text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Kareem


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yang menziarahi blog ini yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga kami. Kami amat menghargainya ........ Syukran Jazilan.


Kita sama-sama berdoa semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT...... Amin

 

Sempena menyambut bulan yang mulia ini, aku ingin berkongsi kata-kata hikmah di bawah ini. 
Kita sama-sama saling ingat mengingati.

 







Semoga kita semua tidak termasuk di dalam gulungan anak yang durhaka

Dan berita gembira bagi keluarga kami, bulan Julai ini juga genap 2 tahun Ayim menerima rawatan kemoterapinya.  Alhamdulillah.... dia semakin sihat, Dan aku, masih memantau dietnya setiap hari.

Hingga jumpa lagi.....

Sunday 3 June 2012

TIGA PULUH ... the magic number



Hari ini hari lahir Ayim.... yang ke 30 .... no more twenties... sekarang sudah thirties.....





Budak kepala botak .... gambar 2 tahun dahulu. Semasa sedang menjalani kemoterapi... di Leeds
Renungan orang yang sedang sakit.... ketika itu tak pasti boleh sembuh ke tidak






Posisi yang sama.... 2 tahun kemudian (2012).....sudah berambut... semakin sihat.... di KLIA
Dahi berkerut... merenung masa depan.  Allah telah memberikan peluang kedua... tidak boleh disiasiakan... mesti bersyukur dengan rezeki yang diberi dan digunakan sebaik munkin




Ha.... bertambah sihat bertambah ceria..... baru ada senyuman ... tiap tiap hari dapat naik kapal terbang


Kita selalu mendengar orang berkata... rezeki berada di mana-mana ... asalkan kita mahu berusaha. Memang betul..... rezeki itu Tuhan lorongkan di dalam berbagai cara. Kita je yang tidak sedar. Rezeki itu bukan saja duit yang banyak, hidup mewah, dapat makan sedap-sedap, pangkat besar, gaji besar, rumah besar, kereta besar (segala-galanya besar) tetapi kesihatan itu juga adalah rezeki.


Aku teringat akan satu hadith ini....


"Jika satu pintu kegembiraan/rezeki tertutup, Allah akan membuka pintu kedua. Tetapi kita tidak nampak pintu yang terbuka luas itu kerana kita masih meratapi rezeki pertama yang hilang" 


Tuhan pulihkan kesihatan Ayim adalah rezeki kami yang paling besar yang Allah telah anugerahkan 
kepada kami sekeluarga. Aku perasan aku adalah salah seorang yang terkaya di dunia (kalah Sultan Brunei dan Bill Gates!) kerana mempunyai keluarga bahagia.  Dan... aku tidak mahu kami sekeluarga menjadi buta tidak menyedari akan pintu-pintu rezeki di sekeliling kami yang terbuka luas.  Yang penting sekarang ini, ialah


1.  NIAT  ....... (keazaman) ...Merancang   masa depan dengan baik

2.  Melaksanakannya sebaik yang termampu bersandarkan Al-Quran dan sunnah Nabi dan Rasul

3.  Setelah kita berusaha, kita mesti REDHO dengan ketentuan Allah.

Kalau niat dan usaha kita diterima Allah, kita bersyukur dan teruskan berusaha. Jika gagal, kita mesti jugak terus berusaha dan berusaha lagi.... bukannya meratapi kegagalan yang pertama dan menyalahkan takdir kerana pintu kedua akan terbuka.

Ada lagi satu hadis yang menyebut.... Rezeki itu sebenarnya bukan apa yang kita terima. Tetapi adalah apa yang kita pakai, makan dan amalkan. Harta yang kita simpan itu bukan rezeki kita. Rezeki adalah apa yang kita infakkan.... bila kita memberi (bersedekah), Tuhan akan gandakan dan ianya akan bertambah. Tetapi syaitan yang menakutkan kita untuk beramal jariah. 

Itulah nasihat aku kepada Ayim dan juga anak-anak yang lain. 

 

Maka......Nikmat manakah yang harus kami dustakan?

Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Hari ini hari IBU. Aku jugak seorang ibu dan aku jugak seorang anak.



Rumah besar tiang seribu
Rumah kecil tiang satu
Semasa kecil didukung ibu
Sudah tua mengira cucu!




Kenangan manis didukung ibu semasa berumur 2 tahun



Aku bersama ibu tersayang







Sebenarnya, aku amat teruja apabila gambar bunga raya ungu aku terpilih untuk dipertandingkan di dalam peraduan BUNGA BUNGA KITA yang dianjurkan oleh Majalah Laman. Bunga ini amat bermakna buat ku. (Rujuk N3 bulan May 2010 - Kenangan Abadi). Bunga raya ungu ini amat susah untuk berbunga, tetapi di petang 13hb Jan. 2010, bunga ini telah berkembang beberapa kuntum. Aku telah menunjukkan bunga ini kepada ibu ku. Dia amat gembira dan terpegun melihat kecantikan dan keunikan warna bunga itu. Katanya, selama hidupnya (dia berumur 89 tahun), belum pernah dia melihat bunga raya berwarna ungu. Malam itu, kira-kira pukul 10, dia telah rebah terus hilang kudrat dan meninggal 2 hari kemudian.


Sekarang, bila aku saja suka-suka masuk peraduan BUNGA BUNGA KITA, sungguh tidak ku sangka, bunga ini telah terpilih untuk dipertandingkan. (Majalah Laman Edisi 38 - keluaran May/Jun 2011, muka surat 16 nbr 049). Tetapi aku menggunakan nama samaran Wan Ma Cun. He he.... Keputusan akan diketahui bulan Januari 2013 (lambat lagi!). Kalau ada rezeki, berkat 'doa' ibu ku, mana tahu gambar bunga raya ungu ku akan muncul sebagai salah satu gambar yang menang.


Insyaallah



SELAMAT HARI IBU SEMUA...

Wednesday 21 March 2012

Terkini

Kembali bersiaran...... 



Bulan ini genap dua tahun blog ini bersiaran. Alhamdulillah... keadaan kami sekeluarga lebih ceria daripada tahun lepas.

Berita gembira yang aku nak kongsi ......

Ayim telah di 'nobat'kan sebagai "The Most Dedicated New Staff" Award di satu majlis makan malam yang diadakan oleh syarikatnya.  Alhamdulillah .... Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.






Ayim bersama Lady Boss


Setiap minggu, Ayim akan menjalani sesi fisioterapinya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Setelah tiga kali, alhamdulillah, size kaki kanannya sudah banyak mengecil.





Dengan menggunakan mesin "Kompressor",  kaki kanannya dimasukkan ke dalam sarung selama 20 minit. Mesin itu yang melakukan 'terapi' itu.  Ayim kata 'best' macam kena urut.



Selesai terapi, Ayim mengayuh basikal pulak untuk menegangkan otot-otot



 Buktinya..... 20 min sudah berkayuh sejauh 4.5km dan kalori 'terbakar' 104





Lagi satu exercise untuk menegangkan otot.... ini selama 15 min



Berita yang tak best pulak



Beberapa bulan lepas, Ayim telah pergi menghadiri temuduga dengan Air Asia sebagai juruterbang. Tetapi dia tidak berjaya. Ayim kata soalan semuanya memang teramat susah..... "susah giler!"  MAS punya IQ test lebih senang semasa dia menghadirinya dulu.


Hmmmm..... agaknya Tan Sri Tony Fenandez nak menaikkan standard juruterbang-juruterbang di Air Asia.... setanding dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Bagus jugak Tan Sri ni.... tak adalah orang boleh memperlekehkan juruterbang Air Asia.


Bulan lepas Air Asia sekali lagi mengiklankan pengambilan juruterbang baru.  Kali ini Ayim kalah sebelum berjuang sebab umur dah terlebih pulak..... tak boleh nak apply langsung.




Tak dapat jadi pilot, tapi dapat jugak merasa duduk di dalam cockpit!


 
Ini semua ketentuan Tuhan. Kita tidak tau kenapa Tuhan tidak 'mengizin'kan Ayim menjadi juruterbang. Kalau sudah terlebih umur, nampaknya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri jika Ayim masih terus mau mengejar cita-citanya.



Tapi.... munkin aje Tuhan kata Ayim tak perlu nak jadi 'drebar' kapalterbang..... munkin kapalterbang yang akan membawak Ayim ke merata negara di seluruh dunia. Munkin..... munkin..... munkin satu hari nanti, Ayim akan ada syarikat penerbangan sendiri seperti Tan Sri Tony Fernandez!!!  Siapa tau!
(Ish ish..... dont laugh everybody.......)

Let the imagination run wild......



Angan ku tinggi melambung..... ha ha.... (ibu Tan Sri Fernandez dulu pun tidak pernah bermimpi yang anaknya akan memiliki syarikat penerbangan!)






Hingga jumpa lagi.....


.

Sunday 1 January 2012

Selamat Datang 2012





Kita tinggalkan tahun 2011 dan kita melangkah ke tahun 2012.






Sempena di tahun baru ini, aku ingin berkongsi kata-kata yang indah ini untuk renungan bersama: 

Rasa syukur membuat HIDUP menjadi Indah

Rasa syukur membuat yang sedikit menjadi CUKUP

Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki menjadi lebih BAHAGIA

Rasa syukur mengubah masalah menjadi HIKMAH



Semoga kita semua sentiasa menjadi umat yang bersyukur dan dikasihi ALLAH SWT.