text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Saturday 23 April 2011

Hepi Hepi Hepi

 
Salam semua.... agak lama blog ini tidak bersiaran.  Aku teramat sibuk menyambut kedatangan cucu baru pada 15hb Mac. sehingga tak cukup masa nak duduk meng update blog ini.   

Itulah berita 'hepi' yang pertama



Inilah dia..... cucu yang ke enam..... Nia Mysarah namanya


Bila aku ada masa lapang, aku terpaksa pulak berebut netbook dengan cucu yang sorang ni. Dia tak bagi peluang langsung ........ masa aku nak guna,  masa tu jugak dia nak tengok Upin & Ipin.... tak boleh tangguh-tangguh....


Cucu keempat.... Ainaa Arisa


Berita 'hepi' yang kedua.....

Pada 28hb Mac, kami mendapat keputusan CT Scan Ayim...... selari dengan keputusan PET Scannya bulan lepas, semuanya 'clear'. Syukur alhamdulillah. Berita yang kami sekeluarga nanti-nantikan semenjak 10 tahun lalu.

Ayim juga masih meneruskan berubat dengan Hj. Lokman. Hj. Lokman pun telah memberitahu kami yang kanser Ayim sudah tidak ada .... tetapi perlu meneruskan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran yang disarankan. Sekarang dia lebih memberi fokus untuk memulihkan kaki kanan Ayim.

Untuk mengisi masa lapang, Ayim telah mengikuti Kursus Penterjemahan selama dua minggu di Insitiut Terjemahan Negara di Wangsa Maju. Saja suka-suka..... untuk menambah skill.  Mungkin satu ketika nanti Ayim boleh menjadi Penterjemah sambilan (freelance) ....... masa yang fleksible untuk menambah pendapatan.

Ayim telah memberi aku satu teka-teki: "Apakah nama asal RADIO di dalam bahasa Melayu? Ha.. ha... siapa tahu boleh jawab di kotak komen.....(tapi tiada hadiah..... he he)

Berita 'hepi' yang ketiga....

Alhamdulillah.....  selesai sahaja Ayim mengikuti Kursus Penterjemahan, dia telah mendapat tawaran bekerja dengan anak syarikat DRB-Hicom. Lokasinya di lapangan terbang. Insyaallah, dia akan melaporkan diri pada 3hb Mei. Bukan sebagai juruterbang seperti yang diimpikannya dan bukan juga sebagai jurutera sesuai dengan kelulusannya, tetapi sekurang-kurangnya memenuhi kriterianya:

-  bertugas didalam industri yang dia minat dan di dalam suasana yang amat sesuai dengan jiwanya   
-  bekerja secara syif. (dia memang tidak suka waktu kerja yang rigid ....  waktu  pejabat)
-  dia boleh berulang-alik dari rumah dan aku boleh memasakkan bekal makanannya setiap hari

Gaji memang tidak setimpal dengan kelulusan.... tetapi itu bukanlah isu utama bagi kami. Yang penting dia ada aktiviti.  Ayim kata, sekarang ini dia lebih stress kerana tidak bekerja daripada memikirkan penyakitnya. Sebagai 'cancer survivor', mampu bekerja semula, boleh bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa dan menjalani kehidupan secara normal sudah beribu kali syukur .... sudah amat bertuah. Hanya orang yang mendapat peluang kedua sahaja yang benar-benar tahu nikmat ini dan memahami betapa besarnya keagungan Allah.





Berita 'hepi' yang keempat.....

Ha ha.... insyaallah... pada 1hb Mei ini, kami sekeluarga akan menyambut kepulangan 3 orang hero kami dari Manchester. Mereka kembali kepangkuan kami untuk selama-lamanya. Kami sekeluarga akan berkumpul semula setelah tiga tahun lebih tidak dapat bersama.



3  hero yang kami rindui......Adam Hakimi, Ammar Hariz & Abid Husaini

   

Pada bulan April/May setiap tahun, ada pameran bunga tulip di Keukenhof, Amsterdam.  Aku teringin untuk melihat pameran bunga ini. Setakat hari ini, hajat aku belum kesampaian lagi. Dua tahun sudah, masa aku pergi melancong ke negeri Belanda ini, taman tulip itu di tutup sebab aku pergi pada bulan Julai.

Buat masa ini, aku harus berpuashati dengan melihat gambar-gambarnya sahaja. (T.kasih Lin beri izin 'copy')  Kalau ada 'seru', satu hari, insyaallah, aku akan kesana jua sekali lagi.

Jom.... kita tatapi bersama........





l












Sungguh mengasyikkan.....

Hingga jumpa lagi