text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday 23 November 2011

Saje je

Sekarang kita berada di dalam bulan Zulhijjah.... bulan yang mulia yang penuh barakah.


Bulan..... himpunan hamba-hamba yang terpilih mendapat kad jemputan menjadi tetamu Allah


 

Kepada semua Haji dan Hajjah yang sudah selamat menunaikan ibadah haji.... syukur alhamdulillah



Bulan...... kita semua menyambut Hari Raya Aidil Adha




Bulan..... kita semua berkesempatan melakukan ibadah qurban






Juga..... bulan pasangan-pasangan melangsungkan perkahwinan

Kami sekeluarga juga telah menghadiri majlis perkahwinan anak rakan karib di Johor Bahru.


Kali pertama melihat kek pengantin dibuat daripada cup cakes


 

Ayim teruja nak ambil gambar disisi kereta pengantin yang antik ini ....
Kerana platnya..... AK..... Abdul Karim!! Hmmmmm.... Nanti bila Ayim nak kahwin mama kena cari semula kereta ni.... untuk digunakkan sebagai kereta pengantin!


Sekarang ini, sudah 7 bulan Ayim bekerja.... sudah 'confirm'. Yang paling menggembirakan hati mama, ialah, selama 7 bulan ini belum ada sekali pun Ayim mengambil cuti sakit..... walaupun kerja teruk...... syif 12 jam.  Ini adalah satu perkembangan yang amat positif.



Kami sekeluarga juga menerima kad undangan perkahwinan daripada Cik La... yang tidak jemu mengikuti kisah Ayim di blog ini dan juga ber'message' dengan mama dalam facebook.  Kami belum pernah berjumpa tetapi tetap sudi menjemput kami di hari bahgianya.  Terima kasih Cik La dan pasangan.... mama doakan semoga Cik La bahgia sehingga ke anak cucu. Insyaallah.... kalau tidak ada aral melintang, kami akan hadir.











Hingga jumpa lagi....



7 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Syukur. Saya turut gembiran dan teruja melihat perkembangan kesihatan Ayem. :)

Mama said...

Salam Kakcik

T.kasih banyak2 kerana masih sudi mengikuti perkembangan Ayim dan mendoakannya.

CS said...

Alhamdulillah ...

PB *wink*
Pls bitau Karim .. AK juga bermakna untuk Aunty C sebab ia boleh juga jadi Aunty Kelly, auwww..

Dan yg lebih penting nombor 27 tu, auwwww lagi sekali.. 2nd July kekdahnya *sambil senyum meleret*

Mama said...

Aunty Kelly

Ha ahlah.. kebetulan. Baru perasan.
U patut simpan plat itulah. Sebenarnya Karim tunggu plat AKM 1

Anonymous said...

Bulan muharam dah hampir. Cepatnya masa beredar.

Mama said...

Salam Kunang-Kunang

Sekarang ini putaran masa memang terasa cepat sekali.... minggu depan kita akan berada di bulan Muharam pula.

Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT

Cik La said...

Salam mama, maaf.. Baru berkesempatan melawat blog mama.. Al-maklumlah hidup banyak berubah setelah berkahwin.. Hehe.. Insyaallah mama, satu hari nnati pasti kita akan bertemu.. :)