text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim
Showing posts with label Msc. Show all posts
Showing posts with label Msc. Show all posts

Friday, 28 January 2011

Syukur Di atas Rahmat Tuhan

Pernah kah anda membeli buah durian belanda tiga biji dengan harga RM59.00? Hmmmm..... kami sudah mengalaminya!

Dua minggu lepas, di dalam perjalanan ke Johor Bahru, kami telah singgah di R & R Pagoh. Dengan tidak disangka-sangka, salah sebuah gerai buah di situ ada menjual durian belanda.... banyak jugak. Menurut penjual itu, buah itu memang datang dari Pagoh.... orang Melayu yang jual. Buahnya cantik-cantik dan segar ...... sekilo RM12.00. Aku pun memilih 3 biji.... setelah ditimbang, harganya RM59.00! Wow.....

Tetapi, memang puashati. Rasanya 'ori'.... maknanya buah itu tidak diletak 'karbide'. Masak secara asli... memang sedap dan manis.

Mungkin sekarang sedang musim sebab di pasar tani dan pasar malam di Seremban pun ada dijual..... RM5.00 sekilo. Dan, kami amat terharu, kenalan-kenalan yang tahu kami memerlukan buah durian belanda, terus membelikan untuk kami..... hmm..... sekarang ada banyak pulak bekalan di rumah ....... alhamdulillah.

Aku juga ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama. Pada 17hb, kami telah pergi ke hospital Ampang untuk mengetahui keputusan PET Scan Ayim.




Kami sampai pukul 8 pagi.... parking sudah penuh! Pengawal sudah sedia menunggu memberi arahan supaya mencari parking di tempat lain. Masalah ini kami alami tiap-tiap kali pergi dan serupa juga di beberapa hospital lain ...... seperti Putrajaya, PPUM dan juga Hospital Seremban. Agaknya, semakin ramai orang sakit setiap hari sehinggakan parking yang disediakan bertingkat-tingkat pun pukul 8 pagi sudah penuh? Setiap kali kami terpaksa parking di luar kawasan hospital.

Pengawal memberi isyarat parking sudah penuh


Alhamdulillah..... kami amat amat bersyukur...... keputusannya seperti yang kami harapkan.....negatif. Ini bermakna buat masa ini sel kanser itu sudah tidak aktif ..... atau sedang 'in remission'. Tuhan telah memakbulkan doa kami dan juga anda semua. Tetapi doktor ada mengingatkan, ini tidak bermakna kami boleh senang hati... dalam masa tahun pertama ini, kalau tidak dijaga dengan betul, ia lebih senang menyerang semula. Setelah tahun ketiga baru boleh 'relaks' sikit. Buat masa ini kami lega..... sekurang-kurangnya, Ayim tidak perlu untuk mengulangi proses kemoterapi sekali lagi.





Rumah kakitangan Hospital Ampang yang disediakan..... cantik



Buat masa ini, aku akan terus memantau diet dia sambil meneruskan senaman. Di samping itu, Ayim meminum air zamzam setiap hari dan memakan sejenis  'food supplement'. Semasa Ayim terbaring selama 1 1/2 tahun dulu pun aku memberi dia supplement ini. Nampaknya ia serasi dengan Ayim.  Selain daripada itu, dia juga mengamalkan ayat-ayat al-Quran untuk mengubat kanser.


Tentang pelajarannya, pihak Universiti memberi dia tempoh sehingga 2012 untuk menghabiskan Msc nya. Kalau dia balik ke Leeds semula tahun ini,  risikonya amat tinggi kerana ini adalah tahun pertama selepas kemoterapi. Kalau diizinkan Allah, mungkin tahun 2012 mengikut keadaan di masa itu. Buat masa sekarang, dia sedang mencuba nasib untuk mencari pekerjaan di sekitar Seremban atau pun Bangi/Kajang di mana dia boleh berulang-alik dari rumah kerana buat masa ini, dietnya lebih diutamakan.  Dia sudah mula berasa boring hanya membaca buku, menghadap TV dan laptop setiap hari.

Kami merasa amat bersyukur ...... tidaklah tertekan sangat dan ada rasa sedikit aura 'kemerdekaan', kedamaian dan ketenangan ......

Lebih-lebih lagi bila menatap gambar bunga-bunga raya yang ada di dalam koleksi ku ini











Terima kasih semua kerana sama-sama mendoakan kesihatan Ayim

Thursday, 16 December 2010

The Rising Son

Di bawah ini ialah gambar saorang budak lelaki berbaju merah sedang menaikki basikal. Tidak ada apa yang istimewa tentang gambar ini. Tetapi, kalaulah basikal itu boleh bersuara, ia akan menjerit kegembiraan kerana setelah 6 tahun 'tuan'nya tidak memperdulikannya, biarkan dia tersadai di tepi dinding rumah, tiba-tiba pada pagi 6hb Disember 2010, 'tuan'nya mengilapnya bersih dan menunggangnya keliling taman perumahan tempat dia tinggal.



Ha... ha... itulah Ayim. Hari ini dia sudah mampu mengayuh basikal semula!



Setelah 2 hari ber'exercise' dengan mengayuh basikal, pada 8hb, kami pergi ke S2 City Park pulak untuk menghirup udara bersih dan berjogging.






Pemandangan yang nyaman di S2 City Park.... hanya  5 minit dari rumah kami











Ayim..... berjogging dan bersenam






 Tiga kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat, bermula pukul 7 hingga 8 pagi, kami berdua mengikuti kumpulan Qi Gong/Tai Chi ini jugak



Gambar di bawah ini amat bermakna buat ku.  Gambar ini aku framekan pada tahun 2005 sebagai inspirasi selepas dia 'bangun semula' setelah terbaring selama satu tahun setengah, dan aku gantung di dalam biliknya




Hari ini, sepatutnynya dia berada di Leeds menghadiri majlis konvokesyen MScnya. Tetapi kami tidak terkilan, malah kami amat bersyukur kerana 'kebangkitannya' lebih bermakna dari segala-galanya.  Doa kami semoga dia akan terus 'bangkit' menjalani hidup selesa seperti orang lain.

Sunday, 18 July 2010

Alhamdulillah........

14hb Julai, kami bertolak ke Leeds. Hari ini, pukul 12 tengahari Ayim ada temu-janji untuk membuat CT Scan bagi kali kedua setelah selesai enam sesi kemoterapinya. Ayim tidak berapa sihat.... dia rasa seluruh badannya lemah dan lenguh-lenguh. Aku risau kalau doktor akan menangguhkan proses ini. Kalau tertangguh, bermakna tarikh kami pulang akan di tunda lagi. Tetapi..... alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Selesai CT Scan, kami telah pergi ke Universiti untuk berbincang berkenaan dengan pelajarannya yang tertangguh.  

Parkinson Building






Fakulti Kejuruteraan




Civil Engineering.... di pintu masuk


Di kaunter penyambut tetamu.... student support office


Termenung.....memikirkan masa depan?


Alhamdulillah... syukur...di atas sebab kesihatan, pihak Universiti telah membenarkan Ayim menyiapkan 'dessertation'nya dari Malaysia secara 'online'. Tahun hadapan, jika kesihatan mengizinkan, Ayim akan datang semula untuk menyempurnakan semester keduanya yang tertinggal.

Imbas kembali........
Inilah wajah gembira masa mula-mula tiba pada bulan September tahun lalu


Dengan semangat yang berkobar-kobar


Rajinnya


Masters Students Study Room


Restoran halal di hadapan Universiti tempat Ayim selalu makan




Kami singgah makan tengahari di restoren ini kerana Ayim 'merindui' chicken burger kegemarannya. Ini mungkin kali terakhir kami makan di sini sebelum pulang

Besarnya!.... tak terhabis....


Dan aku memilih grilled chicken


Mahmoods.... halal jugak


Sebelum pulang, posing dulu..... Ayim membawa aku 'tour' di dalam bangunan ini



Salah sebuah library di Universiti ini





The Great Hall.... tempat convocation di adakan. Walaupun sedih tidak dapat convo bersama kawan-kawan di tahun ini, tetapi tidak mengapa...... insyaallah tahun hadapan giliran Ayim pula





Ayim..... kamu tidak kesaorangan..... kami semua sentiasa berada disamping mu...dan Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.