Dua minggu lepas, di dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami telah singgah di R & R Pagoh. Dengan tidak disangka-sangka, salah sebuah gerai buah di situ ada menjual durian belanda.... banyak jugak. Menurut penjual itu, buah itu memang datang dari Pagoh.... orang Melayu yang jual. Buahnya cantik-cantik dan segar ...... sekilo RM12.00. Aku pun memilih 3 biji.... setelah ditimbang, harganya RM59.00! Wow.....
Tetapi, memang puashati. Rasanya 'ori'.... maknanya buah itu tidak diletak 'karbide'. Masak secara asli... memang sedap dan manis.
Mungkin sekarang sedang musim sebab di pasar tani dan pasar malam di Seremban pun ada dijual..... RM5.00 sekilo. Dan, kami amat terharu, kenalan-kenalan yang tahu kami memerlukan buah durian belanda, terus membelikan untuk kami..... hmm..... sekarang ada banyak pulak bekalan di rumah ....... alhamdulillah.
Aku juga ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama. Pada 17hb, kami telah pergi ke hospital Ampang untuk mengetahui keputusan PET Scan Ayim.
Kami sampai pukul 8 pagi.... parking sudah penuh! Pengawal sudah sedia menunggu memberi arahan supaya mencari parking di tempat lain. Masalah ini kami alami tiap-tiap kali pergi dan serupa juga di beberapa hospital lain ...... seperti Putrajaya, PPUM dan juga Hospital Seremban. Agaknya, semakin ramai orang sakit setiap hari sehinggakan parking yang disediakan bertingkat-tingkat pun pukul 8 pagi sudah penuh? Setiap kali kami terpaksa parking di luar kawasan hospital.
Pengawal memberi isyarat parking sudah penuh
Alhamdulillah..... kami amat amat bersyukur...... keputusannya seperti yang kami harapkan.....negatif. Ini bermakna buat masa ini sel kanser itu sudah tidak aktif ..... atau sedang 'in remission'. Tuhan telah memakbulkan doa kami dan juga anda semua. Tetapi doktor ada mengingatkan, ini tidak bermakna kami boleh senang hati... dalam masa tahun pertama ini, kalau tidak dijaga dengan betul, ia lebih senang menyerang semula. Setelah tahun ketiga baru boleh 'relaks' sikit. Buat masa ini kami lega..... sekurang-kurangnya, Ayim tidak perlu untuk mengulangi proses kemoterapi sekali lagi.
Rumah kakitangan Hospital Ampang yang disediakan..... cantik
Buat masa ini, aku akan terus memantau diet dia sambil meneruskan senaman. Di samping itu, Ayim meminum air zamzam setiap hari dan memakan sejenis 'food supplement'. Semasa Ayim terbaring selama 1 1/2 tahun dulu pun aku memberi dia supplement ini. Nampaknya ia serasi dengan Ayim. Selain daripada itu, dia juga mengamalkan ayat-ayat al-Quran untuk mengubat kanser.
Tentang pelajarannya, pihak Universiti memberi dia tempoh sehingga 2012 untuk menghabiskan Msc nya. Kalau dia balik ke Leeds semula tahun ini, risikonya amat tinggi kerana ini adalah tahun pertama selepas kemoterapi. Kalau diizinkan Allah, mungkin tahun 2012 mengikut keadaan di masa itu. Buat masa sekarang, dia sedang mencuba nasib untuk mencari pekerjaan di sekitar Seremban atau pun Bangi/Kajang di mana dia boleh berulang-alik dari rumah kerana buat masa ini, dietnya lebih diutamakan. Dia sudah mula berasa boring hanya membaca buku, menghadap TV dan laptop setiap hari.
Kami merasa amat bersyukur ...... tidaklah tertekan sangat dan ada rasa sedikit aura 'kemerdekaan', kedamaian dan ketenangan ......
Lebih-lebih lagi bila menatap gambar bunga-bunga raya yang ada di dalam koleksi ku ini
Terima kasih semua kerana sama-sama mendoakan kesihatan Ayim
13 comments:
Salam KZ,
Syukur Alhamdulillah...
Ini yang kita doakan dan minta kan, KZ? Semoga Ayim akan terus sihat dan sihat. :-)
Betul KZ, bila dah ada sikit ruang untuk diri sendiri, alang kah sesuainya pepatah Inggeris, to stop and smell the flowers... hehe...hidup ni banyak rencana dan ada sebab utk kita mesti teruskan. Insyaallah.
*rasa nak makan durian belanda ler pulok!
Alhamdulillah... tumpang gembira mendengar berita baik itu. Semoga AYim akan pulih sepenuhnya. :)
ma, mama nak cakap relapse or remission? ayim in remission.. hehe
alhamdulillah
Salam,
Alhamdulillah syukur.. gembira rasanya Ayim dah baik..aunty doa, ayim baik seperti sediakala.
Salam Lili
TQ... apa2 pun Tuhan yg menentukan... kan kan. Skrg ni rasa lebih teruja nak mencantikkan lg garden...(yg mmg tak brp cantik.. he he). Nak durian belanda... meh dtg Sban... KZ belanja
Salam Kakcik
T.kasih.... nnt kami pergi hosp Ampang nak singgah rmh kakcik lah... minum kopi... he he
Iye ke yerboy n earlyboy?
Nnt wanma tukar.. he he silap
Salam Anon
T.kasih
Salam Jay
Ayim kata ... 'T.kasih aunty Jay'
Dear KZ
When you wrote 'relapse', I was worried :-(
Now that has been straightened out, alhamdulillah :-)
Salam
Mdm Mos
Salam Madam Mos
He he..... technical error
kak zah...
Alhamdulillah...
semuga kesihatan Ayim akan bertambah baik....
tumpang gembira dgn keputusan Ayim...
Doa kak zah adalah doa yg paling mujarab....
Salam KZ,
Tahniah dan alhamdulillah dengan kabar gembira buat Ayim. Insyallah atas usaha tanpa jemu KZ dulu dan sekarang mudah2an Ayim terus sihat walafiat dan berjaya meneruskan kerjaya dan seterusnya menyambung pelajaran yg tertangguh suatu hari nanti.
Saya pun peminat bunga raya. Ada 2 jenis bunga raya berlapis besar berwarna orange dan kuning yg saya tanam sebagai kenangan dari Cameron dulu.
Bila dia berkembang pasti saya juga turut tersenyum lebar dan menyapa hello dan salam kerana mencerikan hari saya.
Salam DM
T.kasih banyak2
Salam Yati
T.aksih banyak2.... nnt bila bunga raya tu berbunga, tunjuk gambar ye
salam mama ayim..
semoga ayim sembuh seperti duluw..
chantek2 bunga raya mama...
boleh buat projek landskap bunga raya nie..
salam perkenalan dari wanie
Salam auntie...
Bersemangat semula saya lepas baca entry aunty kali nie.. Saya pun pesakit Non-hodgkins Lymphoma dan tgh jalani chemo. Harapnya, dapat juga kesembuhan sprt ayim..
Post a Comment