text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 9 April 2015

Jalan Jalan Cuci Mata di Bukittinggi, Padang


Beberapa bulan lepas kami bertiga telah pergi melancung ke Bukittinggi, Padang..... menjejak asal usul keturunan ku.... orang Minang. Kampung asal ku PayaKumbuh... tapi tak tau kat mana sebenarnya.


Lapangan terbang Padang


Daripada lapangan terbang, kami di bawa berehat di air terjun Lembah Anai ini.



Pintu gerbang yang menyambut ketibaan para pelancung.
Padang Panjang Kota Serambi Mekah

Destinasi seterusnya ....... kami dibawa melawat Pusat Dokumentari & Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang..... di panggil juga rumah gadang.



Di sini kami di beri penerangan berkenaan adat orang Minangkabau. Terbahagi kepada 2..... Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih cara pentadbirannya ialah cara demokrasi. Sementara Adat Temenggong pula ditadbir cara Aristokrasi.

Perbezaan cara pentadbiran ini jelas ditonjolkan melalui bumbung rumah.... seperti rumah gadang, bumbung nya mempunyai tiga lengkok melambangkan Temenggong.  Rumah Perpatih lengkok bumbungnya 2 sahaja.

Di sini, terdapat 96 suku... tetapi yang ada di Negeri Sembilan hanyalah 12 suku. Pada mulanya ada juga pendapat yang mengatakan adat Pepatih salah dari segi ugama Islam... tetapi akhirnya ketua adat mencapai kata sepakat seperti yang disimpulkan dalam: Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah (Al Quran).

Bersama petugas yang menceritakan keunikan adat Minangkabau.... 
Perpatih dan Temenggong

Aku lebih berminat kepada adat Perpatih sebab aku tinggal di Negeri Sembilan... mengamalkan adat ini. Banyak orang salah faham tentang adat ini. Lelaki yang berkahwin dengan perempuan N.Sembilan kena queen control sebab harta pusaka jatuh kepada anak perempuan.

Sebenarnya, harta pusaka ini terbahagi kepada 2 - Pusaka Tinggi... yang diwaris dari nenek moyang. Dan harta ini sahaja yang boleh dituntut oleh anak perempuan.

Lagi satu, ialah Pusaka Rendah...  harta sepencarian mak/bapak. Yang ini, lelaki pun boleh dapat. Jadi, anggapan perempuan membolot semua harta itu adalah SALAH.

Cara orang Minangkabau mendidik anak-anak amat menarik sekali. Anak lelaki, pada waktu siang membantu orang tua bersawah dan bertani. Malamnya mereka tidor di masjid atau surau sambil belajar ilmu ugama. Jadi, anak lelaki yang masih bujang tidak tidor di rumah orang tua.

Anak lelaki juga digalakkan pergi merantau.... seperti pantun dibawah ini:

Karatau madang di hulu
Babuah babunga balun
Karantau bujang dahulu
Di rumah baguno balun

Maksudnya... lebih baik pergi merantau dahulu, menimba pengalaman dan mengumpul harta daripada tinggal di kampung dengan hasil yang tidak seberapa.

Anak lelaki, jika ditakdirkan dia bercerai selepas berkahwin, dia akan pulang semula kepangkuan keluarga. Dan yang pasti, walaupun orang selalu cakap "turun sehelai sepinggang" tetapi, dia tidak akan merempat dan kebuluran sebab adik beradik perempuan yang mendapat harta pusaka akan membantu saudara lelakinya sehingga dia stabil semula. Adilkan??? ... mana ada queen control.

Dan anak perempuan pula, diajar menenun, menyulam dan menguruskan rumahtangga.



Teringin pulak nak merasa pakai sanggul tradisional... 
masa kahwin dulu tak merasa...dah jadi warga emas baru
dapat merasa 

Pelamin adat minangkabau

Ada cerita di sebalik sanggul ini. Sanggul ini agak berat.... kalau pengantin perempuan memakai semasa majlis persandingan dia sehari suntuk... dengan cuaca panas boleh pengsan. Tetapi itulah ujian dia... kalau pengantin perempuan pengsan, semua orang akan tahu dia tidak biasa bekerja keras.... anak manja atau pun pemalas.

Maka malulah kedua orang tuanya!




Jam Gadang... mercu tanda bandar Bukittinggi


Selama di Bukittinggi kami menginap di hotel yg telah disediakan... Royal Denai Hotel. Pada pagi hari kedua, selepas sarapan kami duduk di lobi sambil menunggu kenderaan kami datang menjemput, tiba-tiba terasa gegaran.... apa lagi kami pun melompat keluar ke tempat parking. Pekerja-pekerja hotel relaks sahaja... itu perkara biasa bagi dia orang.... gempa bumi yang paling minor... tapi sudah cukup rasa macam nak tercabut jantung kami yang kali pertama mengalaminya!!



Hari ini kami nak melawat rumah Hamka.  Perjalanan dari Bukittinggi ke Tasik Maninjau agak mencabar. Ada 44 lengkok yg tajam dengan jalan yang sempit. Sebelah kiri ... pemandangan amat menakjubkan... tetapi di waktu yang sama kecut jugak perut sebab nun di bawah sana nampak amat sayup perkampungan. Kalau kenderaan tergelincir... subhanallah.... tetapi pemandu di sini amat cekap ... tidak ada kemalangan yang terjadi.




Setelah kira-kira 2 jam perjalanan, kami selamat tiba di destinasi. Tapi sedih sekali kami tidak dapat masuk ke dalam rumah.... sebab penjaga tempat ini tidak sihat. Dan tidak ada orang lain boleh gantikan tempat dia.



Kata pemandu kami, ini perkara biasa terjadi sebab kami datang 3 orang je... tak banyak duit kutipan yang dia boleh dapat.... tidak berbaloi dia nak melayan.  Kalau satu bas yang datang... dia tidak pernah sakit.... kalau sakit pun otomatik sihat..... hmmmmmm

Untuk menghilangkan kekecewaan, kami pulang semula ke pekan Bukittinggi dan bershopping di pasar atas.

Esoknya.... hari ketiga kami pergi melawat Istano Basa Pagaruyung.






Di hadapan bilik raja

Bilik Bondo Kanduang (Bonda Raja)...
Perempuan yang paling penting

Bilik anak perempuan yang sudah berkahwin

Seperti juga di rumah gadang, ada banyak bilik. Tiap-tiap anak perempuan yg sudah berkahwin dapat satu bilik.... tetapi bilik-bilik ini agak sempit. Tidak selesa apabila sudah mempunyai anak. Tujuannya supaya menantu berusaha keluar dari rumah gadang dan buat rumah sendiri. Satu sindiran yang amat halus dari keluarga mertua kepada menantu lelakinya supaya berdikari.


Bilik anak dara ... gadis pingitan

Tiang-tiang dalam istano dan di rumah gadang memang sengaja dibuat senget... tujuannya untuk menahan bangunan daripada runtuh apabila terjadi gunung berapi meletup dan terjadi gempa bumi. Menakjubkan... mereka tidak pernah tau apa itu teknologi dan kejuruteraan tetapi boleh buat bangunan di jamin tidak roboh kalau terjadi gempa bumi.


Kepuk padi.... tempat menyimpan padi


Pemandangan belakang istano

Selesai melawat Istano Pagaruyung, kami meneruskan destinasi kami ke Payakumbuh. Inilah sebenarnya tujuan asal aku datang kemari... ingin menjejakkan kaki di bumi kelahiran nenek moyang ku... walaupun aku tak tau di mana kampung sebenarnya.



Mengikut cerita pemandu kami, Daerah Minangkabau ini terbahagi kepada 3... Payakumbuh, Bukittingi dan Batusangkar. Makna Minangkabau.... menang lawan kerbau.


Alhamdulillah... tercapai hajatku utuk menjejakkan kaki di bumi ini

Medan Nan Bapaneh Ngalau Indah
Tempat Sultan di zaman dahulu bermesyuarat di luar bangunan... tidak berbumbung... 
open air..... hanya Sultan dipayungkan... orang lain berpanas

Balaikota Payakumbuh.... bumbungnya mempunyai 2 lengkok... 
Melambangkan Perpatih


Untuk makan tengahari, kami dibawa menjamu selera di sebuah restoren nasi padang
di tengah-tengah sawah



 Macam 10 orang nak makan

Hari terakhir, kami di bawa ke tepi pantai di Padang untuk menikmati matahari terbenam dan menjamu selera dengan makanan laut.






Selamat tinggal bumi kelahiran nenek moyang ku.... insyaallah kalau ada rezeki, panjang umur kami ingin datang lagi.