Kalau crew TV3 menJejak Rasul, kami pula menJejak Wali 9 - penyebar ugama Islam di Pulau Jawa.
Memang sudah lama ingin melakukan pengembaraan ini... baru sekarang berjaya dilaksanakan.
Awal bulan Mei 2013,kami telah menjelajah 8 kota di dalam 3 daerah (provinsi) di Jawa tengah..... Surabaya, Gerisik, Kudus, Tuban, Demak, Semarang, Cirebon dan Jakarta. Perjalanan yang amat mencabar bagi kami yang 'senior citizen'. Kami bermula dari Surabaya, dan berakhir di Jakarta dalam masa 6 hari 5 malam. Perjalanan darat sepanjang hampir 1000km. Meredah kampung dan desa.... tiada lebuhraya. Jalan bengkang bengkok dan berlubang. Syukur alhamdulillah pemandu kami amat cekap dan berpengalaman .... boleh masuk F1!!
Inilah kenderaan kami sepanjang pengembaraan kami di sana
Nama 9 wali yang akan kami ziarahi
Sebaik menjejakkan kaki di Juanda Airport Surabaya, kami terus dibawa
ke Soerabaja Cafe untuk menikmati makan tengahari
Hari pertama: Surabaya - Gerisik
Selepas makan tengahari, pengembaraan kami bermula. Makam pertama
yang diziarahi ialah Sunan Giri, di bukit Giri, Gerisik.
Seterusnya makam kedua, Sunan Gerisik -
Wali pertama di Pulau Jawa
Malamnya, selepas Isya, kami dibawa menziarah makam
ke 3, Sunan Ampel, pengasas kerajaan Islam pertama
di Jawa (Demak) dan membangunkan masjid Agung Demak
Kami dapati, di makam-makam ini sentiasa dikunjungi oleh orang sepanjang masa. Mereka ramai-ramai berduyun-duyun datang menziarah. Maknanya di makam-makam ini sentiasa ada orang yang mengaji, membaca Yasin, bertahlil dan sebagainya. Makam-makam ini tidak pernah sunyi.
Tanda hormat, tidak boleh memakai kasut semasa berada di kawasan makam
Aku suka dgn ayat ini... kalau di Msia, sila tanggalkan kasut
Malamnya kami menginap di Quds Royal hotel, Surabaya.
Di hari kedua: Destinasi kami.... Surabaya - Lamongan - Tuban - Kudus
Selepas subuh dan selesai bersarapan, kami meneruskan pengembaraan kami menuju ke Desa Sedayu, Lamongan. Kami menziarah makam yang ke empat, iaitu makam Sunan Derajat, putra Sunan Ampel.
Pesanan dari Sunan Derajat: Jika diterjemahkan ke dalam
BM lebih kurang bermaksud:
Berikanlah tongkat kpd org yg buta
Berikan makanan kpd org yg kelaparan
Berikan payung kpd org yg perlukan perlindungan
Berikan pakaian kpd org yg telanjang (menutup aib)
Dari Lamongan, kami menuju Tuban untuk menziarahi makam ke lima, Sunan Bonang, juga putra Sunan Ampel. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.
Bumbung sengaja di buat rendah supaya orang yg datang
menziarah terpaksa tunduk tanda hormat
Selesai di Tuban, kami meneruskan pengembaraan kami ke Kudus di mana kami bermalam di Griptha Hotel. Perjalanan memakan masa sekitar lima jam.
Hari ketiga: Kudus - Semarang
Pagi hari, destinasi kami ke puncak Bukit Muria untuk menziarahi makam ke enam, makam Sunan Muria, iaitu putra Sunan Kalijaga.
Pemandangan jalan masuk ke Makam Sunan Muria. Di atas bukit yg amat tinggi
Kami terpaksa menaikki motosikal utk mendaki bukit ini
Pengkalan ojek ini bermakna pengkalan motosikal
Pengalaman yg tidak boleh dilupakan... menunggang motosikal mendaki bukit
yg curam, jalan sempit dan bengkang bengkok. Upahnya Rp20000 seorang.
Pemandu pelancong kami memberitau mereka ini boleh mendapat pendapatan lebih kurang RM150 sehari
dgn hanya membawa pengunjung2 turun naik ke makam. Hitung kasar... sebulan pendapatan mereka lebih
kurang Rp13 juta lebih sebulan. Amat lumayan !!!!
Pemandangan di dalam makam Sunan Muria... cantik dan bersih
Pemandangan kedai2 cenderahati di Makam Sunan Muria
Rupanya tempat berihat Ayim berada di sini!!
Tasbih peninggalan Sunan.... besar sungguh .. mesti orangnya pun bersaiz besar
Seterusnya, kami mengunjungi menara Kudus dan menziarahi makam ke tujuh, iaitu makam Sunan Kudus. Panglima perang dan Penasihat Sultan Demak dan juga Hakim Pengadilan Negara. Peninggalannya yang terkenal ialah Masjid Menara Kudus dengan rekabentuk yang bergaya campuran Hindu dan Islam.
Kami mengambil group foto di sini... berlatarbelakangkan Menara Kudus
Kami meneruskan perjalanan kami dari Kudus ke Semarang dan bermalam di Quest Hotel.
Terlupa nak ambik gambar hotel/lobi... dah letih sangat nampak katil je!!
Hari ke tiga .... Semarang - Demak - Purwokerto
Sebaik selepas sarapan, kami menuju ke Kadilangu, Demak untuk menziarahi makam ke lapan -
Sunan Kalijaga, murid Sunan Bonang.
Di dalam bangunan ini terletaknya makam Sunan Kalijaga
Pintu masuk ke makam Sunan Kalijaga. Sedang di dalam proses ubah suai
untuk mencantikkan lagi... dengan ukiran-ukiran kayu yg halus dan unik
Bersebelahan bangunan Makam Sunan Kalijaga, terdiri Masjid Demak.... salah satu masjid tertua di Indonesia.
Masjid Demak
Syukur alhamdulillah.... sempat solat di dalam Masjid Demak
yang amat barakah
Kolam wuduk bersejarah
Perjalanan dari Demak ke Purwokerto mengambil masa selama empat jam dan kami bermalam di hotel Horison, Purwokerto.
Hari ke empat... Purwokerto - Cirebon
Perjalanan dari Purwokerto ke Cirebon memakan masa selama 7 jam. Kami bertolak selepas sarapan dan
sampai di Cirebon lebih kurang pukul tiga petang di makam Wali yang terakhir, Sunan Gunung Jati yang terletak di bukit Sembung, Kota Udang, Cirebon Jawa Barat. Sunan Gunung Jati pakar di bidang ketenteraan ..... berjaya menawan Pantai Utara Jawa Barat sekali gus mengembangkan Cirebon sebagai pusat dakwah.... di mana akhirnya sayap pemerintahannya kemudiannya menjadi kesultanan Cirebon.
Pemandangan di dalam makam Sunan Gunung Jati
Sepanjang perjalanan, kami merantasi sawah yang luas. Mereka masih tidak ada peralatan moden untuk
mengerjakan sawah ini. Semuanya seperti di Malaysia 50 tahun dahulu!!! Kenangan ku kembali .... begitulah
cara orang kampung ku mengerjakan sawah setengah abad yang lalu. Membanting tulang di panas terik
Hari ke lima.... Ceribon - Jakarta
Perjalanan dari Ceribon ke Jakarta mengambil masa lebih kurang lima jam. Kami sampai di Jakarta, hari sudah malam. Walaupun badan letih, tetapi hati masing-masing sangat gembira kerana berjaya menjejak makam Wali Songo tanpa ada masalah. Risau jugak pada mulanya.... kerana majoriti kumpulan kami adalah warga emas. Oleh kerana misi kami sudah berjaya (mission accomplished), dan malam itu adalah malam terakhir kami di Indonesia, kami pun meluangkan masa untuk bersiar-siar di Monumen Nasional
Indonesia.
Alamak.... beratnya monumen ini.! Gaya posing maut.... ha ha
Sesuatu yg menarik... semua kuda dipakaikan
'cermin mata' supaya tak melompat bila tengok org
Hotel kami di Jakarta... Grand Alia Prapatan... hotel yg baru 3 bulan beroperasi
(terlupa jugak nak ambik gambar front view/lobi)
Hari terakhir... hari ke enam.... Jakarta - International Airport Soekarno-Hatta
Besoknya, hari terakhir, kami di bawa melawat Ancol ....... mini Indonesia. Teramat luas... kami hanya
sempat melawat sebahagian sahaja kerana kesuntukan masa. Aku lebih tertarik untuk pergi shopping!!
Pelamin orang Sumatra Barat
Sempat bermain silap mata.... tak ada badan!
Cucu ku Ammar, terperanjat melihat foto ini .....
"Is Wanma dead already??"
Destinasi terakhir sebelum pulang, kami di bawa melawat
Masjid Istiqlal, masjid "negara" Indonesia
Kesemuanya kami 9 orang. 8 dewasa dan seorang budak. Ayim sepatutnya mengikuti rombongan kami ini. Tetapi, di saat akhir, 2 malam sebelum berangkat, dia telah mendapat demam panas. Mengikut doktor, dia terkena jangkitan kuman. Amat merbahaya kalau dia ikut juga rombongan kami..... dia memang tak larat pun. Ongkos semua sudah dibayar.... apo nak dikato... hangus sajelah.... memang dia tak ada rezeki.
Munkin di lain kali.... peraturan Tuhan.. sudah pasti ada hikmah disebaliknya.... wallahua'lam
Hingga jumpa lagi....