text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday 30 August 2010

Muhasabah Cinta....

Assalamualaikum Mama dan pembaca blog Mama semua...

Ini ada surprise video untuk Mama and Ayim...bolehla off dulu mixpod kat tepi tu untuk tengok video ni...Mama jangan marah saya hacked blog Mama ok :)

--Wati--


Saturday 28 August 2010

Ayam Halalan Toyibban

Sudah dua hari Ayim demam. Suhu badan amat tinggi. Seluruh badannya..... dari kepala hingga ke jari dan tapak kaki sakit-sakit. Sebelumnya dia memang 'sihat' ... tidak ada masalah. Mungkin di sebabkan dua tiga hari ini cuaca agak panas ..... moga-moga tidak ada apa-apa komplikasi.

 Minggu lepas, aku telah diperkenalkan dengan ayam organik. Aku tidak lagi membeli ayam kampung kerana Ayim tidak suka. Selama ini aku tidak kisah untuk mengambil tahu dengan lebih terperinci berkenaan ayam organik ini. Semuanya bermula bila aku diperkenalkan dengan kedai Honey Halal Mart ini.  Sudah 3 tahun kedai ini beroperasi dan dipunyai oleh kenalanku. Aku lalu-lalang di kawasan Ampangan ini tetapi aku tidak perasan. Itulah kehendak Tuhan untuk menemukan aku dengan sesuatu yang memberi manafaat untuk keluarga ku. Kedai ini menjual semua produk halal dan di antaranya ialah ayam organik yang disembelih seekor demi seekor. Dijamin 'halalan toyibban'. Yang aku teruja ialah, pengusahanya telah memasang CD mengaji al-quran 24 jam di dalam tempat pemeliharaan ayam ini! Kita maanusia pun 'tak sempat' nak mendengar CD mengaji 24 jam. Ayim kata, mesti ayam-ayam tu mati dengan 'tenang' waktu disembelih!!






Menurut Dr. Zainol, pengasas Az-zain, iaitu pengusaha ayam organik ini, sudah lima tahun dia beroperasi. Selain memperoses ayam dan burger, dia jugak mengusahakan beberapa produk lain. Untuk penerangan lebih lanjut, silalah ke website Dr. Zainol.

Di bawah ini aku titipkan sebahagian daripada website berkenaan di bawah tajuk : Apa itu Halal

BAGAIMANA AYAM DIPROSES DI INDUSTRI MALAYSIA.

PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning).

Kebanyakkan Ulama diluar Malaysia tidak bersetuju dengan amalan ini telah keluar fatwa bahawa amalan sembelihan secara ini adalah haram.


PROSES KEDUA


Lafas talbiah dan niat sembelih jarang dilakukan.

Pisau yang digunakan untuk sembelih tidak dicuci selepas setiap sembelihan menjadikan perbuatan ini haram kerana menyembelih dengan pisau yang masih mengalir darah.


PROSES KETIGA


Ayam yang usus masih dalam perut dimasukkan kedalam air panas untuk melembutkan bulu
Usus mengandungi najis dan air panas dicemari dengan najis dan darah ayam.

Perbuatan ini tidak menjamin halal kerana daging ayam bercampur aduk dengan air najis ayam.

Air panas langsung tidak digantikan, maka air ini menjadi warna coklat yang penuh dengan darah dan najis ayam.

Proses ini tidak boleh memenuhi tuntutan Halalan Toyibban. Lagi pun proses ayam bercampur dengan najis dan darah menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KEEMPAT

Ayam direndam dalam air klorin supaya ayam kelihatan segar.

Kegunaan klorin yang berlebihan menjadikan ayam tidak Toyyib kerana klorin berlebihan menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KELIMA


Ayam diputar dalam tong air supaya air serap kedalam daging ayam dan menambahkan berat supaya dapat mengaut keuntungan berlebihan.

Perbuatan ini sangat merugikan pengguna dan ayam mudah rosak(basi) selepas masak.

Tetapi, di Az-zain, proses di atas tidak berlaku. Mari kita sama-sama ikuti pula bagaimana Az-Zain memproses ayam-ayamnya.

Sebahagian di bawah tajuk: Kami Istimewa


Kami Istimewa AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESHITAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.


PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)

PROSES KEDUA

Penyembelih mesti menghadap arah ke kibilat


Pisau sentiasa tajam.


Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan


Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

Usus ayam dikeluarkan sebelum dimauskkan kedalam air panas.


Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.


PROSES KEEMPAT

Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dlam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.


PROSES KELIMA

Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)


Ayam dibersihlan dengan sempurna suapaya bebas daripada bekas darah.


Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.


Aku amat teruja dengan penemuan baru ku ini dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tahu kerana ia sudah ujud selama 5 tahun ....... hanya aku yang ketinggalan.

Kalau kita sudah jumpa yang terbaik, mengapa kita harus memilih yang 'kureng' bagus? Pilihan yang tepat membawa berkat........ insyaallah.

Minggu ini aku jugak 'menyibukkan diri' membela pokok-pokok bunga ku.  Di antara pokok-pokok yang ada di dalam koleksi ku ialah helikonia yang tidak cerewet dan senang dijaga.













Selamat berpuasa semua

Tuesday 17 August 2010

'Home Sweet Home'

Semenjak pulang, aku rasa sibuk semacam (nasib baik semacam... tak dua tiga macam!). Yang pastinya aku tidak sempat nak 'melayan jetlag' ku. Enam bulan aku meninggalkan rumah dan aku pergi di dalam keadaan tergesa-gesa.... memang macam-macam perkara yang perlu 'my magic touch'. Tetapi Ayim.... hmmm.... masih dengan 'jetlag'nya.  Apa pun..... Alhamdulillah.... dia sihat dan tidak ada masalah menunaikan ibadah puasa. Dia teramat gembira kerana dapat pulang ke rumah semula...... 'home sweet home'.  Dia kata dia pernah terfikir mungkin dia tidak dapat balik ke Malaysia semula kerana perjalanan yang jauh dan keadaannya yang kritikal dulu. Berada di sekitaran rumah sendiri pun banyak membantu proses pemulihan kesihatannya.

Satu perkara lagi yang menggembirakan aku ialah masih ada bunga-bunga ku yang 'sabar' menanti kepulangan ku. Ada yang dah mati, ada yang hidup segan mati tak mau dan ada yang masih 'gagah' setia pada ku..... seperti bunga mawar dua warna ini



Bunga kesidang yang harum ini


Dan bunga bauhinia kockiana ini


Mangga ni pun 'sayang' pada ku.... dia tunggu jugak aku balik untuk menikmati kemanisannya
(psst... nak lawan kebun Akak)



Semenjak pulang, lagi satu aktiviti utama aku ialah mencari ayam kampung yang hidup bebas (yang original) bukan yang terkurung. Aku tidak mahu lagi memberi Ayim memakan daging ayam 'bandar'. Nasib aku baik kerana aku mendapat bekalan dari seorang peniaga di Pasar Tani. Pada mulanya, Ayim tidak berapa suka kerana dagingnya liat. Setelah membuat sedikit 'eksperimen', sebelum memasak, aku rebus dulu selama 4 jam di dalam slow cooker..... hasilnya?
Memang puas hati......

kari ayam campur kentang & carrot


Kami juga telah pergi berjumpa dengan pengamal perubatan homeopathy. Apabila dia 'scan' Ayim, dia kata masih ada lagi 9% tumor itu di tempat yang sama.  CT Scan dari hospital, mengesahkan yang tumor itu sudah tidak ada lagi. Kami tidak kisah dengan percanggahan pendapat ini. Bagus jugak kerana kami akan lebih berhati-hati....... tidaklah nanti kami 'terlupa' yang peperangan belum selesai. Sel kanser ini amat ganas. Walaupun hanya tinggal 0.01% sahaja, dia boleh hidup dan mengumpulkan 'askar-askar'nya untuk menyerang semula.

Dr. Homeopathy ini juga memberitahu hasil dari 'scan'nya, buah pinggang Ayim yang di sebelah kanan 100% pulih dan yang sebelah kiri, 98%. Daripada scan hospital pula, buah pinggang yang di sebelah kiri mengecut dari saiz normal..... sudah tentu tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Tidak mengapa.....ini kepakaran masing-masing..... kami hanya berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan senyuman.

Buat masa ini, masalah yang utama ialah kami masih belum berjaya lagi mendapatkan khidmat doktor pakar di Malaysia untuk rawatan Ayim seterusnya. Selagi kami tidak mendapat 'response' dari haemotologist di Malaysia, Dr. Johnson yang merawat Ayim di Hospital St. James, Leeds tidak dapat hendak 'menyerahkan' file Ayim untuk rawatan selanjutnya.  Hmmmm..... mungkin kerana Malaysia kekurangan doktor pakar maka 'response' itu mengambil masa yang lama?? Wallahualam

Yang pasti..... 'kunci'nya ialah SABAR

Selamat menunaikan ibadah puasa

Tuesday 10 August 2010

Alhamdulillah... kami selamat sampai

Alhamdulillah.... kami telah selamat sampai di KLIA pukul 2.30 petang pada 7hb Ogos. Tiada masalah di dalam perjalanan hanya penerbangan dari Manchester ke Abu Dhabi terlewat satu jam.





 Kami transit selama lebih kurang enam jam di Abu Dhabi.





Besoknya, 8hb Ogos, pada sebelah petang, kami telah mengadakan sedikit majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran.



Jamuan ringan ..... minum petang ..... soto, roti jala dan satay



Pemanis mulut.... cupcakes yang comel.... sumbangan dari jiran kami



Dan, pada 9hb pula, kami telah pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ibu.  Semasa aku berangkat ke Leeds, ibu ku baru sahaja meninggal lebih kurang dua minggu.


Sesungguhnya kami amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, aku telah dapat membawa Ayim pulang kepangkuan keluarga. Tidak terkata nikmatnya apabila kami dapat berkumpul semula.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Ayim. Sempena menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. 


Friday 6 August 2010

Goodbye Manchester........ Selamat Tinggal Sayang

Ini adalah titipan terakhir ku dari Manchester.

Selepas ini.......
tidak ada lagi gambar-gambar menarik sepanjang lebuhraya Manchester - Leeds
tidak ada lagi cerita bas National Express & Piccadilly Garden
tidak ada lagi gambar-gambar bunga daffodil, tulip, lavender & hydrangeas

Hari ini 6hb Ogos, kami terbang pulang ke Malaysia dengan Etihad Airways. Kami akan transit di Abu Dhabi selama lebih kurang 7 jam.  Mohon doa dari semua..... supaya tidak ada halangan di jalanan..... insyaallah kita jumpa di Malaysia.   


KenanganKu

Ayim semasa mula sampai di Manchester.... jalan-jalan di Piccadilly Garden


Kenangan... berulang-alik dengan bas National Express .... Manchester - Leeds





 Naik bas free city centre ..... jalan-jalan cuci mata


Piccadilly Garden



Aku, bunga & air pancut (3 in 1!)


Hotel The Britainia





Budak tersesat!


Salah sebuah campus The University of Manchester


Salah sebuah campus The University of Salford


Stadium kebanggaan




Salford Quay


Taxi in Manchester..... See, feel it, love it...... EXACTLY!



Summertime......... and the living is easy


Tiger Wood in the making

Adam Hakimi & Ammar Hariz :

"When we go back to Malaysia, we will ask Atuk & Tokpa to play golf with us"



Autumn ...... dan daun-daun pun berguguran







Made in England

 Abid Hussaini, lahir di Manchester...belum pernah lagi menjejakkan kaki di Malaysia

Wajah-wajah comel kesayangan ku...penghibur hati selama 6 bulan aku berada di sini. Mereka sudah tiga tahun berada di sini. Tidak pandai cakap Melayu... nasib baik aku boleh 'speaking London'

Kenangan... drama sebabak yang kelakar dan aku tak boleh lupa..... perbualan abang dan adik :

Adam: "Mama.... after this I want to read my muqADAM"
Mama: "OK... that's good"

Tiba-tiba Ammar menyampuk....
Ammar: "Abang.... you dont read your book only. You can also read my book, muqAMMAR!!!" (sambil menunjukkan buku ABCnya)

Sungguh jujur dan ikhlas....  sanggup berkongsi

Selamat tinggal semua.... selamat tinggal sayang. Wanma dan papayim pasti akan merindui kamu bertiga.  Insyaallah tahun hadapan, kalau panjang umur, kito akan bertemu di kampung halaman kito di Soghomban, Nogoghi (Sepuluh tolak satu) Sombilan.

Kami menunggu kepulangan kamu ....
,

Tuesday 3 August 2010

Leeds .... secebis episod kenangan

Satu episod perjalanan suka duka kami selama singgah di Leeds buat seketika .....

Semasa aku sampai di Leeds pada 7hb Februari, masih musim sejuk. Sesekali salji turun.  


Mengharap sinar menelan kabus


Di hadapan asrama Ayim... Leodis Residencies




 Ayim telah pengsan di rumah kawannya.  Dan, adik Iman inilah orang yang pertama menyelamatkan Ayim. Di masa itu, dia hanya berdua di tingkat atas.  Apabila dia tengok Ayim sudah terbaring tidak bergerak, dia telah menuruni tangga ke tingkat bawah untuk menarik perhatian papa dan mamanya. Adik Iman baru berumur 1 tahun lebih.....dia hanya mampu menangis........

 Adik Iman dan kakaknya, Dana

Siapa sangka anak kecil ini mampu menyelamatkan satu nyawa. Terima kasih Iman. Terima kasih juga kepada papa & mama Iman kerana 'memaksa' Ayim bermalam di rumah kalian pada malam itu. Kalaulah dia pengsan sorang-sorang di dalam biliknya..... bilik berkunci dan kawan serumah tidak menyedari ........subhanallah...... kita semua tahu apa kesudahan episod ini!! 

"You're the answer to my lonely prayer
you are an angel from above"

Papa & mama Iman telah memanggil ambulan dan memastikan Ayim mendapat rawatan kecemasan dan seterusnya dimasukkan ke Hospital St. James.


Hospital St. James (bangunan hijau) di ambil dari bilik asrama Ayim.


Setiap hari aku akan memandang ke arah bangunan ini sambil berdoa agar anak ku yang sedang terbaring lesu dan sedang bertarung nyawa sihat semula


Kawan-kawan Ayim yang datang melawatnya di hospital sebelum aku sampai. Dia terpaksa mengiring ke kanan kerana ada pendarahan dari tiub 



Dari musim sejuk hinggalah ke musim bunga....dan daffodil menunjulkan diri .....
Aku masih di sini....




Apabila sudah musim bunga, dari asrama Ayim, aku lebih suka berjalan kaki untuk ke bandar. Udara nyaman sekali.... menyegarkan minda. Di sepanjang perjalanan, aku akan melalui kedai MARWA ini, tempat aku membeli ayam halal.



Dan aku melintasi Universiti 


Dan restoren "Drydock" ini


Dan, bangunan Leeds Broadcasting House... bangunan lama dan baru. Mereka tidak merobohkan bangunan lama (yg di hadapan) sebaliknya dijaga dengan rapi


20 minit aku sudah sampai ke bandar.

Morrisons........ tempat aku membeli barang-barang makanan


Ini arked tempat aku berehat... di tengah bandar.... sebelum menaiki bas ke hospital





Mana boleh aku lupa di tepi air pancut tempat aku menenangkan fikiran


Impression artist




Chicken cottage dan Zam Zam restoren... 2 kedai makanan halal tempat selalu kami membeli makanan



Pasar ini bersebelahan station bas National Express.... tempat aku membeli buah-buahan segar


Dan sekarang sudah tiba musim panas....macam-macam jenis bunga menunjukkan wajah.

Sampailah masanya aku meninggalkan tempat ini.....










Musim panas bermakna musim bercuti


Tamat satu episod kenangan di Leeds.  Tiga musim aku di sini..... dari musim sejuk, bunga hinggalah ke musim panas.  Kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana Ayim dapat berubat di tempat yang terbaik dan mendapat layanan istimewa dan percuma..... walaupun ini menyebabkan pelajarannya tertangguh ke tahun hadapan (kalau kesihatannya mengizinkan).  Di sulami juga dengan kenangan-kenangan manis dapat bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sini, kami bagaikan satu keluarga besar... dan tidak lupa jugak peristiwa 'geram' dengan bank yang 'online, international dan global' yang tidak membenarkan aku mengeluarkan duit RM1,000,000, aku ,....



Kita merancang, Allah yang menentukan. Sudah pasti perancangan Allah lebih baik dan penuh hikmah yang buat masa ini masih menjadi rahsia......

Selamat tinggal Leeds....