text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday 3 December 2013

SYANANIA CONDOSTAY di KOTA DAMANSARA



Salam semua... Entri kali ini nak mintak tumpang beri laluan untuk iklan.... 

Bukannya apa... manalah tau kok ada di antara pembaca-pembaca blog mama yang datang dari jauh ada urusan kat Petaling Jaya.... seperti majlis pertunangan, majlis kahwin....mencari tempat untuk menginap.... bolehlah jengok-jengok SYANANIA CONDOSTAY ni..... di jamin memuaskan, harga berpatutan dan kebersihan di utamakan. 




Ini kat guard house .... entrance ke Cova Villa.... 



Berdekatan dengan Segi University. Kalau nak hantar anak ke, adik ke, sepupu
ke register kat University atau convocation ke.... ha... jalan kaki je. Kalau anak,
adik, sepupu tu kat University Malaya pun dekat jugak... kira-kira
20 minit jika naik kereta.... tiada masalah






Sebelah Segi University ni ialah Sekelah Menengah Sri KDU .... kalau datang
melawat sesiapa kat sekolah ni.... kalau perlukan penginapan,
'menapak' boleh sampai...



Tropicana Medical Centre pun dekat... 'sepelaungan je' 
kalau nak melawat saudara sakit



Deretan kedai di hadapan condo ..... 7 eleven, Subway,
Bintang Sidewalk Cafe,KK Mart, 99 Speedmart, Secret Recipe


 Nak cari makanan .... tiada masalah..... semuanya berdekatan.
Tepuk dada tanya selera

Restoren Nasi Padang Kota Corner

Kalau nak bershopping sakan..... Ikea, The Curve, One Utama, Tesco semua dekat.
Kalau mak-mak, akak-akak, makcik-makcik nak beli bunga, pasu untuk garden kat
rumah tu, semua kedai-kedai ni 'balik pagar' je dengan Kota Damansara.

Setelah dah tau lokasi condo ni, sekarang barulah kita menjengok ke dalam rumah pulak.


Ini hall..... ada TV




Meja makan


Ada fridge dan electric kettle. Pinggan mangkuk disediakan.
Tapi memasak tidak dibenarkan.... Menggosok baju boleh



Bilik utama..... 1 queensize bed dan katil double decker utk anak2,
aircond, bathroom attached + water heater





Bilik kedua.... queensize bed, meja tulis, almari baju dan aircond



Bilik ketiga..... dua single bed, almari baju + kipas siling



Kalau datang jangan lupa bawak baju renang.... bila dah letih... terjun je
ke dalam kolam..... enjoy.. Tapi.... jgn terjun dari atas pulak... he he.... condo
ni di tingkat 19 .... kolam di tingkat 3

Gym pun ada jugak


Kalau nak contact, sila hubungi no: 0133471106. Jangan contact mama... mama hanya tolong warwarkan je....... tapi mama dah pernah duduk dah.... memang best.


Akhir kata.... sekuntum mawar merah dari mama untuk pembaca-pembaca blog mama yang disayangi




Hingga jumpa lagi di tahun hadapan .... insyaallah

Saturday 24 August 2013

Alfatihah untuk adik Marina Hussain



Hari ini, 24hb Ogos 2013, sepatutnya hari yang bersejarah di dalam hidupnya. Hari dia akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati..... diiringi restu keluarga. Tetapi Tuhan lebih menyayanginya.... pada 16hb Ogos, dia telah kembali menemui Ilahi setelah mengidap penyakit kanser Lymphoma.

Semuanya berlaku teramat pantas. Mengikut kakaknya, arwah seorang yang aktif. Aku sempat melihat gambarnya... manis dan cantik orangnya. Baru berumur 22 tahun... pelajar IPG Kota Bahru. Penyakitnya mula dikesan pada penghujung bulan Mei 2013. Masa itu baru tahap kedua. Sempat menjalani proses kemoterapi dua kali..... disebabkan ada jangkitan kuman di paru-paru, tidak sampai tiga bulan, arwah tewas di dalam perjuangannya untuk terus hidup.

Menurut kakaknya, dia sempat membaca blog Kasih Hingga Ke Syurga sehingga habis. Dia jadikan Ayim sebagai sumber inspirasinya berjuang untuk terus sihat.... dan dia ingin bertemu Ayim....

Aku ralat sebab tidak sempat menunaikan hajatnya ..... aku tidak menjangka yang dia akan pergi dalam masa terdekat.... Aku jangkakan dia akan menang di dalam peperangannya melawan penyakitnya sebab dia masih muda dan baru tahap kedua.


Ternyata aku tersilap......


Dia pergi dengan meninggalkan kenangan manis untuk keluarga tersayang.... meninggal di bulan Syawal... setelah sempat beraya buat kali terakhir dan bermaaf-maafan bersama keluarga dan sahabat handai.


 Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga arwah, lebih-lebih lagi ibunya, tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini.


Alfatihah..... 


Dia di kebumikan di Kelantan



P/s Atas permintaan ibunya, gambarnya tidak dibenarkan disiarkan.




Monday 12 August 2013

Indahnya beraya di kampung




Selamat Hari Raya kapada anda semua yang masih sudi mengunjungi 
blog ini. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga






Ayim dikelilingi anak2 saudara di malam raya .... menunggu
duit raya dari Papayim


Tahun ini kami dapat beraya dengan amat meriah sekali. Impian menjadi kenyataan. Kami adik beradik dan keluarga dapat beraya di kampung. Sudah bertahun kami tidak balik beraya di kampung. Kebetulan, pada tahun lepas, aku  telah memberi kebenaran kepada satu famili untuk tinggal di rumah peninggalan orang tua kami ... untuk membersihkan rumah dan menjaga kawasan. Alhamdulillah..... pasangan ini telah menjalankan amanah kami dengan penuh tanggung jawab dan sempurna sekali. Kami sangat berpuas hati. 

Sempena hari raya ini, pasangan ini telah bermurah hati membuat 'rumah terbuka' khas untuk kami adik beradik. Kami dilayan seperti VVIP..... syahdu sekali... terasa seperti ketika ibu masih ada menanti kepulangan kami dengan juadah raya yang istimewa.






Kawasan yang dijaga kemas dan bersih



Walaupun dah bersih, Tokpa masih nak menyapu.... melayan
cucu2 'Mat Saleh' yg tak pernah merasa  membakar sampah



Antara juadah yg disediakan... pucuk ubi tempoyak
specialty Nogoghi Sembilan



Laksam pun ada


Udang galah fresh dpd sungai


Kuih raya



Kebetulan pula musim buah2an. Dapatlah cucu-cucu merasa memetik buah
rambutan sendiri dari pokok.




Abid kata ..... berries!!


Dokong pun ada



Nangka


Mangga baru nak berputik


Dan yang paling best ....durian menunggu kepulangan kami

Cempedak baru habis .... manggis pulak tidak berbuah tahun ini. 



Sebelum berpisah, semestinya kami mengabdikan kenangan manis
bersama sebahagian daripada keluarga kami yang dapat hadir



En. Syukur dan Suzana.... pasangan yang merealisasikan
impian kami adik beradik. Terima kasih kpd anda berdua.
Memang kami amat bersyukur bertemu Syukur yg baik hati !!
(En. Syukur 'terlelap'.... mengantuk. Dia kata dia membakar
lemang sampai pukul 3 pagi khas utk kami!!)

Semoga Allah SWT terus memberkati pasangan ini.....


Semoga tahun hadapan, panjang umur, kami dapat lagi beraya di kampung.



Tuesday 18 June 2013

June Birthdays




Jun 2013 Ayim genap 31 tahun..... syukur alhamdulillah dia semakin sihat.






Bulan Jun keluarga kami memang meriah menyambut hari jadi...... 
sebab ramai yang lahir pada bulan Jun




Ayim memotong kek bersama anak-anak saudara yang lahir di bulan Jun
Juga Mama dan Mummy




Ayim bersama Mak Long tersayang ......  juga lahir pada bulan Jun



Akhir kata... buat renungan bersama






Hingga jumpa lagi.... 

Saturday 1 June 2013

Menziarahi Jejak Wali Songo (Wali 9) di Tanah Jawa


Kalau crew TV3 menJejak Rasul, kami pula menJejak Wali 9 - penyebar ugama Islam di Pulau Jawa. 

Memang sudah lama ingin melakukan pengembaraan ini... baru sekarang berjaya dilaksanakan.


 Awal bulan Mei 2013,kami telah menjelajah 8 kota di dalam 3 daerah (provinsi) di Jawa tengah..... Surabaya, Gerisik, Kudus, Tuban, Demak, Semarang, Cirebon dan Jakarta.  Perjalanan yang amat mencabar bagi kami yang 'senior citizen'. Kami bermula dari Surabaya, dan berakhir di Jakarta dalam masa 6 hari 5 malam. Perjalanan darat sepanjang hampir 1000km. Meredah kampung dan desa.... tiada lebuhraya. Jalan bengkang bengkok dan berlubang. Syukur alhamdulillah pemandu kami amat cekap dan berpengalaman .... boleh masuk F1!!






Inilah kenderaan kami sepanjang pengembaraan kami di sana



Nama 9 wali yang akan kami ziarahi



Sebaik menjejakkan kaki di Juanda Airport Surabaya, kami terus dibawa 
ke Soerabaja Cafe untuk menikmati makan tengahari

Hari pertama:  Surabaya - Gerisik



Selepas makan tengahari, pengembaraan kami bermula. Makam pertama 
yang diziarahi ialah Sunan Giri, di bukit Giri, Gerisik.





Seterusnya makam kedua, Sunan Gerisik - 
Wali pertama di Pulau Jawa



Malamnya, selepas Isya, kami dibawa menziarah makam 
ke 3, Sunan Ampel, pengasas kerajaan Islam pertama
di Jawa (Demak) dan membangunkan masjid Agung Demak


Kami dapati, di makam-makam ini sentiasa dikunjungi oleh orang sepanjang masa. Mereka ramai-ramai berduyun-duyun datang menziarah. Maknanya di makam-makam ini sentiasa ada orang yang mengaji, membaca Yasin, bertahlil dan sebagainya. Makam-makam ini tidak pernah sunyi.



Tanda hormat, tidak boleh memakai kasut semasa berada di kawasan makam
Aku suka dgn ayat ini... kalau di Msia, sila tanggalkan kasut


Malamnya kami menginap di Quds Royal hotel, Surabaya.




Di hari kedua:  Destinasi kami.... Surabaya - Lamongan - Tuban - Kudus


Selepas subuh dan selesai bersarapan, kami meneruskan pengembaraan kami menuju ke Desa Sedayu, Lamongan. Kami menziarah makam yang ke empat, iaitu makam Sunan Derajat, putra Sunan Ampel.





Pesanan dari Sunan Derajat: Jika diterjemahkan ke dalam 
BM lebih kurang bermaksud:
Berikanlah tongkat kpd org yg buta
Berikan makanan kpd org yg kelaparan
Berikan payung kpd org yg perlukan perlindungan
Berikan pakaian kpd org yg telanjang (menutup aib)

Dari Lamongan, kami menuju Tuban untuk menziarahi makam ke lima, Sunan Bonang, juga putra Sunan Ampel. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.





Bumbung sengaja di buat rendah supaya orang yg datang
menziarah terpaksa tunduk tanda hormat


Selesai di Tuban, kami meneruskan pengembaraan kami ke Kudus di mana kami bermalam di Griptha Hotel. Perjalanan memakan masa sekitar lima jam.




Hari ketiga:  Kudus - Semarang

Pagi hari, destinasi kami ke puncak Bukit Muria untuk menziarahi makam ke enam,  makam Sunan Muria, iaitu putra Sunan Kalijaga.



Pemandangan jalan masuk ke Makam Sunan Muria. Di atas bukit yg amat tinggi
Kami terpaksa menaikki motosikal utk mendaki bukit ini



Pengkalan ojek ini bermakna pengkalan motosikal


Pengalaman yg tidak boleh dilupakan... menunggang motosikal mendaki bukit
yg curam, jalan sempit dan bengkang bengkok. Upahnya Rp20000 seorang.

Pemandu pelancong kami memberitau mereka ini boleh mendapat pendapatan lebih kurang RM150 sehari
dgn hanya membawa pengunjung2 turun naik ke makam. Hitung kasar... sebulan pendapatan mereka lebih
kurang Rp13 juta lebih sebulan. Amat lumayan !!!!




Pemandangan di dalam makam Sunan Muria... cantik dan bersih



Pemandangan kedai2 cenderahati di Makam Sunan Muria



Rupanya tempat berihat Ayim berada di sini!!



Tasbih peninggalan Sunan.... besar sungguh .. mesti orangnya pun bersaiz besar

Seterusnya, kami mengunjungi menara Kudus dan menziarahi makam ke tujuh, iaitu makam Sunan Kudus. Panglima perang dan Penasihat Sultan Demak dan juga Hakim Pengadilan Negara. Peninggalannya yang terkenal ialah Masjid Menara Kudus dengan rekabentuk yang bergaya campuran Hindu dan Islam.



Kami mengambil group foto di sini... berlatarbelakangkan Menara Kudus

Kami meneruskan perjalanan kami dari Kudus ke Semarang dan bermalam di Quest Hotel.


Terlupa nak ambik gambar hotel/lobi... dah letih sangat nampak katil je!!


Hari ke tiga .... Semarang - Demak - Purwokerto

Sebaik selepas sarapan, kami menuju ke Kadilangu, Demak untuk menziarahi makam ke lapan -
Sunan Kalijaga, murid Sunan Bonang.



Di dalam bangunan ini terletaknya makam Sunan Kalijaga




Pintu masuk ke makam Sunan Kalijaga. Sedang di dalam proses ubah suai
untuk mencantikkan lagi... dengan ukiran-ukiran kayu yg halus dan unik

Bersebelahan bangunan Makam Sunan Kalijaga, terdiri Masjid Demak.... salah satu masjid tertua di Indonesia.



Masjid Demak



Syukur alhamdulillah.... sempat solat di dalam Masjid Demak 
yang amat barakah





Kolam wuduk bersejarah

Perjalanan dari Demak ke Purwokerto mengambil masa selama empat jam dan kami bermalam di hotel Horison, Purwokerto.




Hari ke empat... Purwokerto - Cirebon

Perjalanan dari Purwokerto ke Cirebon memakan masa selama 7 jam. Kami bertolak selepas sarapan dan
sampai di Cirebon lebih kurang pukul tiga petang di makam Wali yang terakhir, Sunan Gunung Jati yang terletak di bukit Sembung, Kota Udang, Cirebon Jawa Barat. Sunan Gunung Jati pakar di bidang ketenteraan ..... berjaya menawan Pantai Utara Jawa Barat sekali gus  mengembangkan Cirebon sebagai pusat dakwah.... di mana akhirnya sayap pemerintahannya kemudiannya menjadi kesultanan Cirebon.





Pemandangan di dalam makam Sunan Gunung Jati


Sepanjang perjalanan, kami merantasi sawah yang luas. Mereka masih tidak ada peralatan moden untuk
mengerjakan sawah ini. Semuanya seperti di Malaysia 50 tahun dahulu!!! Kenangan ku kembali .... begitulah 
cara orang kampung ku mengerjakan sawah setengah abad yang lalu. Membanting tulang di panas terik







Hari ke lima.... Ceribon - Jakarta

Perjalanan dari Ceribon ke Jakarta mengambil masa lebih kurang lima jam. Kami sampai di Jakarta, hari sudah malam. Walaupun badan letih, tetapi hati masing-masing sangat gembira kerana berjaya menjejak makam Wali Songo tanpa ada masalah. Risau jugak pada mulanya.... kerana majoriti kumpulan kami adalah  warga emas. Oleh kerana misi kami sudah berjaya (mission accomplished), dan malam itu adalah malam terakhir kami di Indonesia, kami pun meluangkan masa untuk bersiar-siar di Monumen Nasional 
Indonesia.





Alamak.... beratnya monumen ini.! Gaya posing maut.... ha ha



Sesuatu yg menarik... semua kuda dipakaikan
'cermin mata' supaya tak melompat bila tengok org



Hotel kami di Jakarta... Grand Alia Prapatan... hotel yg baru 3 bulan beroperasi
(terlupa jugak nak ambik gambar front view/lobi)


Hari terakhir... hari ke enam.... Jakarta - International Airport Soekarno-Hatta 

Besoknya, hari terakhir, kami di bawa melawat Ancol ....... mini Indonesia. Teramat luas... kami hanya
sempat melawat sebahagian sahaja kerana kesuntukan masa. Aku lebih tertarik untuk pergi shopping!!












Pelamin orang Sumatra Barat



Sempat bermain silap mata.... tak ada badan!
Cucu ku Ammar, terperanjat  melihat foto ini ..... 
"Is Wanma dead already??"



Destinasi terakhir sebelum pulang, kami di bawa melawat
Masjid Istiqlal, masjid "negara" Indonesia


Kesemuanya kami 9 orang. 8 dewasa dan seorang budak. Ayim sepatutnya mengikuti rombongan kami ini. Tetapi, di saat akhir, 2 malam sebelum berangkat, dia telah mendapat demam panas. Mengikut doktor, dia terkena jangkitan kuman. Amat merbahaya kalau dia ikut juga rombongan kami..... dia memang tak larat pun. Ongkos semua sudah dibayar.... apo nak dikato... hangus sajelah.... memang dia tak ada rezeki. 
Munkin di lain kali.... peraturan Tuhan.. sudah pasti ada hikmah disebaliknya.... wallahua'lam

Hingga jumpa lagi....