Blog ini lahir tanpa dirancang. Tidak terfikir langsung difikiran aku untuk mempunyai sebuah blog di usia begini. Apalagi untuk berkongsi pengalaman secara terbuka. Selama Ayim sakit, aku hanya menulis di buku nota kecil segala apa yang berlaku...... bagaimana keaadaannya, di mana berubat, apa ramuannya, bagaimana cara menggunakannya, apa tindak balas ubat itu dan macam-macam lagi. Satu peristiwa yang paling aku kesalkan ialah beg tangan aku telah dicuri orang dan nota kecil yang merekodkan segala peristiwa ini selama 2 tahun yang memang aku bawa kemana sahaja pun hilang bersama beg tangan itu.
Kebetulan Ayim pengsan di Leeds, dan aku keseorangan di sana menjaga dia. Aku tidak ada teman untuk bercerita. Jadi, selain blog ini sebagai penyimpan rekod untuk kami sekeluarga, ianya juga sebagai pengganti buku nota kecil yang telah hilang. Daripada komen dan email yang aku terima, sungguh tidak disangka, ramai yang mendapat semangat daripada pengalaman kami ini. Sekiranya betul begitu.... alhamdulillah sekali lagi.
Ada yang bertanya di mana kami mendapat kekuatan dan semangat untuk menghadapi dugaan ini ......... sebenarnya, sesiapa pun jika berada ditempat kami, akan secara otomatik 'terpaksa menjadi kuat'. Aku ingin 'meminjam' quotation di sidebar blog "Not the Primrose Path" :
You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left.
Itulah keadaan kami. Kami tidak ada pilihan. Pilihan yang ada hanyalah untuk meneruskan hidup dan tidak berputus asa. Kami juga sentiasa berdoa semoga Allah menyelamatkan kami sekeluarga di dunia dan akhirat.
Lagi satu, ialah suratul 'ankabut surah ke 29, ayat 2:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan, (setelah) mereka mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak akan diuji?
Selagi kita bernyawa, kita akan pasti diuji Allah. Dugaan itu akan tetap datang. Bila, macam mana, bagaimana........ tak tau. Yang pasti kita kena redha.
Itulah pegangan kami didalam menghadapi dugaan ini.
Semasa blog ini mula ber'siaran', kebetulan di masa itu ialah musim sejuk di Leeds. Di bawah ini aku paparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ...... sedingin salji seperti dinginnya jiwa aku di masa itu.
Bangunan di belakang bilik Ayim
Pemandangan di hadapan asrama
Tempat parking di dalam kawasan asrama
Di hadapan Lincoln Wing, Hospital St. James
Pemandangan dalam perjalanan dari Leeds ke Manchester
Terima kasih semua kerana terus memberikan sokongan kepada blog ini.
13 comments:
Salam KZ,
Selamat Ulang Tahun Blog penyejuk hati dan jiwa saya! Betul KZ, saya jadi bersemangat jer bila singgah sini... tapi biasalah orang cengeng macam I ni...reading this and arwah Afzal's quotes, makes me cry. But I'm allowed, kan, Mama?
Just remember KZ, you're not alone... >:d< (*hugs!)
Semoga Ayim, KZ dan seluruh isi keluarga terus tabah dan redha dengan ujian yang datang.
Selamat ulangtahun pertama untuk blog ini. :)
as'salam mama??????
pa kabar???selamat ulang tahun blog nie...betol tu mama,keadaan yang mbuatkan kt kuat..semoga kita dapat bkongsi ktabahan mama s'family...
semoga ayim kuat tabah hadapi semua nie..ada hikmah di yg Allah akan berikan....
Salam KZ,
Melalui kisah ayim kita berkenalan, belum pernah bersua namun ia amat dekat di hati..seribu satu kisah ayim dan KZ ibunya, penuh pengajaran, selalu menginsafkan, menyedarkan tentang pahit manis hidup ini dan erti sebuah sebuah kesabaran.
Biarlah bag tangan dan nota kecil itu pergi kerana ia juga ketentuan Tuhan..semua jeri perih, usaha, doa dan ketabahan KZ telah Allah catit, insyallah ia lebih bererti di sisi Illahi.
Dalan kesejukan salji memutih, ciptaan Allah tetap indah...
Salam Lili
Blog ini penyejuk hati U? Alhamdulilah... tak sia2 KZ menulis. Mula2 dulu malu gak memaparkan kisah keluarga sendiri...
Of course U're allowed to cry baby...Tks so much
Salam Kakcik
T.kasih kerana sentiasa memberi semangat utk kami sekeluarga
Salam haZwAnIE
Kami sihat2 belaka... T.kasih sudi mendoakan.
Salam Yati
Syahdu sekali ucapan Yati. T.kasih. Itulah hikmahnya... kalau tidak kerana blog ini kita tidak dpt berkenalan... insyaallah satu hari yg sesuai kita akan berjumpa. Bangi - Sban dekat je
Salam Mama,
Mas terjumpa blog mama selepas menggoogle perkataan blog pesakit kanser. Biarpun sedih, membaca blog pesakit kanser memberi kesedaran dan peringatan, kisah mama dan ayim sgt istimewa... Mas yakin ayim kuat sbb mama. Mas dilahirkan dalam keluarga yg mempunyai genetik barah, hampir kesemua ibu saudara dan sepupu meninggal kerana kanser. Mas sendiri mempunyai pengalaman istimewa terpilih untuk menjaga arwah mak di ward pesakit kanser. Menguruskan mkn minum,tukar lampin pakai buang, memujuk dia ketika berputus asa dan menangis bersama2 bila rs tak sanggup lagi melihat deritanya. Dan takdir tuhan tu cukup indah, dia pergi dalam pangkuan mas. Jd bila melihat mama menjaga ayim, perasaan seorang anak ini tersentuh. Tahnia mama, kerana kasih seorang ibu yang mama curahkan adalah penawar sakit ayim.
Salam perkenalan Mas
T.kasih di atas kata2 perangsang buat mama dan Ayim. Hanya org yg sudah mengalami yg faham bagaimana perasaan kami.
Bertuah ibu Mas mempunyai anak yg sanggup menjganya hingga ke akhir hayat. Dan ganjaran yg besar sudah pasti menanti utk Mas nnt... insyaallah
kak zah....
blog kak zah juga byk memberi kekuatan untuk saya sewaktu saya betul2 'down'.. byk yg dpt saya renungkan kembali....
Alhamdulillah...
semuga kak zah terus mencatitkan kisah2 ayim disini...
Salam DM
T.kasih.... insyaallah selagi ada cerita yg boleh dikongsi
as'salam mama
kita hidup di muka bumi nie pon,untuk bersaudara dalam islam...susah mama kami turut rasai...perit getir mama kami jadikan sebagai 1 motivasi saat dh "down"...
hanya alam maya yang hubungkan kita,belum pernah bersua muka...
semoga 1 hari nanti ada rezeki kita berjumpa di bumi yang nyata...
Salam haZwAnIE
Insyaallah... satu hari kita akan bersua juga.. boleh kongsi pengalaman
aaarghhhhh..i love u!!
Salam perkenalan kamu..ye,kamu!
T.kasih sudi singgah.....yezzzzz... i love U too!
Post a Comment