text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

Selamat Pengantin Baru Ayim dan Ain


Salam semua.... besok kita akan menyambut tahun baru... 2016. Sebagai penutup untuk tahun 2015, aku ingin berkongsi detik-detik gembira kami sekeluarga menerima kedatangan orang baru di dalam keluarga kami, iaitu isteri Ayim.

Mereka memang sudah kenal di antara satu sama lain... sama sekolah dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Selepas habis sekolah... masing-masing membawa haluan masing-masing dan ditakdirkan bertemu semula setelah berkerja. Itulah jodoh namanya.... Kami sekeluarga mengucapkan selamat datang kapada menantu kami, Duratul Ain ....

Di sini aku paparkan gambar-gambar di majlis yang amat bermakna buat kami sekeluarga.... detik di mana 5 tahun dulu aku tidak dapat menjangka sama ada aku akan dapat mengadakan majlis ini. Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa kami. Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan kegembiraan  kami....... tidak perlu rasanya untuk aku berceloteh panjang.



Majlis Pertunangan





Perbincangan kedua belah pihak.... 5 dulang di balas 13 ... wow



Cincin pertunangan



Menyarung cincin untuk satu-satu-nya menantu perempuan kami






Sebentuk cincin, sepasang baju, telekung, tas tangan & kasut dan wangian 



Majlis akad nikah


Rombongan kami membawa 5 dulang juga





Duit mas kahwin dan seutas gelang untuk upacara membatal air sembahyang



Tiga lagi dulang sebagai 'pengiring'



Dengan sekali lafaz .. Ayim sah menjadi suami kapada Duratul Ain














Majlis resepsi sebelah perempuan












Majlis resepsi sebelah kami










Marilah kita sama-sama mendoakan kebahgiaan mereka dan jodoh mereka 
berkekalan hingga ke Jannah
Amin



Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Hari ini hari IBU. Aku jugak seorang ibu dan aku jugak seorang anak.



Rumah besar tiang seribu
Rumah kecil tiang satu
Semasa kecil didukung ibu
Sudah tua mengira cucu!




Kenangan manis didukung ibu semasa berumur 2 tahun



Aku bersama ibu tersayang







Sebenarnya, aku amat teruja apabila gambar bunga raya ungu aku terpilih untuk dipertandingkan di dalam peraduan BUNGA BUNGA KITA yang dianjurkan oleh Majalah Laman. Bunga ini amat bermakna buat ku. (Rujuk N3 bulan May 2010 - Kenangan Abadi). Bunga raya ungu ini amat susah untuk berbunga, tetapi di petang 13hb Jan. 2010, bunga ini telah berkembang beberapa kuntum. Aku telah menunjukkan bunga ini kepada ibu ku. Dia amat gembira dan terpegun melihat kecantikan dan keunikan warna bunga itu. Katanya, selama hidupnya (dia berumur 89 tahun), belum pernah dia melihat bunga raya berwarna ungu. Malam itu, kira-kira pukul 10, dia telah rebah terus hilang kudrat dan meninggal 2 hari kemudian.


Sekarang, bila aku saja suka-suka masuk peraduan BUNGA BUNGA KITA, sungguh tidak ku sangka, bunga ini telah terpilih untuk dipertandingkan. (Majalah Laman Edisi 38 - keluaran May/Jun 2011, muka surat 16 nbr 049). Tetapi aku menggunakan nama samaran Wan Ma Cun. He he.... Keputusan akan diketahui bulan Januari 2013 (lambat lagi!). Kalau ada rezeki, berkat 'doa' ibu ku, mana tahu gambar bunga raya ungu ku akan muncul sebagai salah satu gambar yang menang.


Insyaallah



SELAMAT HARI IBU SEMUA...

Sunday, 1 May 2011

Memori kaki 'comel'

 Bilakah kali terakhir anda membeli kasut untuk diri anda sendiri?

Semalam?
Minggu lepas?
Bulan lepas?


Bagi kebanyakan orang, membeli kasut baru itu perkara biasa. Tetapi bagi Ayim, membeli kasut baru itu adalah satu nikmat yang tidak terkata.... kerana sudah 6 tahun dia tidak membeli kasut baru! Bukan dia tak teringin, tetapi kerana masalah kaki kanannya yang besar dari kaki kiri. Dia tidak boleh suka-suka pergi kedai, pilih jenama/design apa nak, beli dan pakai. Kasutnya terpaksa ditempah....dahlah mahal, tetapi dia masih merasa tidak selesa. ....  akhirnya langsung tidak dipakai. Dia terpaksa terus menggunakan kasut yang dah senget yang berusia 6 tahun itu!


Kasut yang banyak berjasa..... tidak ada jenama. Kasut senget ini jugak yang di pakai semasa di Leeds


Kalau pergi ke rumah orang, bila buka kasut, kalau tuan rumah itu tidak tahu cerita, ia memang memalukan. Kadang-kadang tu pula, ada air yang keluar dari lubang roma betis dia macam peluh..... boleh menitik jatuh atas karpet rumah orang.... memang tidak selesa.  Dan kalau pergi kenduri, dia tidak boleh duduk bersila. Kalau sembahyang di masjid, dia akan memilih baris yang paling belakang sekali.

Kaki kanannya yang besar itu memang amat ketara kerana dia memakai seluar. Kalau orang perempuan, boleh memakai kain.... dapatlah di sorokkan. Kemana saja dia pergi.... menjadi kebiasaan orang akan bertanya.... macam soalan wajib pulak.

"Bang, kenapa kaki kanan abang gelombong?"

"Eh... kenapa kaki kanan kau bengkak hah?"

"Nape dengan kaki kau tu..... sakit ke?"

"Dik..... kaki kanan tu besar.... accident ke?"

Bahkan, budak yang berumur 3 tahun, Ammar Hariz (anak saudara sendiri) pun pandai memberi komen: "Papayim's leg one big one small!"

Semua soalan cepu mas tu masih boleh dijawab dengan "penuh hemah."  Tetapi ada dua insiden yang kami tidak boleh lupa dan amat menyedihkan. Insiden pertama apabila satu hari dia telah pergi membeli barang di supermarket Giant. Apabila dia nak keluar, pengawal keselamatan yang bertugas telah menahannya dan terus membawanya masuk ke bilik Sekuriti untuk di soal siasat. Pengawal itu telah memaksanya mengangkat seluar. Dia menyangkakan Ayim telah mencuri barang dan menyorokkan di dalam seluarnya! Aduiiiii.......... rasa nak tercabut jantungku!

Insiden kedua apabila seorang hamba Allah ini, datang melawat Ayim semasa dia terbaring di hospital Leeds. Dia nak sangat tengok kaki Ayim yang 'comel' tu. Ayim memang tidak pernah tunjuk pada sesiapa pun selain daripada kami sekeluarga. Dia paksa jugak Ayim membuka selimut.  Setelah ditunjuk..... kami taulah memang dia terperanjat beruk tetapi dia cuba menunjukkan keperihatinannya dengan berkata: "Apa nak malu ...... sekurang-kurangnya kau ada kaki..... orang-orang di Afghanistan tu banyak yang kudung kaki tangan!!!" Eh elah...tak payahlah nak tunjuk kesian... kami tau... itu statement yang tidak ikhlas.

Kaki kanan itu terus membesar selepas pembedahan. Tetapi Ayim tidak merasa kaki itu berat. Dia boleh bergerak seperti biasa.... berjalan, membawa kereta, turun naik tangga.... semuanya tiada masalah. Setiap enam bulan sekali, dia terpaksa menempah 2 pasang seluar baru . Setokin pun dibeli dari kilang dan aku kena 'modify'.

Tetapi hari ini... syukur alhamudillah.... kaki itu sudah mula mengecil semula. Aku rasa sudah mengecut dalam 70%. Dia sudah boleh memakai kasut biasa.... tidak perlu menempah lagi. Beberapa hari lepas kami telah pergi shopping dan dia telah membeli sepasang kasut baru untuk dipakai pergi bekerja nanti. Dan dia telah menyuruh tukang jahitnya mengecikkan semula seluar-seluarnya.


Sebahagian daripada seluar-seluarnya yang telah di kecikkan semula (ha ha... ini baru separuh, ada banyak lagi!)


Ayim sudah bebas dari kanser.... syukur Alhamdulillah... tetapi kaki kanannya masih perlukan rawatan. Semasa kami berubat secara tradisional dulu, macam-macam pendapat dari pengamal perubatan tradisional ini. Salah satu sebab kaki itu membesar kata mereka ialah kerana 'terlangkah'. Ada yang mengatakan terkena sihir..... (ada orang nak sihir papanya, tetapi terkena kat Ayim!). Ada jugak memberitahu, Ayim dimarahi 'hantu laut' semasa berkayak di Laut Cina Selatan kerana terlanggar kawasan anak-anak dia orang bermain. Lagi satu 'versi' .....  Ayim telah masuk ke dalam hutan Endau-Rompin, telah mengambil sesuatu barang dari tempat itu dan tidak dipulangkan semula. Macam-macam lagi. Semua ini kami tidak pernah pertikaikan...... kami terima saja. Kami tidak kisah. Tujuan kami hendak berubat.....  kami hanya mahu Ayim sembuh.

 Tetapi, ada satu pendapat yang membuatkan aku bengang dan teramat marah. Kalau tidak berdosa membunuh orang, memang aku tidak fikir dua kali..... sudah lama orang-orang itu aku tembak dengan senapang gajah! Ada beberapa orang ini berpendapat Ayim mengidap penyakit kaki gajah (elephantiasis) dan tidak boleh diubati untuk selama-lamanya. Kaki itu akan terus membesar, membesar dan membesar sehingga satu ketika nanti dia tidak boleh berjalan lagi! Ini amat menggerunkan kami!

Tetapi.... hari ini, itu semua sudah menjadi satu memori..... satu pengalaman yang tiada nilainya..... Terima kasih Allah kerana amat menyayangi kami!


Aku masih di dalam mood tulip. Aku amat teruja apabila melihat album anak-anak yang berada di Leeds pergi bercuti melawat taman tulip ini. (T.kasih Zura memberi izin utk di 'copy').















Kalau taman ciptaan maanusia sebegini indah..... bagaimana agaknya taman di syurga ye??

Salam kasih sayang untuk semua

Thursday, 10 March 2011

Sedingin Salji

Sungguh pantas masa berlalu. Bulan ini, blog Kasih Hingga Ke Syurga menyambut ulang tahunnya yang pertama. Alhamdulillah.

 Blog ini lahir tanpa dirancang. Tidak terfikir langsung difikiran aku untuk mempunyai sebuah blog di usia begini. Apalagi untuk berkongsi pengalaman secara terbuka. Selama Ayim sakit, aku hanya menulis di buku nota kecil segala apa yang berlaku...... bagaimana keaadaannya, di mana berubat, apa ramuannya, bagaimana cara menggunakannya, apa tindak balas ubat itu dan macam-macam lagi. Satu peristiwa yang paling aku kesalkan ialah beg tangan aku telah dicuri orang dan nota kecil yang merekodkan segala peristiwa ini selama 2 tahun yang memang aku bawa kemana sahaja pun hilang bersama beg tangan itu.

Kebetulan Ayim pengsan di Leeds, dan aku keseorangan di sana menjaga dia. Aku tidak ada teman untuk bercerita.  Jadi, selain blog ini sebagai penyimpan rekod untuk kami sekeluarga, ianya juga sebagai pengganti buku nota kecil yang telah hilang. Daripada komen dan email yang aku terima, sungguh tidak disangka, ramai yang mendapat semangat daripada pengalaman kami ini. Sekiranya betul begitu.... alhamdulillah sekali lagi.

Ada yang bertanya di mana kami mendapat kekuatan dan semangat untuk menghadapi dugaan ini ......... sebenarnya, sesiapa pun jika berada ditempat kami, akan secara otomatik 'terpaksa menjadi kuat'. Aku ingin 'meminjam' quotation di sidebar blog "Not the Primrose Path" :

You'll never  know how strong you are until being strong is the only choice you have left.  

Itulah keadaan kami. Kami tidak ada pilihan. Pilihan yang ada hanyalah untuk meneruskan hidup dan tidak  berputus asa. Kami juga sentiasa berdoa semoga Allah menyelamatkan kami sekeluarga di dunia dan akhirat.

 Lagi satu, ialah suratul 'ankabut surah ke 29, ayat 2: 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan, (setelah) mereka mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak akan diuji?

Selagi kita bernyawa, kita akan pasti diuji Allah. Dugaan itu akan tetap datang. Bila, macam mana, bagaimana........ tak tau. Yang pasti kita kena redha.

Itulah pegangan kami didalam menghadapi dugaan ini.

Semasa blog ini mula ber'siaran', kebetulan di masa itu ialah musim sejuk di Leeds. Di bawah ini aku paparkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ...... sedingin salji seperti dinginnya jiwa aku di masa itu.



Bangunan di belakang bilik Ayim


Pemandangan di hadapan asrama




Tempat parking di dalam kawasan asrama


 

Di hadapan Lincoln Wing, Hospital St. James






Pemandangan dalam perjalanan dari Leeds ke Manchester





Terima kasih semua kerana terus memberikan sokongan kepada blog ini.