Bulan ini genap dua tahun blog ini bersiaran. Alhamdulillah... keadaan kami sekeluarga lebih ceria daripada tahun lepas.
Berita gembira yang aku nak kongsi ......
Ayim telah di 'nobat'kan sebagai "The Most Dedicated New Staff" Award di satu majlis makan malam yang diadakan oleh syarikatnya. Alhamdulillah .... Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Ayim bersama Lady Boss
Setiap minggu, Ayim akan menjalani sesi fisioterapinya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Setelah tiga kali, alhamdulillah, size kaki kanannya sudah banyak mengecil.
Dengan menggunakan mesin "Kompressor", kaki kanannya dimasukkan ke dalam sarung selama 20 minit. Mesin itu yang melakukan 'terapi' itu. Ayim kata 'best' macam kena urut.
Selesai terapi, Ayim mengayuh basikal pulak untuk menegangkan otot-otot
Buktinya..... 20 min sudah berkayuh sejauh 4.5km dan kalori 'terbakar' 104
Lagi satu exercise untuk menegangkan otot.... ini selama 15 min
Berita yang tak best pulak
Beberapa bulan lepas, Ayim telah pergi menghadiri temuduga dengan Air Asia sebagai juruterbang. Tetapi dia tidak berjaya. Ayim kata soalan semuanya memang teramat susah..... "susah giler!" MAS punya IQ test lebih senang semasa dia menghadirinya dulu.
Hmmmm..... agaknya Tan Sri Tony Fenandez nak menaikkan standard juruterbang-juruterbang di Air Asia.... setanding dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Bagus jugak Tan Sri ni.... tak adalah orang boleh memperlekehkan juruterbang Air Asia.
Bulan lepas Air Asia sekali lagi mengiklankan pengambilan juruterbang baru. Kali ini Ayim kalah sebelum berjuang sebab umur dah terlebih pulak..... tak boleh nak apply langsung.
Tak dapat jadi pilot, tapi dapat jugak merasa duduk di dalam cockpit!
Tapi.... munkin aje Tuhan kata Ayim tak perlu nak jadi 'drebar' kapalterbang..... munkin kapalterbang yang akan membawak Ayim ke merata negara di seluruh dunia. Munkin..... munkin..... munkin satu hari nanti, Ayim akan ada syarikat penerbangan sendiri seperti Tan Sri Tony Fernandez!!! Siapa tau!
(Ish ish..... dont laugh everybody.......)
Let the imagination run wild......
Angan ku tinggi melambung..... ha ha.... (ibu Tan Sri Fernandez dulu pun tidak pernah bermimpi yang anaknya akan memiliki syarikat penerbangan!)
Hingga jumpa lagi.....
.
5 comments:
Salam Mama KZ yang dikasihi..
Terubat rindu sekali lagi bila baca al-kisah Ayim dan KZ yang menyenangkan hati.. Tahniah buat Ayim dan semoga Allah permudahkan segala urusan buatnya.
Kata-kata ibu itu doa...semoga doa KZ dimakbul Allah..who knows, we'll be flying one day in Ayim's airlines. InsyaAllah.
Salam sayang,
Lili
Alhamdulillah dah tahniah buat Ayim yg telah dinobatkan pekerja cemerlang....
Setiap sesuatu ada hikmahnya mengapa ianya berlaku...
Insya'Allah...
Salam Lili dan DM
TQ for the doa ..... Ameeen.
KZ tersenyum dari telinga ke telinga dgn komen "who knows we'll be flying one day in Ayim's airlines".
Kelakarlah pulak..
Kak Zah, ehem..
Jangan lupa bitau Karim, Aunty C nak jadi chief stewardess.. Tak nak kerja tapi nak gaji jer, k?
Alhamdulillah dgn perkembangan terbaru Karim. Tahniah dinobatkan pekerja cemerlang (psst.. I masih simpan surat dari Beball masa dpt award duit dulu kala).
Yours lovingly
Who else, haha..
Salam Aunty C
Nak jadi chief stewardess ye? Tak payah susah2lah... nnt aunty C ckp je dgn Ayim atau mama dia mana nak fly... nnt boleh bagi tiket free... boleh pergi hol bersama2 dgn Puan Lili n Rahmah.... la la la
Post a Comment