text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday 12 November 2014

Jalan-Jalan Cuci Mata.... Tokyo



Bulan lepas Ayim berpeluang pergi bercuti ke Tokyo, Jepun selama 7 hari.  Saje nak kongsi gambar dia berposing di Tokyo. Aku tak pergi... jadi aku tak boleh nak cerita lebih-lebih.  Biar gambar je yang bercerita bagaimana seronoknya dia di sana....




Baru sampai


Tengok peta.... mcm mana nak pergi Disneysea














Dah habis memborong.... sampai ke malam.... best sangat 


Besoknya ke Disneyland pulak









Hari kedua.... memborong lagi



Sempat merasa ice cream micky mouse



















Lake Hakone







Semoga pembaca-pembaca semua enjoy tengok gambar-gambar ini......
 Alhamdulillah Ayim dah sihat sepenuhnya.   Rutin check-up dia sekarang sudah setahun sekali,

Hingga jumpa lagi..

Monday 30 June 2014

June ..... bulan yang penuh nikmat dan barakah



Hari ini dah masuk hari kedua kita berpuasa. Rasanya belum terlambat lagi untuk kami
sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat 
menunaikan ibadah puasa kapada semua





Dan pada bulan Jun tahun ini, ada tiga perkara penting
berlaku di dalam keluarga kami.


Salah satunya, seperti biasa, bulan Jun memang meriah buat
kami sekeluarga kerana kami menyambut hari lahir
beberapa orang ahli keluarga kami.




Salah seorang, Ayim.... telah menyambut hari lahir yang ke 32


Yang kedua
Bulan ini,  kami menerima seorang lagi ahli keluarga baru
Kami telah menyambut kelahiran cucu kelapan kami 

 Alhamdulillah



Setakat hari ini, belum ada nama..... kalau mengikut orang Cina, 8 itu 
membawa "ONG"..... Doa Tokpa dan Wanma semoga selamat
dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah



Yang ketiga, sempena cuti sekolah bulan Jun, cucu-cucu lelaki kami, 
Adam Hakimi dan Ammar Hariz telah selamat dikhatankan,




Dah bujang dah cucu Tokpa dan Wanma





Tiada apa lagi, yang dapat kami ucapkan, melainkan Syukur Alhamdulillah








Saturday 8 February 2014

Jalan-jalan cuci mata di Bali



Salam semua.
Kami baru je balik dari bercuti di Bali. Kami pergi empat orang selama 5 hari 4 malam. Saje nak kongsi gambar-gambar tempat-tempat yang kami lawati. Kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancung, jadi kami bebas mengatur program kami sendiri.



Mercu tanda bandar Bali

Kami sampai pukul 12 tengahari.... terus check-in di hotel Best Western Resort,
Kuta. Kami tinggal di sini selama dua malam. Hotel ini di dalam bandar........
tujuannya supaya senang nak bershopping!!






Petang itu, kami pergi berjalan-jalan di bandar. Kami di bawa ke Pusat Beli 
Belah Krisna. Di sini terdapat bermacam-macam barang yang boleh di jadikan 
cenderahati.  Harganya pun berpatutan.

Malamnya kami makan malam di hotel sahaja. Kami order nasi goreng. Yang 
menarik perhatian kami ialah bekas hidangan nasi goreng itu.... kalau di 
Malaysia seperti tepak sirih.




Besoknya, hari kedua, kami menyewa kereta untuk pergi ke Gunung Berapi
Batur  di Kintamani. Selain panorama yang cukup indah, udara di sekitarnya
jugak dingin dan amat menyenangkan. Lereng gunung berapi itu nampak
hitam..... seperti baru je memuntahkan laharnya. Tetapi gunung ini sudah
tidak aktif lagi dan di seberang sebelah sana ada tasik dan nampak macam
ada perkampungan.






Di sini ada restoren halal. Harga set buffet anggaran RM40 seorang. Surau juga
ada disediakan. Di kaki gunung ini ada kolam air panas di percayai boleh
menyembuhkan bermacam jenis penyakit. Kami rasa terkilan kerana di ketika
itu kami tidak tahu.... jadi kami tidak dapat melawat kolam itu.



Deko di dalam restoren ini

Turun dari gunung, kami singgah di Bali Pulina. Di sini terdapat warung yang
menyediakan kopi luwak. Kopi luwak ini antara kopi yang termahal (Starbucks
pun kalah!) dan tersedap dan amat popular. Rasa macam tidak lengkap
percutian di Bali kalau tidak menghirup kopi luwak ini. Tapi, aku langsung
tidak tergamak untuk menikmatinya setelah aku tahu macam mana kopi ini diproses.




Difahamkan, kopi ini dihasilkan dari najis luwak, iaitu sejenis binatang yang
seakan-akan musang. Luwak itu akan memakan biji-biji kopi yang terbaik
dan biji-biji kopi itu akan keluar semula melalui najisnya. Pekerja-pekerja
ladang akan mengutip najis-najis ini dan membersihkannya. Dari situ
bermulalah proses membuat kopi yang dikekalkan secara tradisional
untuk menarik pelancung.


 Digoreng diatas api yang menggunakan kayu/arang

Kemudian ditumbuk dengan menggunakan lesong kayu
Nostalgia zaman kanak-kanak.
 Aku pernah menolong ibu menumbuk emping dengan
menggunakan lesong tangan ini



Yang dalam cawan putih itu kopi luwak. Tempat ini jugak memperoses berbagai
jenis kopi dan teh yang semuanya enak-enak belaka. Aku rasa kesemua 7 jenis
kopi/teh itu (diberi percuma) kecuali kopi luwak!



Lagi satu lokasi tarikan di Bali yang WAJIB di lawati ialah tanaman padi bukit
(rice terrace) di Tagallang. Selain "menghidangkan" pemandangan yang indah
untuk dinikmati, di sini jugak terdapat gerai-gerai yang menjual bermacam
macam cenderahati.

Selesai satu hari suntuk lawatan kami. Perjalanan ini mengambil masa lebih
kurang 5 jam pergi dan balik. Lokasinya taklah jauh sangat tapi disebabkan
"macet" sepanjang jalan, perjalanan terasa amat lama.



Malamnya kami menonton persembahan tarian tradisional orang-orang Bali,
iaitu tarian kecak selama satu jam. Tiket mahal RM30 seorang. Bagi aku
'boring' tapi ini pun dia orang kata WAJIB TONTON 


Setelah dua malam menginap di hotel Best Western Resort Kuta, besoknya,
hari ketiga kami berpindah ke hotel Grand Istana Rama Bali. Kami memilih
hotel ini kerana lokasinya bertentangan dengan pantai Kuta. Kami ingin berehat
di tepi laut pulak.


Kami disambut dengan gubahan bunga di dalam air yang amat cantik.

Hotel ini hotel lama tetapi mempunyai kawasan yang amat luas dan dihiasi
dengan lanskap yang memang memberi ketenangan seperti yang kami inginkan. 




Pasu yang digunakan untuk mengumpul daun-daun kering yang gugur untuk dibakar


Selesai check-in, kami pergi melawat ke tempat membuat batik.... iaitu Bali Bidadari Batik House


Pekerja-pekerja sedang menenun batik.
Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam bangunan ini




Malamnya kami menonton Barong Dance pulak... satu lagi persembahan
tradisional Bali. Tiket masuk RM30 jugak seorang



Hari kempat, kami melepak je di tepi pantai Kuta,.... cantik dan bersih.






Oleh kerana hotel kami ini berdekatan dengan Hard Rock Cafe Bali, kami pun
mengambil kesempatan untuk mencuci mata di situ.



Hensem mamat ni.... he he.... T-shirt yang dipakai tu sesuai untuk Ayim



Malamnya (malam terakhir) kami pergi makan malam di Jimbaran Bay...
semestinya makanan laut.





Sambil menikmati matahari terbenam


Dan besoknya, kami terbang pulang ke Malaysia.... home sweet home





Hingga jumpa lagi .... insyaallah