Bulan ini genap dua tahun blog ini bersiaran. Alhamdulillah... keadaan kami sekeluarga lebih ceria daripada tahun lepas.
Berita gembira yang aku nak kongsi ......
Ayim telah di 'nobat'kan sebagai "The Most Dedicated New Staff" Award di satu majlis makan malam yang diadakan oleh syarikatnya. Alhamdulillah .... Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Ayim bersama Lady Boss
Setiap minggu, Ayim akan menjalani sesi fisioterapinya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Setelah tiga kali, alhamdulillah, size kaki kanannya sudah banyak mengecil.
Dengan menggunakan mesin "Kompressor", kaki kanannya dimasukkan ke dalam sarung selama 20 minit. Mesin itu yang melakukan 'terapi' itu. Ayim kata 'best' macam kena urut.
Selesai terapi, Ayim mengayuh basikal pulak untuk menegangkan otot-otot
Buktinya..... 20 min sudah berkayuh sejauh 4.5km dan kalori 'terbakar' 104
Lagi satu exercise untuk menegangkan otot.... ini selama 15 min
Berita yang tak best pulak
Beberapa bulan lepas, Ayim telah pergi menghadiri temuduga dengan Air Asia sebagai juruterbang. Tetapi dia tidak berjaya. Ayim kata soalan semuanya memang teramat susah..... "susah giler!" MAS punya IQ test lebih senang semasa dia menghadirinya dulu.
Hmmmm..... agaknya Tan Sri Tony Fenandez nak menaikkan standard juruterbang-juruterbang di Air Asia.... setanding dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Bagus jugak Tan Sri ni.... tak adalah orang boleh memperlekehkan juruterbang Air Asia.
Bulan lepas Air Asia sekali lagi mengiklankan pengambilan juruterbang baru. Kali ini Ayim kalah sebelum berjuang sebab umur dah terlebih pulak..... tak boleh nak apply langsung.
Tak dapat jadi pilot, tapi dapat jugak merasa duduk di dalam cockpit!
Tapi.... munkin aje Tuhan kata Ayim tak perlu nak jadi 'drebar' kapalterbang..... munkin kapalterbang yang akan membawak Ayim ke merata negara di seluruh dunia. Munkin..... munkin..... munkin satu hari nanti, Ayim akan ada syarikat penerbangan sendiri seperti Tan Sri Tony Fernandez!!! Siapa tau!
(Ish ish..... dont laugh everybody.......)
Let the imagination run wild......
Angan ku tinggi melambung..... ha ha.... (ibu Tan Sri Fernandez dulu pun tidak pernah bermimpi yang anaknya akan memiliki syarikat penerbangan!)
Hingga jumpa lagi.....
.