text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim
Showing posts with label CT Scan. Show all posts
Showing posts with label CT Scan. Show all posts

Wednesday, 24 November 2010

Esok masih ada

Sehari selepas PET Scan, Ayim telah demam teruk dan terbaring selama satu minggu.  Demam panas..... dan seluruh badannya sakit-sakit. Pening.... rasa nak muntah, hidung berdarah dan perutnya terasa senak. Dia kata itulah di antara tanda-tanda sebelum dia pengsan semasa di Leeds dulu. Apa yang kami risaukan ialah kalau-kalau tumor itu tumbuh semula. Kami telah membawa dia ke klinik. Keputusan ujian darah.... semuanya OK. Doktor itu berpendapat demam itu adalah di sebabkan tindakbalas selepas menjalani PET Scan ..... bila ada bendasing yang sudah masuk ke dalam badan, kadangkala kita mengalami alahan.  Moga-moga begitu..... dan kami amat teruja menunggu keputusan PET Scan itu.






Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba.... 22hb November pukul 9.00 pagi temujanji berjumpa dengan Haemotologist di Hospital Ampang. Setelah diambil darah, akhirnya pukul 12.30 baru Ayim dipanggil masuk. Kali ini doktor lain pula.... bukan doktor yang dulu. Keputusan ujian darah semuanya bagus.... tetapi yang tak bagusnya keputusan PET Scan masih tidak siap lagi!

Menurut doktor ini, sepatutnya CT Scan dan PET Scan diambil sekali.... bukannya PET Scan sahaja. Sudah terlanjur keputusan PET Scan masih belum siap, dia menyarankan supaya membuat CT Scan jugak. Temujanji akan datang di jadualkan dua bulan daripada sekarang.


Ayim sedang berbincang dengan jururawat bertugas



Semasa perbincangan, doktor ini menasihatkan supaya jangan sesekali menggunakan kaedah alternatif lagi. Jangan berurut, jangan pergi jumpa tabib cina atau pun makan jamu atau pun apa-apa sajalah selain perubatan hospital. Semasa dia bercakap ini..... dia memandang tepat ke muka aku! Aku boleh mengagak apa yang sedang difikirkannya.... mestilah dia menjangkakan akulah 'the mastermind' di masa dulu tidak mahu membawa Ayim berubat di hospital!

Temujanji akan datang dua bulan lagi. Kalau keputusan PET Scan itu siap mengikut jadual, sepatutnya temujanji yang ini ialah perbincangan mengenai tindakan seterusnya.  Sekarang kami terpaksa menunggu dua bulan lagi baru tahu apa tindakan selanjutnya. Selama dua bulan ini, takkanlah kami nak duduk diam sahaja tidak buat apa-apa? Kalau dua bulan lagi baru doktor nak jumpa semula.... tentulah kami terpaksa ikhtiar secara lain.... sudah tentulah perubatan alternatif.





Kehidupan mesti diteruskan........


Kalau tidak ada yang lama takkan ada yang baru. Kalau tidak ada perubatan tradisional, tidak akan ada perubatan moden. Di hospital, hanya menggunakan kaedah kemoterapi atau pun radioterapi. Tidak ada pilihan lain.... dan itulah yang kami nak elakkan sebenarnya. Kalau boleh, kami tidak mau Ayim melalui kemoterapi lagi. Cukuplah hanya sekali! Kalau Ayim terpaksa menjalani kemoterapi sekali lagi, ubat yang akan digunakan mestilah yang lebih kuat daripada yang dulu, kerana ubat yang dulu sudah menjadi tidak efektif lagi.

Aku ada terbaca artikel mengenai khasiat buah durian belanda yang lebih baik daripada kemoterapi untuk mengubati penyakit kanser. Kami ingin mencuba memberi Ayim buah durian belanda ini. Tetapi, buat masa ini, kami tidak tau di mana boleh kami dapatkan bekalan buah ini.





Kalau ada sesiapa yang ada maklumat di mana boleh kami mendapatkan bekalan buah ini, sudi-sudilah memberitahu kami ye

Usaha mesti diteruskan ..... kerana Esok Masih Ada....

Thursday, 4 November 2010

PET Scan

Hari ini hari cuti umum kerana Deepavali. Aku ucapkan selamat berehat bersama keluarga tercinta.

Sempena hari Deepavali hari ini, aku titipkan gambar bunga dari taman ku.  Aku memilih bunga ini kerana kebetulan namanya

SONG OF INDIA!



4hb November, aku menemani Ayim pergi ke Hospital Putrajaya kerana temujanji untuk PET Scannya. Mulanya aku tertanya-tanya, kenapa kami diarahkan pergi ke Hospital Putrajaya tidak di Hospital Ampang? Bila sampai di Putrajaya barulah persoalan ku terjawab. Baru aku tau, hanya dua buah hospital kerajaan sahaja yang menyediakan khidmat untuk PET Scan di seluruh Malaysia. Lagi sebuah ialah Hospital Pulau Pinang. Jabatan yang mengendalikan PET Scan ini ialah Jabatan Nuklear! Dan, mereka hanya buka dua hari dalam satu minggu, iaitu hari Selasa dan hari Khamis sahaja. Hanya 10 orang pesakit untuk satu hari. Dan, Ayim dikenakan bayaran sebanyak RM500.


Hospital Putrajaya .... tersergam indah dan cantik




Ayim duduk termenung sementara menunggu gilirannya di 'pondok' yang di sediakan di luar Jabatan Nuklear ini



Pukul 2 petang barulah semuanya selesai. Doktor menasihatkan Ayim dikuarantin selama 24 jam. Keputusan PET Scan akan diketahui selepas dua minggu.

Sementara menunggu Ayim menjalani pemeriksaan, aku menggunakan masa yang terluang untuk beramah mesra dengan jururawat-jururawat yang bertugas di Jabatan ini. Kepala otak aku asyik memikirkan tentang bayaran yang dikenakan kepada pesakit...... RM500 aku rasa agak tinggi. Tidak dinafikan, kalau dibandingkan dengan hospital swasta, bayarannya memanglah jauh lebih murah. Tetapi swasta memang untuk mereka yang berkemampuan. Umumnya, hospital kerajaan untuk mereka yang 'kurang mampu'. Menurut jururawat yang sempat aku 'interview', semua pesakit dikenakan bayaran kecuali :

* kakitangan kerajaan

* ada 'guarantee letter' daripada majikan (yang bekerja dengan swasta)

* penuntut yang berumur di bawah 21 tahun

* penuntut tajaan JPA

 Penuntut Universiti yang berusia 21 tahun ke atas, boleh bawa surat dari Universiti (Universiti tempatan sahaja). Tetapi mesti bayar dahulu sebelum menerima rawatan. Kemudian baru 'claim' semula daripada universiti.

Kepala otak aku ini tidak mahu pulak berhenti berfikir .......

Kalau
Dah namanya penuntut, belum ada pendapatan. Hanya mengharapkan duit biasiswa atau pun pinjaman. Duit tak masuk lagi ..... macam mana?

Kalau
Macam dalam kes Ayim,  tidak ada biasiswa atau pun pinjaman, sudah melebihi 21 tahun, kedua orang tua sudah tidah bekerja lagi, tidak ada pencen, terpaksa membayar RM500 setiap kali rawatan .... macam mana?

Kalau
Ketua keluarga yang anggaran pendapatan RM2000 sebulan, isteri tidak bekerja, anak-anak bersekolah, tidak ada 'guarantee letter', dia terpaksa menjalani rawatan ini,..... macam mana?

Kalau
Orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap, terpaksa menjalani rawatan ini.... macam mana?

Ish ish ish.... banyak pulak aku ber'kalau'....sebab baru sebentar tadi aku mendengar lagu "Kalau Berkalau' dendangan Anita Sarawak kot!

Jururawat itu beritau aku, kalau tanpa bayaran, terpaksalah rawatan ditangguhkan. Kalau betul-betul tak mampu, boleh minta surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini jugak sudah tentu mengambil masa untuk mendapatkan kelulusan. Kepala otak aku ni nak jugak terus berfikir lagi ... penyakit ini bukannya boleh ditangguh-tangguh. Kalau lewat, nyawa padahnya. Siapa nak bertanggung jawab? Hmm..... Amat menyentuh hati ku!

Nampaknya, yang 'bernasib baik' ialah penuntut tajaan JPA... tidak kisah kedua ibu bapa mampu ke tidak,  tetap mendapat 'keistimewaan' ini.

Aku teringat pengalaman ku semasa di Manchester dan Leeds. Semua kos rawatan Ayim adalah percuma kerana statusnya 'student'. Kenapa penuntut-penuntut kita yang menghidap penyakit merbahaya ini yang tidak mampu tidak dikecualikan pembayarannya? Sudah tentu tekanan mental amat berat bagi penuntut ini..... memikirkan pelajaran, kos rawatan dan menanggung sakit lagi!

Aku teringat pepatah Melayu kita.... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tetapi di dalam situasi begini, walaupun aku sayangkan negeriku, demi anak ku, aku rasa aku nak pilih hujan emas...........?? uh uh uh......

Kalau Anda semua berada di tempat aku.... bagaimana?

Seperti kata Raja Lawak, Nabil..... Lu fikirlah sendiri!!!

Assalammualaikum

Saturday, 28 August 2010

Ayam Halalan Toyibban

Sudah dua hari Ayim demam. Suhu badan amat tinggi. Seluruh badannya..... dari kepala hingga ke jari dan tapak kaki sakit-sakit. Sebelumnya dia memang 'sihat' ... tidak ada masalah. Mungkin di sebabkan dua tiga hari ini cuaca agak panas ..... moga-moga tidak ada apa-apa komplikasi.

 Minggu lepas, aku telah diperkenalkan dengan ayam organik. Aku tidak lagi membeli ayam kampung kerana Ayim tidak suka. Selama ini aku tidak kisah untuk mengambil tahu dengan lebih terperinci berkenaan ayam organik ini. Semuanya bermula bila aku diperkenalkan dengan kedai Honey Halal Mart ini.  Sudah 3 tahun kedai ini beroperasi dan dipunyai oleh kenalanku. Aku lalu-lalang di kawasan Ampangan ini tetapi aku tidak perasan. Itulah kehendak Tuhan untuk menemukan aku dengan sesuatu yang memberi manafaat untuk keluarga ku. Kedai ini menjual semua produk halal dan di antaranya ialah ayam organik yang disembelih seekor demi seekor. Dijamin 'halalan toyibban'. Yang aku teruja ialah, pengusahanya telah memasang CD mengaji al-quran 24 jam di dalam tempat pemeliharaan ayam ini! Kita maanusia pun 'tak sempat' nak mendengar CD mengaji 24 jam. Ayim kata, mesti ayam-ayam tu mati dengan 'tenang' waktu disembelih!!






Menurut Dr. Zainol, pengasas Az-zain, iaitu pengusaha ayam organik ini, sudah lima tahun dia beroperasi. Selain memperoses ayam dan burger, dia jugak mengusahakan beberapa produk lain. Untuk penerangan lebih lanjut, silalah ke website Dr. Zainol.

Di bawah ini aku titipkan sebahagian daripada website berkenaan di bawah tajuk : Apa itu Halal

BAGAIMANA AYAM DIPROSES DI INDUSTRI MALAYSIA.

PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning).

Kebanyakkan Ulama diluar Malaysia tidak bersetuju dengan amalan ini telah keluar fatwa bahawa amalan sembelihan secara ini adalah haram.


PROSES KEDUA


Lafas talbiah dan niat sembelih jarang dilakukan.

Pisau yang digunakan untuk sembelih tidak dicuci selepas setiap sembelihan menjadikan perbuatan ini haram kerana menyembelih dengan pisau yang masih mengalir darah.


PROSES KETIGA


Ayam yang usus masih dalam perut dimasukkan kedalam air panas untuk melembutkan bulu
Usus mengandungi najis dan air panas dicemari dengan najis dan darah ayam.

Perbuatan ini tidak menjamin halal kerana daging ayam bercampur aduk dengan air najis ayam.

Air panas langsung tidak digantikan, maka air ini menjadi warna coklat yang penuh dengan darah dan najis ayam.

Proses ini tidak boleh memenuhi tuntutan Halalan Toyibban. Lagi pun proses ayam bercampur dengan najis dan darah menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KEEMPAT

Ayam direndam dalam air klorin supaya ayam kelihatan segar.

Kegunaan klorin yang berlebihan menjadikan ayam tidak Toyyib kerana klorin berlebihan menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KELIMA


Ayam diputar dalam tong air supaya air serap kedalam daging ayam dan menambahkan berat supaya dapat mengaut keuntungan berlebihan.

Perbuatan ini sangat merugikan pengguna dan ayam mudah rosak(basi) selepas masak.

Tetapi, di Az-zain, proses di atas tidak berlaku. Mari kita sama-sama ikuti pula bagaimana Az-Zain memproses ayam-ayamnya.

Sebahagian di bawah tajuk: Kami Istimewa


Kami Istimewa AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESHITAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.


PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)

PROSES KEDUA

Penyembelih mesti menghadap arah ke kibilat


Pisau sentiasa tajam.


Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan


Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

Usus ayam dikeluarkan sebelum dimauskkan kedalam air panas.


Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.


PROSES KEEMPAT

Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dlam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.


PROSES KELIMA

Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)


Ayam dibersihlan dengan sempurna suapaya bebas daripada bekas darah.


Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.


Aku amat teruja dengan penemuan baru ku ini dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tahu kerana ia sudah ujud selama 5 tahun ....... hanya aku yang ketinggalan.

Kalau kita sudah jumpa yang terbaik, mengapa kita harus memilih yang 'kureng' bagus? Pilihan yang tepat membawa berkat........ insyaallah.

Minggu ini aku jugak 'menyibukkan diri' membela pokok-pokok bunga ku.  Di antara pokok-pokok yang ada di dalam koleksi ku ialah helikonia yang tidak cerewet dan senang dijaga.













Selamat berpuasa semua

Thursday, 29 July 2010

Syukur... rahmat Allah menyebelahi kami

Ada dua peristiwa penting yang berlaku di dalam masa sepuluh hari........

19hb Julai... pukul 9.15 pagi, kami berada di Seacroft Hospital, Leeds. Hari ini doktor akan mengeluarkan 'stent' yang telah berada di dalam badan Ayim selama lima bulan lebih. Dr. Lloyds, yang merawat Ayim di Hospital St. James, mengarahkan kami supaya datang ke hospital ini.

Pemandangan di kawasan hospital.... bangunan lama... dari luar nampak buruk je tetapi di dalam semuanya OK.... layanan tetap memuaskan.









Ayim bersedia untuk masuk ke bilik rawatan... berdebar, risau dan takut


Sekejap je... lebih kurang setengah jam sudah selesai dan di suruh berehat sebelum di benarkan pulang


Baru mampu tersenyum ..... dan berasa lega. Sudah tidak ada bendasing lagi di dalam badan
 
Sedang berehat di luar sambil menunggu teksi untuk ke bas station dan terus pulang ke Manchester








 27hb Julai.... kami sekali lagi berada di Leeds.  Pukul 3.30 petang kami telah berjumpa dengan Dr. Johnson buat kali yang terakhir. Tujuan pertemuan ini ialah untuk mengetahui keputusan CT Scan yg telah diambil pada 14hb.


Jambangan bunga segar di kaunter resepsi

Hati memang berdebar-debar.... ini adalah penentuan. Walaupun keputusan lepas menunjukkan tumor itu hanya tinggal lagi 10%.... tetapi kami tetap suspen. Apa-apa pun boleh berlaku di saat akhir.

Alhamdulillah........  syukur ........ rahmat Allah masih menyebelahi kami.     Dr. Johnson memberitahu semuanya OK... 'stent' sudah berjaya dikeluarkan dan tidak ada masalah. Darah pun sudah kembali normal.  Kiranya, semuanya berakhir seperti yang kami inginkan. Dia nasihatkan supaya setiap tiga bulan sekali membuat CT Scan untuk memastikan tumor itu tidak hidup semula.


Ayim sedang menelefon papa memberitahu berita gembira ini

Sesekali 'melanggar' pantang.... celebrate makan ice cream



Buku-buku yang di beri percuma oleh UK Macmillan Cancer support




Syukur... beribu kali syukur. Tetapi ini tidak bermakna PERJUANGAN aku sudah berakhir. Selepas ini, cabaran aku ialah untuk memastikan tumor itu lenyap terus.... PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN......

Pukul 6 petang kami bertolak balik ke Manchester.  Buat ketika ini, aku boleh tersenyum lega.....










Bahgianya..... menikmati keindahan alam ciptaan YANG MAHA ESA

Sunday, 18 July 2010

Alhamdulillah........

14hb Julai, kami bertolak ke Leeds. Hari ini, pukul 12 tengahari Ayim ada temu-janji untuk membuat CT Scan bagi kali kedua setelah selesai enam sesi kemoterapinya. Ayim tidak berapa sihat.... dia rasa seluruh badannya lemah dan lenguh-lenguh. Aku risau kalau doktor akan menangguhkan proses ini. Kalau tertangguh, bermakna tarikh kami pulang akan di tunda lagi. Tetapi..... alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Selesai CT Scan, kami telah pergi ke Universiti untuk berbincang berkenaan dengan pelajarannya yang tertangguh.  

Parkinson Building






Fakulti Kejuruteraan




Civil Engineering.... di pintu masuk


Di kaunter penyambut tetamu.... student support office


Termenung.....memikirkan masa depan?


Alhamdulillah... syukur...di atas sebab kesihatan, pihak Universiti telah membenarkan Ayim menyiapkan 'dessertation'nya dari Malaysia secara 'online'. Tahun hadapan, jika kesihatan mengizinkan, Ayim akan datang semula untuk menyempurnakan semester keduanya yang tertinggal.

Imbas kembali........
Inilah wajah gembira masa mula-mula tiba pada bulan September tahun lalu


Dengan semangat yang berkobar-kobar


Rajinnya


Masters Students Study Room


Restoran halal di hadapan Universiti tempat Ayim selalu makan




Kami singgah makan tengahari di restoren ini kerana Ayim 'merindui' chicken burger kegemarannya. Ini mungkin kali terakhir kami makan di sini sebelum pulang

Besarnya!.... tak terhabis....


Dan aku memilih grilled chicken


Mahmoods.... halal jugak


Sebelum pulang, posing dulu..... Ayim membawa aku 'tour' di dalam bangunan ini



Salah sebuah library di Universiti ini





The Great Hall.... tempat convocation di adakan. Walaupun sedih tidak dapat convo bersama kawan-kawan di tahun ini, tetapi tidak mengapa...... insyaallah tahun hadapan giliran Ayim pula





Ayim..... kamu tidak kesaorangan..... kami semua sentiasa berada disamping mu...dan Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.