text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday, 28 September 2011

Syawal dan beribu-ribu budak hitam

Hari ini 30 Syawal...... sebulan sudah beraya sakan. Rumah terbuka sana sini demi mengiratkan silatulrahim. Pagi tadi pun aku masih menghadiri jemputan rumah terbuka. Kerana terlalu sibuk hinggakan aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Kepada pembaca blog ini.... kami sekeluarga mohon maaf ye... walaupun Syawal sudah di penghujung.



Malam Syawal yang syahdu


 
Aisyah bermain bunga api di malam raya



Chocolate chips anti cancer untuk Ayim



Semalam aku dan suami telah pergi ke pejabat P.T.P.T.N untuk 'memutihkan' nama Ayim. Setelah membuat rayuan, pihak P.T.P.T.N. telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar. Kalau pada awalnya, mereka meminta RM7,000 ataupun RM350 sebulan, tetapi akhirnya mereka 'sudi' bertolak ansur dengan bayaran RM4,000 dan RM100 sebulan selama setahun, tahun kedua RM200 dan tahun ketiga RM300 sehinggalah langsai jumlah pinjaman.


Terima kasihlah P.T.P.T.N. Setelah membayar RM4100, mulai hari ini.... nama Ayim sudah 'putih' semula. Tidaklah seperti "sepuluh budak hitam"!

 
Alhamdulillah..... kami mampu mengadakan RM4,000. Bagi ibu bapa yang tidak mampu.... tidak tau berapa lamalah agaknya anak mereka termasuk gulungan "sepuluh budak hitam"!

Adakah gulungan generasi yang baru menerima ijazah ini dan yang baru nak 'memulakan hidup', selepas 6 bulan habis belajar masih tidak mendapat kerja ..... akhirnya akan termasuk di dalam kumpulan "sepuluh budak hitam" ini? 

Yang pasti.... bukannya "sepuluh budak hitam" tetapi "beribu-ribu budak hitam....."   



Kepada mereka-mereka yang nama mereka masih disenaraihitam..... yang betul-betul tidak mampu nak membayar..... aku doakan semoga mendapat pertolongan Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan ........ Amin

6 comments:

Ibu n Abah said...

Assalamualaikum kak Zah...
Selamat Hari Raya.. bila nak dapat salam raya dan makan kuih raya...
Alhamdulillah...
perbincangan yang dipersetujui dua belah pihak memudahkan urusan Ayim. Syukur diberi kelonggaran. ALhamdulillah.

Mama said...

Wa'alaikumsalam DM
Selamat Hari Raya... hingga habis syawal kita masih tak dpt bertemu.. insyaallah nnt kita cari masa yg sesuai
Alhamdulillah... nama Ayim sudah 'putih' semula

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum KZ...

anak2 saya pun nampaknya sudah terikat dengan hutang sebelum pun memegang duit sendiri. Apa nak buat, ibubapa mereka bukanlah dari golongan yang sangat mampu. :(

Mama said...

Wa'alaikumsalam Kakcik

Nak buat mcm manakan... kita sebagai ibubapa maukan yg terbaik utk anak2. Skrg ni kerja susah nak dpt... kalau dpt pun gaji tak setimpal dgn kelulusan... tp apa pun hidup mesti diteruskan

Tawakkal dan doa sahaja

FaAtip said...

Salam.....
Sebut PTPTN...memang x berapa seronok bila fikir nak kena bayar balik dalam keadaan yang pelajar sendiri tak bersedia. :(

Mama said...

Salam Fa

Mmg betul... kalau budak tu dah menganggur 1 - 2 thn, baru dpt kerja gaji sekitar RM1K,mak/bapak pun tak mampu, mana dia nak cari duit nak byr ribu2 tu... kpd dia org mmglah jumlah tu 'ciput' je