text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday 24 May 2011

Mei yang dinanti-nantikan

 

1hb Mei 2011

Kami menyambut kepulangan anak, menantu dan cucu-cucu kami dari Manchester. Mereka sampai pukul 10.30 malam dengan penerbangan Emirates setelah bercuti 3 hari di Dubai.



Kelibat pertama

Pelukkan dan ciuman pertama


Adam Hakimi: "Wow....I am back in Malaysia already"


Ammar Hariz: "why is everybody looking at me?"


Abid Husaini.... so hot.... itchy ...... kali pertama menjejakkan kaki di bumi Malaysia


Gambar pertama keluarga setelah 3 tahun setengah tidak berkumpul


 Makan malam pertama sekeluarga ..... dah pukul 12.30 malam.... kedai ni je yang masih bukak, tetapi terasa semua hidangan sedap-sedap belaka


3hb Mei 2011

 Ayim melapurkan diri di tempat kerja.......KLIA


Ada gaya pilot........ ha ha..... belum lagi.... akan datang..... insyaallah


14hb Mei 2011


Kenduri 3 dalam 1.....Aqiqah 2 orang cucu ... Ainaa Arissa dan Nia Mysarah, kenduri syukur Ayim dah sembuh serta sudah bekerja, juga menyambut kepulangan keluarga dari Manchester, dan tidak dilupakan kenduri arwah sekali.


 Imam, Bilal dan 'Tok Ketua Kampung' memimpin berzanji, tahlil dan bacaan doa


Hidangan yang disediakan untuk tetamu






Beg 'buah tangan' yang berwarna-warni untuk tetamu yang sudi meraikan majlis kami....terima kasih sudi hadir


Kebetulan, 13hb Mei adalah harijadi Abid Husaini yang kedua tahun. Kami mengambil peluang ini untuk meraikan harijadi Abid.


Ramai sepupu-sepupu yang hadir..... satu kejutan untuk mereka


Bulan Mei yang amat membahgiakan kami sekeluarga..... syukur Alhamdulillah


Sehingga jumpa lagi


Sunday 1 May 2011

Memori kaki 'comel'

 Bilakah kali terakhir anda membeli kasut untuk diri anda sendiri?

Semalam?
Minggu lepas?
Bulan lepas?


Bagi kebanyakan orang, membeli kasut baru itu perkara biasa. Tetapi bagi Ayim, membeli kasut baru itu adalah satu nikmat yang tidak terkata.... kerana sudah 6 tahun dia tidak membeli kasut baru! Bukan dia tak teringin, tetapi kerana masalah kaki kanannya yang besar dari kaki kiri. Dia tidak boleh suka-suka pergi kedai, pilih jenama/design apa nak, beli dan pakai. Kasutnya terpaksa ditempah....dahlah mahal, tetapi dia masih merasa tidak selesa. ....  akhirnya langsung tidak dipakai. Dia terpaksa terus menggunakan kasut yang dah senget yang berusia 6 tahun itu!


Kasut yang banyak berjasa..... tidak ada jenama. Kasut senget ini jugak yang di pakai semasa di Leeds


Kalau pergi ke rumah orang, bila buka kasut, kalau tuan rumah itu tidak tahu cerita, ia memang memalukan. Kadang-kadang tu pula, ada air yang keluar dari lubang roma betis dia macam peluh..... boleh menitik jatuh atas karpet rumah orang.... memang tidak selesa.  Dan kalau pergi kenduri, dia tidak boleh duduk bersila. Kalau sembahyang di masjid, dia akan memilih baris yang paling belakang sekali.

Kaki kanannya yang besar itu memang amat ketara kerana dia memakai seluar. Kalau orang perempuan, boleh memakai kain.... dapatlah di sorokkan. Kemana saja dia pergi.... menjadi kebiasaan orang akan bertanya.... macam soalan wajib pulak.

"Bang, kenapa kaki kanan abang gelombong?"

"Eh... kenapa kaki kanan kau bengkak hah?"

"Nape dengan kaki kau tu..... sakit ke?"

"Dik..... kaki kanan tu besar.... accident ke?"

Bahkan, budak yang berumur 3 tahun, Ammar Hariz (anak saudara sendiri) pun pandai memberi komen: "Papayim's leg one big one small!"

Semua soalan cepu mas tu masih boleh dijawab dengan "penuh hemah."  Tetapi ada dua insiden yang kami tidak boleh lupa dan amat menyedihkan. Insiden pertama apabila satu hari dia telah pergi membeli barang di supermarket Giant. Apabila dia nak keluar, pengawal keselamatan yang bertugas telah menahannya dan terus membawanya masuk ke bilik Sekuriti untuk di soal siasat. Pengawal itu telah memaksanya mengangkat seluar. Dia menyangkakan Ayim telah mencuri barang dan menyorokkan di dalam seluarnya! Aduiiiii.......... rasa nak tercabut jantungku!

Insiden kedua apabila seorang hamba Allah ini, datang melawat Ayim semasa dia terbaring di hospital Leeds. Dia nak sangat tengok kaki Ayim yang 'comel' tu. Ayim memang tidak pernah tunjuk pada sesiapa pun selain daripada kami sekeluarga. Dia paksa jugak Ayim membuka selimut.  Setelah ditunjuk..... kami taulah memang dia terperanjat beruk tetapi dia cuba menunjukkan keperihatinannya dengan berkata: "Apa nak malu ...... sekurang-kurangnya kau ada kaki..... orang-orang di Afghanistan tu banyak yang kudung kaki tangan!!!" Eh elah...tak payahlah nak tunjuk kesian... kami tau... itu statement yang tidak ikhlas.

Kaki kanan itu terus membesar selepas pembedahan. Tetapi Ayim tidak merasa kaki itu berat. Dia boleh bergerak seperti biasa.... berjalan, membawa kereta, turun naik tangga.... semuanya tiada masalah. Setiap enam bulan sekali, dia terpaksa menempah 2 pasang seluar baru . Setokin pun dibeli dari kilang dan aku kena 'modify'.

Tetapi hari ini... syukur alhamudillah.... kaki itu sudah mula mengecil semula. Aku rasa sudah mengecut dalam 70%. Dia sudah boleh memakai kasut biasa.... tidak perlu menempah lagi. Beberapa hari lepas kami telah pergi shopping dan dia telah membeli sepasang kasut baru untuk dipakai pergi bekerja nanti. Dan dia telah menyuruh tukang jahitnya mengecikkan semula seluar-seluarnya.


Sebahagian daripada seluar-seluarnya yang telah di kecikkan semula (ha ha... ini baru separuh, ada banyak lagi!)


Ayim sudah bebas dari kanser.... syukur Alhamdulillah... tetapi kaki kanannya masih perlukan rawatan. Semasa kami berubat secara tradisional dulu, macam-macam pendapat dari pengamal perubatan tradisional ini. Salah satu sebab kaki itu membesar kata mereka ialah kerana 'terlangkah'. Ada yang mengatakan terkena sihir..... (ada orang nak sihir papanya, tetapi terkena kat Ayim!). Ada jugak memberitahu, Ayim dimarahi 'hantu laut' semasa berkayak di Laut Cina Selatan kerana terlanggar kawasan anak-anak dia orang bermain. Lagi satu 'versi' .....  Ayim telah masuk ke dalam hutan Endau-Rompin, telah mengambil sesuatu barang dari tempat itu dan tidak dipulangkan semula. Macam-macam lagi. Semua ini kami tidak pernah pertikaikan...... kami terima saja. Kami tidak kisah. Tujuan kami hendak berubat.....  kami hanya mahu Ayim sembuh.

 Tetapi, ada satu pendapat yang membuatkan aku bengang dan teramat marah. Kalau tidak berdosa membunuh orang, memang aku tidak fikir dua kali..... sudah lama orang-orang itu aku tembak dengan senapang gajah! Ada beberapa orang ini berpendapat Ayim mengidap penyakit kaki gajah (elephantiasis) dan tidak boleh diubati untuk selama-lamanya. Kaki itu akan terus membesar, membesar dan membesar sehingga satu ketika nanti dia tidak boleh berjalan lagi! Ini amat menggerunkan kami!

Tetapi.... hari ini, itu semua sudah menjadi satu memori..... satu pengalaman yang tiada nilainya..... Terima kasih Allah kerana amat menyayangi kami!


Aku masih di dalam mood tulip. Aku amat teruja apabila melihat album anak-anak yang berada di Leeds pergi bercuti melawat taman tulip ini. (T.kasih Zura memberi izin utk di 'copy').















Kalau taman ciptaan maanusia sebegini indah..... bagaimana agaknya taman di syurga ye??

Salam kasih sayang untuk semua