text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday, 19 October 2010

Sepanjang minggu berlalu

27hb September - temujanji Ayim yang pertama dengan haemotologist di Hospital Ampang. Temujanji ini lebih kepada 'pengenalan'.... mengetahui sejarah pesakit/penyakit dan juga mengenalpasti tindakan seterusnya.



Pintu Masuk Utama


Klinik Pakar



Hasil keputusan uji darah yang telah diambil, darah Ayim tiada masalah. Dan doktor pakar itu mencadangkan supaya Ayim menjalani PET Scan di dalam waktu terdekat. Mereka akan memberitahu kami apabila sudah ada tarikh yang sesuai.

Pada hari itu, kami bernasib baik kerana Ketua Jabatan Haemotologist, Datuk Dr Chang ada bersama. Dia telah menasihatkan supaya Ayim sentiasa membalut kaki kanannya (dibengkung). Hanya dibuka waktu tidur sahaja. Dan juga, kaki tidak boleh dibiarkan terjuntai ke bawah. Bila duduk, kaki lurus ke depan dan di lapik dengan kusyen supaya tinggi. Masa tidur pun begitu juga. Selain dibengkung, dia juga mencadangkan sentiasa melakukan senaman ringan di rumah.  Setakat ini, Ayim telah mengikuti video ini setiap pagi.... kira-kira lebih kurang setengah jam.




Alhamdulillah, setelah tiga minggu, sudah ada nampak perubahan. Size kaki kanannya sudah semakin kecil.  Doktor itu juga ada memberitahu proses ini akan mengambil masa sebab keadaan kaki yang sudah agak lama.  Berita ini sudah cukup menggembirakan kami. Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kembali ke size normal semula.

Minggu-minggu berikutnya, kami memenuhi pelbagai undangan. Selain kenduri kahwin, kami juga menghadiri kenduri Aqiqah dan cukur jambul cucu besan kami

 Baby Irfan Darwish yang hensem


Selawat Nabi


Bersama besan yang telah pun berangkat semula ke Cairo untuk menyambung tugas

Insyaallah.. panjang umur, tahun dopan kito jumpo lagi


Aku jugak sempat 'menjejak kasih' dengan kawan-kawan sekolah yang sudah 37 tahun berpisah. Terlalu lama sangat tidak berjumpa hinggakan tidak kenal antara satu sama lain... terpaksa menggunakan 'name-tag'


Menghadiri jamuan makan malam Santapan di Raja yang dihadiri oleh Yang di Pertuan Besar N.S. yang juga bekas murid Sek. Men. KGV Seremban







Kami tumpang glamour je

Dan, aku berasa sangat gembira dan terharu, tahun ini agak ramai kenalan ..... rakan/sahabat yang mendapat 'kad jemputan'  menjadi tetamu Allah.

Jiran kami yang telah pun berangkat ke tanah suci



Kepada semua kenalan.... rakan/sahabat, juga pengunjung blog ini, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. Semoga mendapat haji mabrur.

Kepada semua kenalan ku ini, lebih-lebih lagi yang mengenali Ayim, aku telah minitipkan satu permintaan yang amat 'berat dan mahal' .... iaitu aku meminta mereka semua tolong mendoakan Ayim sihat semula sepenuhnya semasa mereka di tanah suci (kalau boleh semasa di Raudah dan di depan Kaabah).

Apa yang dapat aku katakan ....... doa kalian amat bermakna bagi kami sekeluarga. Lebih berharga daripada segunung intan berlian/RM!  Terima kasih. Budi baik kalian, kami akan kenang hingga ke akhir hayat. Allah jua yang akan membalasNya.

13 comments:

aRoL said...

salam,
banyak yang saya pelajari dengan kekuatan dan semangat yang ada pada ayim. saya doakan ayim akan sembuh seperti sediakala. Tiada yang lebih baik selain doa ibu...

kakcik said...

Salam KZ...

kakcik juga turut mendoakan agar kesihatan Ayim bertambah baik hari ke hari. InsyaAllah.

Hospital Ampang tu tak sampai sepuluh minit pun jaraknya dari rumah kakcik. :)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah,

Lama betul kita tak jumpa di laman blog kan k.zah. Masing2 sibuk memenuhi pelbagai aktiviti hidup seharian..bila dah rehat menulis langsung termalas nak aktif.

Syukur dpt tau Ayim semakin sihat dan didoakan kesihatannya akan pulih sepenuhnya, insyallah. K.zah dan keluarga pun nampak happy.

Reunion teman2 sek akak tu betul2 glam n ekslusif, maklum ada VVIP. Bestkan berpuluh tahun terpisah akhirnya bertemu kembali, perubahan fizikal membuatkan kita sampai tak cam kengkawan lama. Pasti ianya mengimbau kenangan manis zaman persekolahan. So sweet..

Anonymous said...

InsyaALLAH setiap ujian daripada ALLAH itu ada nilai pahala di sisiNYA . Redha, sabar, berdoa dan sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH.
Dunia adalah jambatan ke akhirat.
Bersabarlah. Doa kami agar Ayim sembuh seperti sedia kala insyaALLAH

Mama said...

Salam semua

T.kasih kerana mendoakan kesihatan Ayim.


aRol.... selamat berkenalan

T.kasih sudi menjadi 'pengikut' blog ini. Mama amat gembira sekiranya cerita Ayim ini dpt memberi semangat dan kekuatan kpd kawan2 yg senasib... yg sedang diuji Allah.



Kakcik .... tinggal dkt Pandan Indah ke atau Pandan Mewah? Lain kali kami singgah minum kopilah ye...

Kami kali pertama pergi... pg2 dh bertolak dr Sban takut sesat!


Yati..

Masing2 sibuk membina kerjaya dan keluarga... terpisah 37 thn. Mmg best dpt berjumpa semula...

Anon

Tersentuh betul kata2 Anon ini...
Rasa2 mcm kenal je... tp takut tersalah org.

LiTtLe SoLdieR oF aLmiGhTy said...

Salam.. found this blog tru abg mas afzal's.. abg ayim, semoga sentiasa sihat selalu.. apa yang penting abg ayim need family and friends' support!!

Allah bless us :)

Mama said...

Salam perkenalan LiTtLe SoLdieR aLmiGhTy

T.kasih sudi singgah. Mama setuju... dgn family & friends' support sama seperti half the battle won!

Semoga kita semua didalam peliharaan Allah

fa*atip said...

wokey! keadaan dah syelamat syekarang....hehehe.....

Ibu n Abah said...

Salam rindu kak zah...
lama sungguh tak berpenghuni rumah kak zah ni...(tapi saya jenguk jugak tumpang dengar lagu...)
Semuga kaki dan kesihatan Ayim akan lebih baik berkat doa semua terutama dari sekali doa dari Raudhah..

Mama said...

Salam Fa

Nasib baik dh OK.. mmg mengelabah mama sekejap... very the thank Q


Salam DM

DM nak singgah dengar lagu... no problem... silakan

Skrg ni dah jarang update... sbb perkembangan Ayim dah agak stabil. Alhamdulillah dia bertambah sihat... berkat doa kawan2 semua

en_me said...

dh selamat kanns.. ehehe

Mama said...

Salam en_me

Alhamdulillah.... berkat doa kwn2 semua. T.K.

ida said...

Assalamualaikum.
Bila terbaca blog mama ttg Ayim, terimbas kenangan arwah ayah yang telah setahun pergi meninggalkan kami. penderitaan arwah menghidap kanser dikesan agak lewat... hanya 5 bulan sempat saya menjaga dan membawa arwah membuat rawatan di kl. tak puasa rasanya mengabadikan diri dan tak terbalas dengan apa yang arwah berikan buat kami anak2nya yang seramai 10 orang. tanggal 31 ogos 2009 beliau kembali ke rahmatullah dan alhamdulillah sempat anaknya2nya berada disisinya...
walauapun disahkan tahap kritikal tetapi arwah tak pernah menunjukkan kesakitan sehinggakan dr sdr berkata ayah awak sungguh kuat n ... miracle... kalau mengikut tahap kanser yang dihidapinya tak mungkin lagi blh berjalan n badan akan bengkak.. akan kekuningan... berisi air... tp semua simptom tu tak ada... hanya dua minggu terakhir... barulah nampak akan penderitaannya... sukar nak dibayangkan... tp sempat arwah berkata... dia masih kuat... kenapa menangis... tgk ayah masih kuat lagi... al-fatihah... maaf.. hanya setakat ini.. tak mampu nak teruskan lagi... wassalam...