Hari ini juga genap setahun selepas kemoterapi terakhirnya. Ini bermakna dia sudah melepasi tahun pertama yang kritikal. Syukur kami kepada Allah SWT.
Untuk meraikan kejayaan ini, kami sekeluarga telah pergi bercuti ..... satu destinasi yang dekat tetapi berada di negara Perancis.......! Ada 'castle', udara sejuk ala ala musim bunga dan bangunan-bangunan yang sememangnya ditiru habis seperti sebuah perkampungan di France, iaitu The Colmar Village di Alsace, France.
Ha ha..... itulah Colmar Tropicale Resort di Bukit Tinggi..... lebih kurang satu jam je perjalanan dari Kuala Lumpur.
Kami sampai sudah malam.... air pancut ini menyambut kedatangan kami
Dah malam pun masih sempat nak bermain dengan angsa
Ada pertunjukkan acrobatics.... tetapi kami tidak sempat nak tengok
Suasana di waktu pagi yang memang nyaman dan menyegarkan
Kereta kuda
Pakaian besi pahlawan perang orang Perancis di abad ke 16
Lanskap yang mempersonakan
Ayim sedang bersantai.....
Selama tiga minggu dia masuk syif pagi.... masuk pukul 7. Pukul 6 sudah keluar rumah. Dan aku bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan bekalan makanannya. Begitulah rutin kami kalau dia bekerja syif pagi.
Selepas sarapan, kami pergi melawat Japanese Village. Melawat taman jepun ini memang agenda yang aku nanti-nantikan kerana taman jepun ini adalah yang terbesar yang berada di luar negara Jepun. Hmmm .....mestilah hebatkan.
Memang luas.... sebuah lanskap yang memang cantik
Ini model rumah Jepun.... kalau nak masuk dikenakan bayaran RM20
Selain Japanese Village dan padang golf, terdapat jugak mini zoo
Aisyah Nur Jasmin & Ainaa Arissa terpesona melihat seekor burung merak sedang mengembangkan ekornya....
Ada beberapa species arnab terdapat di sini
Gambar pertama N3 ini air pancut, aku sudahi dengan air pancut jugak
Selain Japanese Village dan padang golf, terdapat jugak mini zoo
Aisyah Nur Jasmin & Ainaa Arissa terpesona melihat seekor burung merak sedang mengembangkan ekornya....
Ada beberapa species arnab terdapat di sini
Gambar pertama N3 ini air pancut, aku sudahi dengan air pancut jugak
Percutian singkat di hujung minggu yang amat menyeronokkan dan berbaloi. Aku perasan macam baru balik dari France pulak.....
Semoga anda semua terhibur......... Hingga jumpa lagi
9 comments:
Syukur Alhamdulillah. Tumpang seronok melihat Ayim yang semakin sihat. :)
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, semoga sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan.
Alhamdulillah :-)
Dah dapat gaji, bolehlah belanja Aunty C pisang goreng, kankan?
Mama,
Kita terhibur dan merajuk 2-in-1 (sebab tak ajak sama ke Perancis).
Salam mesra
Aunty C
Assalamualaikum Mama,
Cantiknya di Colmar Village ni. Akak belum pernah ke sini.
Semoga Ayim terus sihat.
Salam Kakcik
T.kasih kerana tak jemu2 mengikuti perkembangan Ayim
Salam Werdah
T.kasih... kerana kerana terus mendoakan
Salam Aunty C
Aunty C punya pasal... lebih dari goreng pisang pun boleh... no hal
Jgn merajuk....Nnt kita ajak geng lain bercanda di Perancis Msia ni... mesti bestkan
Salam Kunang-Kunang
T.kasih.
Kami pun baru pertama kali pergi. Mmg best utk percutian singkat di hujung minggu. Cubalah....
Assalam KZ, syukur ke hadrat Allah Ayim telah sihat dan dpt melakukan rutin harian dgn sempurna. Teringin nak ke Bkt Tinggi, wpun dekat tp masih tak berkesempatan sampai ke sana..
W'kumsalam Yati
T.kasih. Kalau utk percutian hujung minggu mmg best.... rasa duduk di 'obersi'.. he he... cubalah
Teringinnye nk g bulit tinggi.. huhuuu.... Mari dapatkan pen digital Al-quran segera.. salam ramadhan dari Putri
Salam perkenalan Putri ilyanie
T.kasih sudi singgah. Bila ada kelapangan pergilah bercuti... dekat je... salam ramadhan dari kami sekeluarga
Post a Comment