Pintu Masuk Utama
Klinik Pakar
Hasil keputusan uji darah yang telah diambil, darah Ayim tiada masalah. Dan doktor pakar itu mencadangkan supaya Ayim menjalani PET Scan di dalam waktu terdekat. Mereka akan memberitahu kami apabila sudah ada tarikh yang sesuai.
Pada hari itu, kami bernasib baik kerana Ketua Jabatan Haemotologist, Datuk Dr Chang ada bersama. Dia telah menasihatkan supaya Ayim sentiasa membalut kaki kanannya (dibengkung). Hanya dibuka waktu tidur sahaja. Dan juga, kaki tidak boleh dibiarkan terjuntai ke bawah. Bila duduk, kaki lurus ke depan dan di lapik dengan kusyen supaya tinggi. Masa tidur pun begitu juga. Selain dibengkung, dia juga mencadangkan sentiasa melakukan senaman ringan di rumah. Setakat ini, Ayim telah mengikuti video ini setiap pagi.... kira-kira lebih kurang setengah jam.
Alhamdulillah, setelah tiga minggu, sudah ada nampak perubahan. Size kaki kanannya sudah semakin kecil. Doktor itu juga ada memberitahu proses ini akan mengambil masa sebab keadaan kaki yang sudah agak lama. Berita ini sudah cukup menggembirakan kami. Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kembali ke size normal semula.
Minggu-minggu berikutnya, kami memenuhi pelbagai undangan. Selain kenduri kahwin, kami juga menghadiri kenduri Aqiqah dan cukur jambul cucu besan kami
Baby Irfan Darwish yang hensem
Selawat Nabi
Bersama besan yang telah pun berangkat semula ke Cairo untuk menyambung tugas
Insyaallah.. panjang umur, tahun dopan kito jumpo lagi
Aku jugak sempat 'menjejak kasih' dengan kawan-kawan sekolah yang sudah 37 tahun berpisah. Terlalu lama sangat tidak berjumpa hinggakan tidak kenal antara satu sama lain... terpaksa menggunakan 'name-tag'
Menghadiri jamuan makan malam Santapan di Raja yang dihadiri oleh Yang di Pertuan Besar N.S. yang juga bekas murid Sek. Men. KGV Seremban
Kami tumpang glamour je
Dan, aku berasa sangat gembira dan terharu, tahun ini agak ramai kenalan ..... rakan/sahabat yang mendapat 'kad jemputan' menjadi tetamu Allah.
Jiran kami yang telah pun berangkat ke tanah suci
Kepada semua kenalan.... rakan/sahabat, juga pengunjung blog ini, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Semoga mendapat haji mabrur.
Kepada semua kenalan ku ini, lebih-lebih lagi yang mengenali Ayim, aku telah minitipkan satu permintaan yang amat 'berat dan mahal' .... iaitu aku meminta mereka semua tolong mendoakan Ayim sihat semula sepenuhnya semasa mereka di tanah suci (kalau boleh semasa di Raudah dan di depan Kaabah).
Apa yang dapat aku katakan ....... doa kalian amat bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih berharga daripada segunung