text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Saturday, 23 April 2011

Hepi Hepi Hepi

 
Salam semua.... agak lama blog ini tidak bersiaran.  Aku teramat sibuk menyambut kedatangan cucu baru pada 15hb Mac. sehingga tak cukup masa nak duduk meng update blog ini.   

Itulah berita 'hepi' yang pertama



Inilah dia..... cucu yang ke enam..... Nia Mysarah namanya


Bila aku ada masa lapang, aku terpaksa pulak berebut netbook dengan cucu yang sorang ni. Dia tak bagi peluang langsung ........ masa aku nak guna,  masa tu jugak dia nak tengok Upin & Ipin.... tak boleh tangguh-tangguh....


Cucu keempat.... Ainaa Arisa


Berita 'hepi' yang kedua.....

Pada 28hb Mac, kami mendapat keputusan CT Scan Ayim...... selari dengan keputusan PET Scannya bulan lepas, semuanya 'clear'. Syukur alhamdulillah. Berita yang kami sekeluarga nanti-nantikan semenjak 10 tahun lalu.

Ayim juga masih meneruskan berubat dengan Hj. Lokman. Hj. Lokman pun telah memberitahu kami yang kanser Ayim sudah tidak ada .... tetapi perlu meneruskan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran yang disarankan. Sekarang dia lebih memberi fokus untuk memulihkan kaki kanan Ayim.

Untuk mengisi masa lapang, Ayim telah mengikuti Kursus Penterjemahan selama dua minggu di Insitiut Terjemahan Negara di Wangsa Maju. Saja suka-suka..... untuk menambah skill.  Mungkin satu ketika nanti Ayim boleh menjadi Penterjemah sambilan (freelance) ....... masa yang fleksible untuk menambah pendapatan.

Ayim telah memberi aku satu teka-teki: "Apakah nama asal RADIO di dalam bahasa Melayu? Ha.. ha... siapa tahu boleh jawab di kotak komen.....(tapi tiada hadiah..... he he)

Berita 'hepi' yang ketiga....

Alhamdulillah.....  selesai sahaja Ayim mengikuti Kursus Penterjemahan, dia telah mendapat tawaran bekerja dengan anak syarikat DRB-Hicom. Lokasinya di lapangan terbang. Insyaallah, dia akan melaporkan diri pada 3hb Mei. Bukan sebagai juruterbang seperti yang diimpikannya dan bukan juga sebagai jurutera sesuai dengan kelulusannya, tetapi sekurang-kurangnya memenuhi kriterianya:

-  bertugas didalam industri yang dia minat dan di dalam suasana yang amat sesuai dengan jiwanya   
-  bekerja secara syif. (dia memang tidak suka waktu kerja yang rigid ....  waktu  pejabat)
-  dia boleh berulang-alik dari rumah dan aku boleh memasakkan bekal makanannya setiap hari

Gaji memang tidak setimpal dengan kelulusan.... tetapi itu bukanlah isu utama bagi kami. Yang penting dia ada aktiviti.  Ayim kata, sekarang ini dia lebih stress kerana tidak bekerja daripada memikirkan penyakitnya. Sebagai 'cancer survivor', mampu bekerja semula, boleh bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa dan menjalani kehidupan secara normal sudah beribu kali syukur .... sudah amat bertuah. Hanya orang yang mendapat peluang kedua sahaja yang benar-benar tahu nikmat ini dan memahami betapa besarnya keagungan Allah.





Berita 'hepi' yang keempat.....

Ha ha.... insyaallah... pada 1hb Mei ini, kami sekeluarga akan menyambut kepulangan 3 orang hero kami dari Manchester. Mereka kembali kepangkuan kami untuk selama-lamanya. Kami sekeluarga akan berkumpul semula setelah tiga tahun lebih tidak dapat bersama.



3  hero yang kami rindui......Adam Hakimi, Ammar Hariz & Abid Husaini

   

Pada bulan April/May setiap tahun, ada pameran bunga tulip di Keukenhof, Amsterdam.  Aku teringin untuk melihat pameran bunga ini. Setakat hari ini, hajat aku belum kesampaian lagi. Dua tahun sudah, masa aku pergi melancong ke negeri Belanda ini, taman tulip itu di tutup sebab aku pergi pada bulan Julai.

Buat masa ini, aku harus berpuashati dengan melihat gambar-gambarnya sahaja. (T.kasih Lin beri izin 'copy')  Kalau ada 'seru', satu hari, insyaallah, aku akan kesana jua sekali lagi.

Jom.... kita tatapi bersama........





l












Sungguh mengasyikkan.....

Hingga jumpa lagi

17 comments:

Lili said...

Salam KZ,

Rindu betul pada KZ dan cerita2 KZ!

Tumpang hepi sama dengan kehadiran cucu2 KZ.

Tahniah buat Ayim semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Sesungguhnya tiada sesuatu yang mustahil dengan kehendak Allah dan kesungguhan KZ dan keluarga. Dan saya berpesan jugak pada diri saya.
Terharu saya baca posting KZ kali
ni.

And I love those tulips pics. Thanks for sharing.. <3

me suya said...

salam KZ
alhamdulillah... setelah lama suya ikuti blog ni sbgai silent readers.terpanggil kali ni nak komen.. Syukran ya ALLAH.. Syukran atas nikmat unutk keluarga kalian.. ALLAH MAHA KUASA.. mengembalikan sinar yang redup seketika

Mama said...

Salam Lili

T.kasih... t.kasih.. tak sangka ada org merindui cerita KZ. KZ ada edit semula... terlupa teka teki dari Ayim... cubalah jwb... he he


Salam me suya

Salam perkenalan dan t.kasih meluangkan masa membaca blog ini dan juga mendoakan kami sekeluarga.
Mama amat terharu... kerana doa pembaca semua jugak Ayim cepat sembuh...Syukran Syukran

kakcik said...

Alhamdulillah. Saya tumpang gembira dengan kegembiraan Kak Zah sekeluarga. Semoga kegembiraan itu akan berpanjangan selamanya. InsyaAllah. :)

Mama said...

Salam Kakcik

T.kasih banyak2... semoga keluarga kita sama2 dirahmati Allah... amin

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Assalam kak zah,

wah..lama betul menyepi, diam ada makna rupanya.
Tahniah di atas banyaknya cerita2 happy yg berlangsung dlm hidup kak zai..tumpang gumbira sekali.
khusus buat ayim, syukur telah kembali sihat dan tahniah bakal melangkah ke alam pekerjaan.
senyum sampai ke telinga ye KZ atas rezeki kurniaanNya.

Mama said...

Salam Yati

T.kasih t.kasih. Senyum sampai ke telinga? he he.... bukan setakat senyum je tersengeh2 lagi...

Alhamdulillah

yerboy said...

peti suara ke?

haZwAnIE said...

wah lamanya menyepi mama.....

rindu jgk dgn pnulisan mama...syukur ayim dh dpt keja...
tahniah jgk...dpt tittle nenek yg ke6...

Mama said...

Yerboy.... salah... sila cuba lagi.. he he


Salam haZwANIE

T.kasih... mmg sibuk sgt. mummynya dlm pantang... semua cucu berkumpul di rmh mama

kamu..ye,kamu! said...

mama ayim, wlpn baru je 2-3 hari follow blog ni tapi sgt2 terharu ngn kasih syg ibu kat ayim..sy doakan ayim sekeluarga..saye selak2 post2 dri mula..mmg cukup tabah ayim..

sorg survivor yg saye sgt kagumi..semoge terus sihat2 selalu..ayim, sy kagum dgn semangat ayim..luv ur spirit.

Mama said...

Salam kamu..ye,kamu

T.kasih sudi tolong mendoakan kami. Semoga anda jugak dirahmati Allah

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Mama dan salam ziarah.

Tahniah di atas kehadiran cucu yang ke enam. Semoga bahagia selalu

pB said...

alhamdulillah

Mama said...

Waalaikum Salam Kunang-Kunang

Salam perkenalan dan t.kasih sudi ziarah kami. T.kasih juga kerana mendoakan kami


Salam pB

Alhamdulillah.... syukur. Mama jugak doakan agar keluarga pB jugak sentiasa dirahmati Allah

Ton said...

Alhamdulilah KT! I tumpang gembira mendengar berita tentang Ayim. Walaupun baru berkenalan, I rasa dia cam anak I jugak... Berita genbira untuk but unfortunately some very sad news for me. My only brother yg kini bertugas diSaudi has been diagnose with prostate cancer stage 1. rasa gelap dunia aku sekejap bila dengar berita ni tapi harus bersabar and be strong for his wife and kids. kita sama2 berdoa ya KT...

Anonymous said...

Assalam,

Saya seorang breast cancer survivor from Brunei. Memang selalu singgah kat your blog. Tumpang gembira dengan berita-berita yang dikongsikan terutama sekali tentang kesihatan Ayim. Semoga Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik untuk kita. Dulu tuang-taung udara, sekarang radio, betul?