Hari ini hari lahir Ayim.... yang ke 30 .... no more twenties... sekarang sudah thirties.....
Budak kepala botak .... gambar 2 tahun dahulu. Semasa sedang menjalani kemoterapi... di Leeds
Renungan orang yang sedang sakit.... ketika itu tak pasti boleh sembuh ke tidak
Posisi yang sama.... 2 tahun kemudian (2012).....sudah berambut... semakin sihat.... di KLIA
Dahi berkerut... merenung masa depan. Allah telah memberikan peluang kedua... tidak boleh disiasiakan... mesti bersyukur dengan rezeki yang diberi dan digunakan sebaik munkin
Ha.... bertambah sihat bertambah ceria..... baru ada senyuman ... tiap tiap hari dapat naik kapal terbang
Kita selalu mendengar orang berkata... rezeki berada di mana-mana ... asalkan kita mahu berusaha. Memang betul..... rezeki itu Tuhan lorongkan di dalam berbagai cara. Kita je yang tidak sedar. Rezeki itu bukan saja duit yang banyak, hidup mewah, dapat makan sedap-sedap, pangkat besar, gaji besar, rumah besar, kereta besar (segala-galanya besar) tetapi kesihatan itu juga adalah rezeki.
Aku teringat akan satu hadith ini....
"Jika satu pintu kegembiraan/rezeki tertutup, Allah akan membuka pintu kedua. Tetapi kita tidak nampak pintu yang terbuka luas itu kerana kita masih meratapi rezeki pertama yang hilang"
Tuhan pulihkan kesihatan Ayim adalah rezeki kami yang paling besar yang Allah telah anugerahkan
kepada kami sekeluarga. Aku perasan aku adalah salah seorang yang terkaya di dunia (kalah Sultan Brunei dan Bill Gates!) kerana mempunyai keluarga bahagia. Dan... aku tidak mahu kami sekeluarga menjadi buta tidak menyedari akan pintu-pintu rezeki di sekeliling kami yang terbuka luas. Yang penting sekarang ini, ialah
1. NIAT ....... (keazaman) ...Merancang masa depan dengan baik
2. Melaksanakannya sebaik yang termampu bersandarkan Al-Quran dan sunnah Nabi dan Rasul
3. Setelah kita berusaha, kita mesti REDHO dengan ketentuan Allah.
Kalau niat dan usaha kita diterima Allah, kita bersyukur dan teruskan berusaha. Jika gagal, kita mesti jugak terus berusaha dan berusaha lagi.... bukannya meratapi kegagalan yang pertama dan menyalahkan takdir kerana pintu kedua akan terbuka.
Ada lagi satu hadis yang menyebut.... Rezeki itu sebenarnya bukan apa yang kita terima. Tetapi adalah apa yang kita pakai, makan dan amalkan. Harta yang kita simpan itu bukan rezeki kita. Rezeki adalah apa yang kita infakkan.... bila kita memberi (bersedekah), Tuhan akan gandakan dan ianya akan bertambah. Tetapi syaitan yang menakutkan kita untuk beramal jariah.
Itulah nasihat aku kepada Ayim dan juga anak-anak yang lain.
Maka......Nikmat manakah yang harus kami dustakan?
10 comments:
Selamat hari ulangtahun kelahiran Ayim. Semoga terus sihat dan sentiasa bahagia dikelilingi keluarga yang mengasihimu.
T.kasih banyak2 Kak Cik. Semoga K.Cik jugak sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta
Nikmat tak terucap dengan kata-kata.. Selamat ulang tahun Bro Ayim
Salam me suya
Bagi pihak Ayim, mama ucapkan terima kasih
selamat menyambut hari lahir Ayim..
Alhamdulillah... sudah semakin sihat Ayim berbanding 2 tahun lepas.
Salam DM
Semua ini berkat doa kwn2 di blog jugak. Terima kasih DM dan terima kasih semua. Hanya Allah yg dpt membalasnya
syukur alhamdulillah
semoga sentiasa sihat
dia kerja kat mana sekarang nie?
Salam pB
T.kasih.
Skrg dia bekerja di KLIA... tu happy sgt tiap hari dpt tengok n naik kpl terbang
Pakcik kagum dengan kesabaran dalam keluarga puan. Semoga Tuhan akan merahmati ketabahan seorang ibu.
I wonder what Ayim is doing now.
Salam Cikgu
Terima kasih sudi melawat blog saya dan t.kasih sekali lagi diatas doa.
Ayim skrg bekerja di KLIA.
Alhamdulillah... dia semakin sihat dan happy.
Post a Comment