Kita masih di dalam bulan Ramadhan. Belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa untuk semua. Semoga kita menjadi umat yang lebih bertaqwa....... Amin
Tiga minggu lepas aku telah menemani Ayim pergi ke pejabat PTPTN. Tujuan kami ialah untuk berbincang tentang pembayaran balik pinjaman yang telah diberi. Kami tidak mau dinobatkan seperti "kacang lupakan kulit". Ialah.... Ayim pun sudah mula bekerja.
Ayim habis pengajian pada tahun 2007. Oleh kerana dia sakit dan selepas itu sambung belajar, kami tidaklah pernah memberitahu PTPTN yang Ayim masih tidak bekerja.
Ayim telah siap membawa segala surat menyurat yang kami rasa perlu untuk membuktikan kepada PTPTN yang kami ini bukanlah sengaja 'lari' tak mau membayar.
Apabila Ayim berjumpa pegawai yang bertugas di kaunter, kami diberitahu yang nama Ayim sudah disenaraihitamkan dan bila-bila masa sahaja notis saman akan dikeluarkan! Kalau Ayim hendak 'memutihkan' namanya semula, dia mesti membayar RM7 ribu lebih atau pun boleh membayar secara ansuran... iaitu sebanyak RM350 sebulan selama 21 bulan. Selepas 21 bulan barulah nama Ayim 'bersih' dan menyambung bayaran seterusnya. Ayim cuba menerangkan yang baru sembuh daripada sakit dan baru sahaja bekerja tetapi pegawai itu langsung tidak mau tengok surat-surat doktor dan surat dari majikan yang menunjukkan Ayim baharu sahaja 2 bulan mula bekerja.
Aku amat kecewa. Aku memang tidak puashati dengan sikap pegawai itu.
Seminggu selepas itu, bila Ayim 'off', aku ajak Ayim pergi semula. Kali ini aku nekad... kami mesti berjumpa dengan pegawai atasan pula. Kami hanya ingin meminta jasa baik PTPTN supaya nama Ayim tidak disenaraihitamkan dan kami akan memulakan ansuran bayaran bulanan serta merta.
Apabila kami sampai di sana, kami tidak dibenarkan berjumpa dengan pegawai atasan kerana semua pegawai yang bertugas di kaunter itu memangnya berpengalaman dan boleh menyelesaikan semua masalah.
OK... aku terima. Ayim pun berjumpa dengan pegawai lain pula. Dia memberitahu, sebenarnya saman sudah pun dikeluarkan May tahun lepas! Adui..... Oleh kerana saman itu dihantar ke alamat lama kami, jadi kami tak tahu. Sebenarnya, semasa Ayim sakit dan memohon penangguhan belajar selama 3 semester, kami sudah memaklumkan kepada PTPTN akan alamat baru kami.
Pegawai yang kedua ini lebih 'perihatin'. Sekurang-kurangnya dia sudi mendengar penjelasan Ayim dan sedia memberi nasihat apakah tindakan yang terbaik yang patut diambil. Dia menyarankan supaya Ayim membuat surat rayuan. Dia berjanji pihak PTPTN akan memperoses selama 7 hari bekerja dan kami akan diberitahu apa-apa keputusannya.
Alahai PTPTN.......
Satu organisasi
Satu jabatan
Satu bos
Satu sistem
Tetapi dua jawapan yang berbeza
Pegawai pertama mengatakan saman akan dikeluarkan
Pegawai kedua pula memberitahu saman sudah dikeluarkan tahun lepas
Pegawai pertama bersikap sombong dan tidak boleh berunding langsung..... seolah-olah "ada aku kisah.... lantak kau le"
Pegawai kedua pula...... membantu memberi cadangan bagaimana nak menyelesaikan masalah. Sejuk jugak hati aku sikit.... kalau tidak selamanya aku akan beranggapan negatif terhadap P.T.P.T.N.
Tetapi, hari ini.... sudah masuk dua belas hari hari bekerja. Kami masih belum mendapat apa-apa berita daripada P.T.P.T.N.
Alahai P.T.P.T.N..... sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan!
Sabar ..... sabar..... sedang puasa ni ..... stay cool
Amin
6 comments:
Kerana sikap pegawai2 yang begitulah, nama jabatan jadi 'busuk'. :(
Salam Kakcik
Betul... kalau saya tak pergi kali kedua, mmg saya sampai bila2 akan mengutuk jabatan itu
Assalamualaikum,
Betapa perlunya sifat lemah lembut dan perihatin dipunyai oleh mereka yang diberi sedikit kuasa ni.
Dengan cara penerangan yang lemah lembut dan simpati boleh melegakan hati yang resah. Kalau jawapannya tak boleh pun sekurang2nya ada usaha menolak meringankan masaalah yang dihadapi pelanggan.
'menolong'
Salam Kunang-Kunang
Memang menghairankan. Mereka ini seperti yg difahamkan semuanya berpengalaman dan terlatih. Tidak sepatutnya berperangai seperti itu. Amat mengecewakan... Melayu pulak tu...
http://health.msn.com/healthy-living/the-4-best-and-3-worst-sweeteners-to-have-in-your-kitchen?imageindex=3
mama, check this out. pasal agave
mummy
Post a Comment