1948 ...... serasi bersama
1958.... rumah kami adik beradik dibesarkan
Hari ini..... rumah ini kosong tanpa penghuni
Rumah ini di kelilingi oleh berbagai jenis pokok buah2an.... durian, rambutan, mangga, dokong, manggis, jering, petai, jambu, limau, duku, langsat, nangka. Dulu, pokok durian belanda pun ada, tetapi sekarang sudah mati.... nak diusahakan tanam semula
Rambutan merah rambutan kuning
Ayim... dipangkuan Uwan ketika berusia 3 bulan
Bangun tidor je cari Uwan ....Ayim, ketika berusia 5 tahun
Beraya di kampung..... ketika berusia 17 tahun
Masih nak berpeluk dengan Uwan.... ketika berusia 21 tahun
Pelukan dan ciuman terakhir dengan Uwan sebelum berangkat ke Leeds
Hanya pusara yang menunggu kepulangannya.....
Uwannya pergi hanya selepas 4 bulan dia berangkat ke Leeds
Jam ini kepunyaan arwah ibu ku.... telah berjasa mengejutkan ibu ku setiap pagi selama 10 tahun untuk bangun menunaikan solat subuh
Dan, mana boleh aku lupa akan bunga raya biru/ungu ini..... aku masih terbayang kegembiraan diwajah ibu ku di pagi itu ketika aku tunjukkan bunga ini kepadanya. Malamnya dia rebah dan meninggal dunia dua hari kemudian.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... Amin
10 comments:
Salam Mama KZ,
A very touching entry. Kenangan bersama famili yang dah tiada sememangnya indah. Al-Fatihah buat arwah bonda KZ tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa.
On a lighter note, rumah tanpa penghuni tu sangatlah cantik dan damai. KZ, buat homestay pun boleh, kan? Hehe, I mean, homestay untuk bloggers berkampung kalau sampai ke N9! Dapek den meraso makanan Minang...
Semoga roh Uwan sedang berbahagia di sana. Al Fatihah.
tengok pada jam tu..memang menyentuh perasaan I!! Arwah nampak sangat penyayang...Semoga rohnya dipelihara dan berada di dalam golongan org2 mukmin. Amin.
Assalamu'alaikum Mama
Semoga arwah dalam rahmat Allah..
Al-Fatihah...moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yang beriman...ameen
al-fatihah..n
ice entry..semoga mama dan ayim serta family sihat2 belaka ya..
Salam Lily
TQ. Mmg ada kwn2 yg suggest buat homestay tp di kg tu tak ada apa2 attraction... mana ada tourist nak dtg! Tp kwn2 blogger... no prob.. brp malam nak stay pun boleh... tunggu musim buah
Salam kakcik
T.kasih sudi mendoakan
Salam Fa
Jam tu mmg nostalgia... perasan tak KZ guna gambar 'recycle'? Ha ha.... pasal masalah besar yg dh hilang lah
Salam Werdah, Jentayu & Cik La
T.kasih semua... sudi mendoakan Uwan Ayim
salam kak zah...
Semuga roh arwah uwan berada bersama-sama para orang2 yang soleh...
terpanggil jawapan kak zah pada lili...
(kalau tiba musim buah.. kak zah janganlah lupakan saya... kalau nak lupakan lili takpa.. jemputlah saya... boleh saya datang menyibuk dan memetik rambutan ker.. menunggu durian ker.... terima kaseh kak zah...)
Salam DM
T.kasih mendoakan uwan
Ish ish ... mana boleh lupakan DM.. semua yg sudi dtg boleh je... takde masalah.... tp kenalah bergotong royong menyapu sawang....
as'salam mama
wah...estnya dok kg...dikelilingi pokok buah-buahan...tenang rasanya..
smoga uwan di tempatkan dikalangan org yg terpuji...
klau musim buah boleh serbu nie..
arwah nenek wanie dluw pon ada jam loceng kesayangan..jam yg macam ada telinga 2 tu...awai pagi bunyi kuat gila memecah hening subuh..
yg malas bangun pagi pon jaga tidur..
Post a Comment