text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Hari ini hari IBU. Aku jugak seorang ibu dan aku jugak seorang anak.



Rumah besar tiang seribu
Rumah kecil tiang satu
Semasa kecil didukung ibu
Sudah tua mengira cucu!




Kenangan manis didukung ibu semasa berumur 2 tahun



Aku bersama ibu tersayang







Sebenarnya, aku amat teruja apabila gambar bunga raya ungu aku terpilih untuk dipertandingkan di dalam peraduan BUNGA BUNGA KITA yang dianjurkan oleh Majalah Laman. Bunga ini amat bermakna buat ku. (Rujuk N3 bulan May 2010 - Kenangan Abadi). Bunga raya ungu ini amat susah untuk berbunga, tetapi di petang 13hb Jan. 2010, bunga ini telah berkembang beberapa kuntum. Aku telah menunjukkan bunga ini kepada ibu ku. Dia amat gembira dan terpegun melihat kecantikan dan keunikan warna bunga itu. Katanya, selama hidupnya (dia berumur 89 tahun), belum pernah dia melihat bunga raya berwarna ungu. Malam itu, kira-kira pukul 10, dia telah rebah terus hilang kudrat dan meninggal 2 hari kemudian.


Sekarang, bila aku saja suka-suka masuk peraduan BUNGA BUNGA KITA, sungguh tidak ku sangka, bunga ini telah terpilih untuk dipertandingkan. (Majalah Laman Edisi 38 - keluaran May/Jun 2011, muka surat 16 nbr 049). Tetapi aku menggunakan nama samaran Wan Ma Cun. He he.... Keputusan akan diketahui bulan Januari 2013 (lambat lagi!). Kalau ada rezeki, berkat 'doa' ibu ku, mana tahu gambar bunga raya ungu ku akan muncul sebagai salah satu gambar yang menang.


Insyaallah



SELAMAT HARI IBU SEMUA...

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum KZ...

seperti yang biasa dikatakan 'tanpa ibu, siapalah kita'.

Semoga gambar bunga raya KZ itu akan terpilih untuk memenangi hadiah nanti. InsyaAllah.

Apa khabar Ayim? :)

Mama said...

Waalaikum salam Kakcik

Kalau bunga raya KZ menang, mesti KZ akan beritau semua org. Tak sabar rasanya

Ayim bertambah sihat... alhamdulillah. Berkat doa semua org. Skrg hanya rutin check up je di hosp Ampang 3 bulan sekali dan fisio seminggu sekali

T,kasih K.cik

Ibu n Abah said...

Kak zah...
Mmg saya pun tak pernah lihat bunga raya unggu...
Mesti menang punya lah...
Cantik betul...

Mama said...

Salam DM

He he... mmg cantik. Ia berlapis mcm bunga ros. Tp sayang pokoknya dah mati semasa KZ di Manchester. Nasib baik sempat ambik gambar.

Kalau menang KZ belanja DM ... berkobar2 ni!

Anonymous said...

Happy Mothers Day auntie..semoga terus tabah dgn senyuman disamping anak-anak tersayang..amiin

-knoreza-

Mama said...

Terima kasih knoreza. Semoga knoreza juga sentiasa happy disamping family tersayang.

mycikgukita said...

salam Kak, blog ni banyak membantu dari segi emosi kpd saya yang mana suami saya pesakit kanser usus stage 3. teruskan menulis ya...

Mama said...

Salam mycikgukita

T.kasih sudi singgah. Alhamdulilah. Akak bersyukur kalau pengalaman kami dpt membantu org lain.

Yg penting jgn putus asa. Teruskan berdoa mohon pertolongan Allah. Stage brp tu jgn dirisaukan. Ada org yg dah stage 4 pun sihat semula dgn izin Allah.

Kami pun dulu... kami tak tau Ayim stage brp dan kami tak nak tau. Kami teruskan berusaha tanpa jemu.

Kalau ingin pertolongan apa2, beritau ye, kalau kak boleh tolong, insyaallah akan cuba bantu setakat yg termampu

mycikgukita said...

dalam satu entri dulu ada puan sebut ayim makan supplement. boleh saya tahu nama supplement tersebut? mungin sesuai juga dengan suami saya.

Mama said...

Salam mycikgukita

Puan beri saya email puan atau facebook atau no. handphone, nnt saya beritau. Saya takut nnt ada yg menganggap saya advertise produk tu. Tp yg paling mustahak diet dia kena jaga... seperti yg saya sebut dlm satu entri... minyak, beras, telur, tepung, roti dll. Air mesti yg dah bertapis sbb air paip biasa klorin tersangat tinggi. Gula tidak boleh langsung, boleh diganti dgn madu asli. MSG jugak tidak boleh... jd elakkan makan di luar. Ayim tiap2 hari membawa bekal ke tempat kerja.

mycikgukita said...

ok.. emelsaya: aslinaak@yahoo.com.my
thanks

Mama said...

Salam puan

Saya sudah email