text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim
Showing posts with label Diet Antikanser. Show all posts
Showing posts with label Diet Antikanser. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

3 Tahun.... Dulu dan Sekarang



Salam semua.... lama sungguh blog ini bercuti.... tak ada cerita yang menarik nak diceritakan. Tetapi, bulan Mac adalah bulan istimewa.... bulan blog ini mula ujud tiga tahun yang lalu.

Kami sekeluarga bertuah dan amat bersyukur kerana setakat hari ini, kami berjaya 'melepasi' ujian Allah yang maha berat ini. Allah 'memulangkan semula' anak kami yang hampir dibawa pergi. Alhamdullillah.


Sekadar ingin berkongsi.... flashback... Ayim 3 tahun lalu


Wajah yg cengkung semasa mula dimasukkan ke hospital di Leeds


Sebelum menjalani kemo... masih berambut


Selepas kemo kedua.... kepala dah botak



Hari ini, Ayim sudah sihat.... cergas seperti orang biasa


Memotong kek hari jadi yang ke 30.... Jun 2012


Hepi bekerja.... baru dinaikkan pangkat..... syukur alhamdulillah


Terkini ...... di majlis perkahwinan sepupu


Semoga, bila melihat Ayim sihat semula, akan memberi semangat kepada pembaca-pembaca blog ini yang sedang menghadapi penyakit kanser ini. Peluang untuk sembuh semula sentiasa ada.... jangan berputus asa.

Daripada pengalaman kami, selain doa, penjagaan makanan amat penting bagi pesakit kanser. Doktor tidak
ada memberitahu pantang larang dari segi permakanan. Aku rasa, sebab itu bukan bidang mereka.  Bab diet, itu bahagian dietician. Tetapi, tidak ada pulak kami disarankan untuk berjumpa dietician.

 Menjaga diet memang TERAMAT penting untuk pesakit kanser. Sebahagiannya telah aku publish dulu dalam N3. Selepas habis kemo, doktor tidak ada memberi apa-apa ubat. Jadi, kitalah yang mesti mengambil inisiatif sendiri untuk berpantang dari segi makanan.

Di bawah ini, aku titipkan gambar-gambar makanan dari blog "Anticancer, A new way of life" untuk kita kongsi bersama. Semoga ianya boleh membantu.
































Crap vs Food












Hingga jumpa lagi...


Sunday, 5 December 2010

Mencari dan terus mencari

Di dalam perjalanan balik ke kampung, sebelum pekan Rantau, aku telah berhenti di sebuah gerai buah di tepi jalan. Kebetulan ada sebiji durian belanda. Wah .... bukan main seronok lagi walaupun hanya ada sebiji sahaja.







Buahnya taklah 'cantik' sangat tapi aku tetap bersyukur. Harganya RM5.50 sebiji.... tak boleh kurang. Apek jual buah tu kata....."Itu hari ada satu pompuan Melayu datang angkat semua.... dia kata ini buah boleh ubat itu sakit kanser." Hmmm.... patutlah harga buah ini terus melambung!!

Kita orang Melayu memang terkenal sebagai bangsa yang mengenang budi. Aku agak terkilan kenapa nenek moyang kita menamakan buah ini "Durian Belanda." Aku rasa tak ada pun budi orang Belanda kapada kita. Asal buah ni pun bukan dari negeri Belanda tapi dari Amerika Selatan. Tak pasal-pasal je Belanda dapat nama! Kenapa tak diberi nama durian Minang ke atau pun durian Jawa ke..... atau pun durian Bendahara... ha......paling hampir bunyinya dengan Belanda! Kalau mengikut pepatah Melayu ..."seperti Belanda diberi tanah" .... saolah-olah nenek moyang kita bencikan orang Belanda. Aku jugak ada perasaan 'anti' dengan Belanda ini.

Dari zaman kanak-kanak, aku sudah didedahkan oleh arwah ibu ku akan peristiwa Natrah. Dan, bila ada kesempatan aku memang mengikuti perjalanan hidup sedihnya sehinggalah dia meninggal dunia. Minggu lepas, sementara Ayim 'sihat',  kami telah berkesempatan menonton teater "Natrah" di Istana Budaya. Kisah percintaan yang amat tragis.... Belanda dengan angkuhnya berjaya memurtadkan saorang wanita Islam tanpa rela.





Aku 'perasan' berposing dengan Mansor Adabi (Remy Ishak) dan Natrah (Maya Karin)


Dalam pencarian durian Belanda ini, kami jugak telah menuju ke arah selatan. Di salah sebuah R & R yang kami singgah, ada sebuah gerai yang menjual jus durian belanda. Daripada posternya, nampak sungguh 'exotic' sekali. Aku pun teruja nak memberi Ayim merasa jus durian belanda buat kali pertama.  Nasib baiklah aku ini suka 'menyibuk'. Aku 'interview' salah seorang pekerja di gerai itu....di mana mereka mendapatkan bekalan buah ini. Dia dengan ramah mesra memberitahu ada seorang pembekal Melayu yang menghantar ke kedai itu. Tetapi bosnya pulak enggan memberi aku nama dan alamat pembekal itu. Pekerja itu memberitahu lagi, semuanya sudah siap diproses dan disimpan di dalam bekas plastik dan dibekukan. Bila diperlukan, mereka hanya perlu  menambah air sahaja dan hidang. Dia pun menunjukkan kepada aku bekas plastik itu.

Aku beristighfar beberapa kali apabila aku tengok bekas plastik itu. Memang Tuhan mahu menyelamatkan Ayim. Di dalam bekas itu sudah siap dibancuh dengan gula! Pesakit kanser mana boleh makan gula! Gula adalah musuh nombor satu. Kalau aku beri Ayim, memang akan memudaratkan. Tuhan memberi aku petunjuk supaya aku memberi Ayim buah segar. Kalau nak minum jus jugak, mestilah diproses sendiri di rumah.

Pencarian diteruskan.... 2hb Disember, kami telah pergi melawat MAHA. Alhamdulillah.... memang ada buah yang dicari-cari. Penjual itu beritahu dia mendapat bekalan dari Bidor. Tetapi semuanya masih muda lagi... belum boleh dimakan. Harganya RM6.00 satu kilo. Aku pun membeli 3 kilo dan sebatang anak pokok untuk ditanam.





Bermacam-macam jenis buah dan sayuran disusun indah.... sungguh mempersonakan




Bermacam jenis okid dipamerkan





Anak pokok durian belanda


Menurut penjual pokok durian belanda ini, paling cepat pokok berbuah ialah 3 tahun. Hmmmm..... sementara pokok ini berbuah, kami akan mencari dan terus mencari

Saturday, 28 August 2010

Ayam Halalan Toyibban

Sudah dua hari Ayim demam. Suhu badan amat tinggi. Seluruh badannya..... dari kepala hingga ke jari dan tapak kaki sakit-sakit. Sebelumnya dia memang 'sihat' ... tidak ada masalah. Mungkin di sebabkan dua tiga hari ini cuaca agak panas ..... moga-moga tidak ada apa-apa komplikasi.

 Minggu lepas, aku telah diperkenalkan dengan ayam organik. Aku tidak lagi membeli ayam kampung kerana Ayim tidak suka. Selama ini aku tidak kisah untuk mengambil tahu dengan lebih terperinci berkenaan ayam organik ini. Semuanya bermula bila aku diperkenalkan dengan kedai Honey Halal Mart ini.  Sudah 3 tahun kedai ini beroperasi dan dipunyai oleh kenalanku. Aku lalu-lalang di kawasan Ampangan ini tetapi aku tidak perasan. Itulah kehendak Tuhan untuk menemukan aku dengan sesuatu yang memberi manafaat untuk keluarga ku. Kedai ini menjual semua produk halal dan di antaranya ialah ayam organik yang disembelih seekor demi seekor. Dijamin 'halalan toyibban'. Yang aku teruja ialah, pengusahanya telah memasang CD mengaji al-quran 24 jam di dalam tempat pemeliharaan ayam ini! Kita maanusia pun 'tak sempat' nak mendengar CD mengaji 24 jam. Ayim kata, mesti ayam-ayam tu mati dengan 'tenang' waktu disembelih!!






Menurut Dr. Zainol, pengasas Az-zain, iaitu pengusaha ayam organik ini, sudah lima tahun dia beroperasi. Selain memperoses ayam dan burger, dia jugak mengusahakan beberapa produk lain. Untuk penerangan lebih lanjut, silalah ke website Dr. Zainol.

Di bawah ini aku titipkan sebahagian daripada website berkenaan di bawah tajuk : Apa itu Halal

BAGAIMANA AYAM DIPROSES DI INDUSTRI MALAYSIA.

PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning).

Kebanyakkan Ulama diluar Malaysia tidak bersetuju dengan amalan ini telah keluar fatwa bahawa amalan sembelihan secara ini adalah haram.


PROSES KEDUA


Lafas talbiah dan niat sembelih jarang dilakukan.

Pisau yang digunakan untuk sembelih tidak dicuci selepas setiap sembelihan menjadikan perbuatan ini haram kerana menyembelih dengan pisau yang masih mengalir darah.


PROSES KETIGA


Ayam yang usus masih dalam perut dimasukkan kedalam air panas untuk melembutkan bulu
Usus mengandungi najis dan air panas dicemari dengan najis dan darah ayam.

Perbuatan ini tidak menjamin halal kerana daging ayam bercampur aduk dengan air najis ayam.

Air panas langsung tidak digantikan, maka air ini menjadi warna coklat yang penuh dengan darah dan najis ayam.

Proses ini tidak boleh memenuhi tuntutan Halalan Toyibban. Lagi pun proses ayam bercampur dengan najis dan darah menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KEEMPAT

Ayam direndam dalam air klorin supaya ayam kelihatan segar.

Kegunaan klorin yang berlebihan menjadikan ayam tidak Toyyib kerana klorin berlebihan menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KELIMA


Ayam diputar dalam tong air supaya air serap kedalam daging ayam dan menambahkan berat supaya dapat mengaut keuntungan berlebihan.

Perbuatan ini sangat merugikan pengguna dan ayam mudah rosak(basi) selepas masak.

Tetapi, di Az-zain, proses di atas tidak berlaku. Mari kita sama-sama ikuti pula bagaimana Az-Zain memproses ayam-ayamnya.

Sebahagian di bawah tajuk: Kami Istimewa


Kami Istimewa AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESHITAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.


PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)

PROSES KEDUA

Penyembelih mesti menghadap arah ke kibilat


Pisau sentiasa tajam.


Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan


Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

Usus ayam dikeluarkan sebelum dimauskkan kedalam air panas.


Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.


PROSES KEEMPAT

Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dlam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.


PROSES KELIMA

Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)


Ayam dibersihlan dengan sempurna suapaya bebas daripada bekas darah.


Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.


Aku amat teruja dengan penemuan baru ku ini dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tahu kerana ia sudah ujud selama 5 tahun ....... hanya aku yang ketinggalan.

Kalau kita sudah jumpa yang terbaik, mengapa kita harus memilih yang 'kureng' bagus? Pilihan yang tepat membawa berkat........ insyaallah.

Minggu ini aku jugak 'menyibukkan diri' membela pokok-pokok bunga ku.  Di antara pokok-pokok yang ada di dalam koleksi ku ialah helikonia yang tidak cerewet dan senang dijaga.













Selamat berpuasa semua

Tuesday, 6 July 2010

Aku Mesti Menang

Aku menganggap aku sedang berperang dengan sel-sel kanser ini. Dan aku mesti menang (Insyaallah..dengan izinNya jua). Dengan memakan ubat sahaja, dan dengan diet yang betul, belum cukup untuk menyembuhkan penyakit yang ganas dan mampu membunuh ini. Lagi satu perkara yang kami sudah amalkan ialah dengan meminum air yang sudah ditapis.

Seperti kata Sun Tzu: "Know your enemy and know yourself; had you then a hundred wars to fight, you would a hundred time victorious".

 Di dalam tubuh badan maanusia, mengandungi lebih kurang 70% air (mengikut umur).  Kita juga digalakkan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari....seelok-eloknya air yang mengandungi mineral yang tinggi. Dan air juga mustahak kerana ia adalah faktor kedua penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia selepas oksigen. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama 30 - 40 hari, tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air (seperti bersyarah pulak.....) 

Salah satu sumber air di Malaysia ialah daripada sungai. Lapuran JBA 2002 (aku tak jumpa pulak yg terkini), 150 sungai masih digunakan untuk membekalkan air di samping 63 dams. Setakat hari ini, aku belum ada dengar lapuran yang mengishtiharkan sungai-sungai kita bersih. Yang kita masih dengar ialah sungai di Malaysia masih menjadi tempat buangan segala jenis sisa-sisa ....... samada sisa kilang, maanusia atau pun bangkai binatang. Sekitar Oktober/November 2009, aku teringat pernah menonton Buletin Utama di TV3 di mana Karam Singh Walia telah mendedahkan betapa kotornya air minum untuk penduduk di Cameron Highlands kerana sungai yang menjadi punca air dicemari hasil sisa-sisa di atas....lengkap dengan video yang amat menjelikkan. Selepas seminggu terus tindakan serta-merta diambil oleh Jabatan-jabatan yang berkenaan.

Kalau kita hanya mengharapkan satu pihak sahaja nak menjaga kebersihan sungai, dan satu pihak lagi tak peduli dan tidak ada rasa tanggung jawab langsung, walaupun dia orang sama-sama meminum air tu, sampai bila pun masalah sungai kotor ini tidak akan selesai.

Mungkinkah sungai di Malaysia akan berubah wajah seperti ini?

Kita juga tahu, Jabatan Bekalan Air di Malaysia menggunakan klorin untuk merawat air ini untuk membasmi kuman. Dan, klorin adalah salah satu ajen yang menyumbang kepada kanser. Besi paip juga sudah lama tidak diganti. Bayangkan karat-karat besi itu yang keluar bersama air di kepala paip rumah kita... dan air itulah yang kita minum dan memasak nasi, lauk pauk dan sebagainya! Klorin ini kalau tinggi kandungannya, ikan dalam akuarium pun boleh mati.... apa lagi maanusia. Kita prihatin menggunakan anti-klorin untuk ikan-ikan dalam akuarium kita... tapi untuk diri kita sendiri... bagaimana?  (Hmmmm.....bersyarah lagi.....)



Dulu, aku pun tak kisah semua ini...... sehinggalah Ayim disahkan mengidap kanser.  Barulah kami terfikir betapa perlunya penapis air dipasang di dalam rumah. Sebelum ini, aku fikir dengan memasak air sudah mencukupi untuk membunuh kuman. Memang kuman mati tetapi... karat besi dan bendasing yang lain masih ada melainkan ditapis.

Oleh kerana tubuh badan maanusia memerlukan kandungan air yang bermineral, justeru, aku memilih penapis air yang mempunyai ciri-ciri:

* mampu menghasilkan kandungan mineral yang tinggi
* mampu menapis klorin & mengnyahkan bendasing
* penyelenggaraan yang mudah
* mempunyai 7 kebuk....(didalam Islam, banyak perkara 7 - seperti hari, samak)

Apabila aku menghadiri kelas mengenai air ini, barulah aku tahu...air ini ada beberapa kategori.

* Distilled water - air bateri, hanya mengandungi hydrogen & oxygen 
* Ionized water - tinggi antioxidant...membantu mengseimbangkan pH badan
* RO water - (reverse osmosis)  air ini popular, tapi kandungan mineral rendah
* Mineral water - air yang mengandungi mineral yang tinggi (seperti air zam-zam tetapi mana boleh sama)

Semasa Ayim sambung belajar semula, dia tinggal di asrama. Jadi kami tak boleh nak pasang penapis air ini di biliknya. Kami pergi ke stokis yang menjual penapis air ini di Skudai kalau-kalau dia ada menjual air di dalam botol... bolehlah Ayim pergi beli. Dia orang tak jual.... tapi bila nak, datang je ambik.... percuma. Masalahnya ... Ayim pulak malu nak pergi ambil. Kebetulan, semasa kami sedang berbincang, ada seorang wanita sedang mendengar perbualan kami. Dia terus menawarkan supaya Ayim datang je ke rumahnya yang tidak jauh dari kawasan kampus UTM untuk mengambil air. Alhamdulillah.... syukur.... kami tak kenal pun dia. Dua tahun Ayim pergi ke rumahnya bila memerlukan bekalan air. Sehingga kini kami menjadi rapat seperti adik beradik. Terima kasih Cik Siti.

Botol inilah Ayim bawak pergi isi air di rumah Cik Siti.... dan kami belikan dia water dispenser ini .... ada 'hot' and 'cold' ... tidak payah nak memasak air

Setakat hari ini, selain memakan ubat, kami telah menggunakan penapis air, menukar diet dan insyaallah Ayim akan memulakan senaman yang sesuai apabila balik ke Malaysia nanti.

Di sepanjang perjalanan ini, di hari-hari yang akan kami lewati, pasti akan ada lagi penemuan baru untuk memerangi penyakit ini. Dan, sudah pastinya aku akan terus berjuang....

Kepada Cik Siti sekeluarga.... jasa mu tak akan kami lupa. Seperti jugak Dr. Latif, kami sekeluarga mendoakan semoga keluarga adik Siti dilimpahi Rahmat oleh Allah subhanawata'ala dunia dan akhirat.
Cik Siti mungkin tidak membaca coretan ku ini kerana aku tidak beritahu dia kewujudan blog ini.

Thursday, 1 July 2010

Sajian Tender Loving Care (3)

Sepatutnya aku ingin berkongsi maklumat tentang makanan ini lebih awal... tetapi aku asyik menangguhkannya. Surat khabar ini bertarikh 25hb Mei. Di muka tengah terpampang tajuk....How healthy is your breakfast. Memang semua menu mat saleh.... tetapi ada jugak yang kita suka. Saja nak kongsi dan sekadar buat panduan sebab di bawah setiap menu ada 'health rating 0 - 10.'


























BAGAIMANA PULAK 'HEALTH RATING' UNTUK SARAPAN DI MALAYSIA SEPERTI:

MIHUN SUP


NASI LEMAK


ROTI CANAI


MI UDANG


KUAY TEOW GORENG


Hmmmm........ seperti kata cucu ku Ammar...it's yummy, tasty & delicious.... 'health ratingnya'?