dan itulah yang kami nak elakkan sebenarnya. Kalau boleh, kami tidak mau Ayim melalui kemoterapi lagi. Cukuplah hanya sekali! Kalau Ayim terpaksa menjalani kemoterapi sekali lagi, ubat yang akan digunakan mestilah yang lebih kuat daripada yang dulu, kerana ubat yang dulu sudah menjadi tidak efektif lagi.
Aku ada terbaca artikel mengenai khasiat buah durian belanda yang lebih baik daripada kemoterapi untuk mengubati penyakit kanser. Kami ingin mencuba memberi Ayim buah durian belanda ini. Tetapi, buat masa ini, kami tidak tau di mana boleh kami dapatkan bekalan buah ini.
Kalau ada sesiapa yang ada maklumat di mana boleh kami mendapatkan bekalan buah ini, sudi-sudilah memberitahu kami ye
Usaha mesti diteruskan ..... kerana Esok Masih Ada....
16 comments:
26hb ni bermula pameran MAHA di MAEPS serdang, selalunya bermacam-macam hasil pertanian dijual. Buah ini pun mungkin boleh didapati disini.
kak zah...
memang saya pun nak suggest pergi MAHA bermula 26hb November ni... tapi akan saya cuba tanya-tanyakan dengan kenkawan... Insya'Allah..
Salam Anon & DM
T.kasih.... mmg kami bercadang nak pergi.... insyaallah 2hb. Kalau tak jumpa buahnya, nak beli anak pokoknya
Buah durian belanda, febret saya tu k.zah..pelik betul, bila kita nak sangat dia tak de.. tapi bila tak nak.. tergolek2 depan mata, kita buat derk jer.
Selalu jumpa di pasar malam, carrefour dan tesco..insyallah di MAHA nanti biasanya ada. Tentang khasiatnya mmg tidak dinafikan, saya pun ada baca tentangnya.
Berusahalah berubat selagi terdaya, asal tidak memudharatkan diri dan tak menyalahi hukum syarak, ape salahnya..
Salam Yati
Wah... mcm bermadah pulak bunyinye
KZ pun febret.. dulu arwah bapak ada tanam 3 pokok... tu yg rasa nak tanam semula. Bila2 Yati jumpa tolong britau ye... Tesco n Carrefour Sban tak pernah pulak jumpa
Salam.
Semoga dipermudahkan segala urusan.. amiin
salam
Kalau sebelah utara ada di jual dekat R&R Bukit Gantang.
Semuga tabah dan sentiasa diberkhati. Amin...
Salam Werdah
T.kasih kerana sudi tolong mendoakan.
Salam Anon
T.kasih sudi singgah dan tolong mendoakan.
Kalau saya tak dapat masa di MAHA nanti, insyaallah saya akan singgah di R&R Bukit Gantang. Kebetulan kami akan ke utara kira2 3 minggu lagi.
Salam makcik,
Saya ke MAHA Jumaat lepas. Memang ada durian belanda dijual. Kalau tak ada (kadang kala dah habis masa kita pergi) mungkin boleh tanya supplier untuk buah tersebut.
Semoga dipermudahkan urusan.
~Marlinny~
Salam Marlinny
T.kasih beritahu... insyaallah 2hb kami akan pergi.
INsyaALLAH kakza, moga ALLAH permudahkan kakza...AMIN
insyaALLAH kakza, tiap kesabaran kita dengan ujian-ujian ALLAH akan ALLAH berikan ganjaran kepada kita...yang penting kita redha dengan ujian itu dan tidak berputus asa dalam mencari jalan penyelesaiannya....
-nur-
Walaupun nur tak kenal kakza, tapi nur suka ikuti kita Ayim dalam blog kakza. sampaikan salam nur pada Ayim ye kakza....moga Ayim juga bersabar dengan ujian ALLAH ini
Salam,
saya selalu baca blog puan, hanya bersabar dan berdoa kpda Allah swt saja yg dpt saya katakan...mmg puan seorang ibu yg penyayang, semalam saya pergi ke MAHA tapi tak pun jumpa buah durian belanda, dlm perjalanan pulang ke penang, saya singgah di R & R Bkt Gantang pun takde buah tersebut, depa kata bukan musim...
InsyaALLAH , saya doakan ALLAH permudahkan kakza untuk cari buah durian belanda.
moga Ayim kuat n tabah dalam menghadapi ujian ini....
insyaALLAH kami mendoakan untuk Ayim, kak za dan keluarga...
AMIN =)
Salam perkenalan Nur
T.kasih sudi singgah dan tolong mendoakan Ayim
Salam perkenalan Jay
T.kasih sudi singgah dan tolong mencarikan buah durian belanda itu. Alhamdulillah.. saya pergi MAHA semalam (2/12)... ada buah tu... tapi dia org jual yg masih muda. Saya beli jugak
Salam Anon
T.kasih tolong mendoakan kesihatan Ayim.
Saya amat terharu ramai pengunjung blog ini yang saya tidak kenal mendoakan kesihatan Ayim.
Terima kasih sekali lagi
Salam,
Kawan kak jay ada di MAHA la ni, (Rombongan dari Butterworth), dia kata bnyk buah durian belanda, tapi betullah puan kata..muda lagi, kak jay doakan anak puan Ayim sehat seperti sediakala..Amin...
Salam Kak Jay
T.kasih sudi mendoakan Ayim. Semoga satu hari nanti kita boleh berjumpa
Post a Comment