text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 10 March 2011

Sedingin Salji

Sungguh pantas masa berlalu. Bulan ini, blog Kasih Hingga Ke Syurga menyambut ulang tahunnya yang pertama. Alhamdulillah.

 Blog ini lahir tanpa dirancang. Tidak terfikir langsung difikiran aku untuk mempunyai sebuah blog di usia begini. Apalagi untuk berkongsi pengalaman secara terbuka. Selama Ayim sakit, aku hanya menulis di buku nota kecil segala apa yang berlaku...... bagaimana keaadaannya, di mana berubat, apa ramuannya, bagaimana cara menggunakannya, apa tindak balas ubat itu dan macam-macam lagi. Satu peristiwa yang paling aku kesalkan ialah beg tangan aku telah dicuri orang dan nota kecil yang merekodkan segala peristiwa ini selama 2 tahun yang memang aku bawa kemana sahaja pun hilang bersama beg tangan itu.

Kebetulan Ayim pengsan di Leeds, dan aku keseorangan di sana menjaga dia. Aku tidak ada teman untuk bercerita.  Jadi, selain blog ini sebagai penyimpan rekod untuk kami sekeluarga, ianya juga sebagai pengganti buku nota kecil yang telah hilang. Daripada komen dan email yang aku terima, sungguh tidak disangka, ramai yang mendapat semangat daripada pengalaman kami ini. Sekiranya betul begitu.... alhamdulillah sekali lagi.

Ada yang bertanya di mana kami mendapat kekuatan dan semangat untuk menghadapi dugaan ini ......... sebenarnya, sesiapa pun jika berada ditempat kami, akan secara otomatik 'terpaksa menjadi kuat'. Aku ingin 'meminjam' quotation di sidebar blog "Not the Primrose Path" :

You'll never  know how strong you are until being strong is the only choice you have left.  

Itulah keadaan kami. Kami tidak ada pilihan. Pilihan yang ada hanyalah untuk meneruskan hidup dan tidak  berputus asa. Kami juga sentiasa berdoa semoga Allah menyelamatkan kami sekeluarga di dunia dan akhirat.

 Lagi satu, ialah suratul 'ankabut surah ke 29, ayat 2: 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan, (setelah) mereka mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak akan diuji?

Selagi kita bernyawa, kita akan pasti diuji Allah. Dugaan itu akan tetap datang. Bila, macam mana, bagaimana........ tak tau. Yang pasti kita kena redha.

Itulah pegangan kami didalam menghadapi dugaan ini.

Semasa blog ini mula ber'siaran', kebetulan di masa itu ialah musim sejuk di Leeds. Di bawah ini aku paparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ...... sedingin salji seperti dinginnya jiwa aku di masa itu.



Bangunan di belakang bilik Ayim


Pemandangan di hadapan asrama




Tempat parking di dalam kawasan asrama


 

Di hadapan Lincoln Wing, Hospital St. James






Pemandangan dalam perjalanan dari Leeds ke Manchester





Terima kasih semua kerana terus memberikan sokongan kepada blog ini.