Salam semua.... lama sungguh blog ini bercuti.... tak ada cerita yang menarik nak diceritakan. Tetapi, bulan Mac adalah bulan istimewa.... bulan blog ini mula ujud tiga tahun yang lalu.
Kami sekeluarga bertuah dan amat bersyukur kerana setakat hari ini, kami berjaya 'melepasi' ujian Allah yang maha berat ini. Allah 'memulangkan semula' anak kami yang hampir dibawa pergi. Alhamdullillah.
Sekadar ingin berkongsi.... flashback... Ayim 3 tahun lalu
Wajah yg cengkung semasa mula dimasukkan ke hospital di Leeds
Sebelum menjalani kemo... masih berambut
Selepas kemo kedua.... kepala dah botak
Hari ini, Ayim sudah sihat.... cergas seperti orang biasa
Memotong kek hari jadi yang ke 30.... Jun 2012
Hepi bekerja.... baru dinaikkan pangkat..... syukur alhamdulillah
Terkini ...... di majlis perkahwinan sepupu
Semoga, bila melihat Ayim sihat semula, akan memberi semangat kepada pembaca-pembaca blog ini yang sedang menghadapi penyakit kanser ini. Peluang untuk sembuh semula sentiasa ada.... jangan berputus asa.
Daripada pengalaman kami, selain doa, penjagaan makanan amat penting bagi pesakit kanser. Doktor tidak
ada memberitahu pantang larang dari segi permakanan. Aku rasa, sebab itu bukan bidang mereka. Bab diet, itu bahagian dietician. Tetapi, tidak ada pulak kami disarankan untuk berjumpa dietician.
Menjaga diet memang TERAMAT penting untuk pesakit kanser. Sebahagiannya telah aku publish dulu dalam N3. Selepas habis kemo, doktor tidak ada memberi apa-apa ubat. Jadi, kitalah yang mesti mengambil inisiatif sendiri untuk berpantang dari segi makanan.
Di bawah ini, aku titipkan gambar-gambar makanan dari blog "Anticancer, A new way of life" untuk kita kongsi bersama. Semoga ianya boleh membantu.
Crap vs Food
Hingga jumpa lagi...
4 comments:
Syukur Alhamdulillah. Tumpang gembira melihat senyuman Karim. ;)
T.kasih Kakcik... alhamdulillah
Alhamdulillah.. Semoga anak mama dan keluarga sentiasa sihat. Berjalan mencari bekalan dalam my journey melawan hodgkin lymphoma.
Alhamdulillah... tahniah kerana berjaya harungi hari2 sukar dgn tabah... Allah itu Maha Adil.. Setelah bumi ditimpa hujan yg lebat, Dia kirimkan pelangi yg indah agar kita berasa bersyukur dgn nikmatnya... walaupun tidak mengenali ttp sbg sesama sedara seIslam, sy rasa teruja dan hepi melihat kejayaan yg kalian peroleh.. tahniah again.. :)
Post a Comment