text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Saturday, 8 February 2014

Jalan-jalan cuci mata di Bali



Salam semua.
Kami baru je balik dari bercuti di Bali. Kami pergi empat orang selama 5 hari 4 malam. Saje nak kongsi gambar-gambar tempat-tempat yang kami lawati. Kami tidak menggunakan khidmat pemandu pelancung, jadi kami bebas mengatur program kami sendiri.



Mercu tanda bandar Bali

Kami sampai pukul 12 tengahari.... terus check-in di hotel Best Western Resort,
Kuta. Kami tinggal di sini selama dua malam. Hotel ini di dalam bandar........
tujuannya supaya senang nak bershopping!!






Petang itu, kami pergi berjalan-jalan di bandar. Kami di bawa ke Pusat Beli 
Belah Krisna. Di sini terdapat bermacam-macam barang yang boleh di jadikan 
cenderahati.  Harganya pun berpatutan.

Malamnya kami makan malam di hotel sahaja. Kami order nasi goreng. Yang 
menarik perhatian kami ialah bekas hidangan nasi goreng itu.... kalau di 
Malaysia seperti tepak sirih.




Besoknya, hari kedua, kami menyewa kereta untuk pergi ke Gunung Berapi
Batur  di Kintamani. Selain panorama yang cukup indah, udara di sekitarnya
jugak dingin dan amat menyenangkan. Lereng gunung berapi itu nampak
hitam..... seperti baru je memuntahkan laharnya. Tetapi gunung ini sudah
tidak aktif lagi dan di seberang sebelah sana ada tasik dan nampak macam
ada perkampungan.






Di sini ada restoren halal. Harga set buffet anggaran RM40 seorang. Surau juga
ada disediakan. Di kaki gunung ini ada kolam air panas di percayai boleh
menyembuhkan bermacam jenis penyakit. Kami rasa terkilan kerana di ketika
itu kami tidak tahu.... jadi kami tidak dapat melawat kolam itu.



Deko di dalam restoren ini

Turun dari gunung, kami singgah di Bali Pulina. Di sini terdapat warung yang
menyediakan kopi luwak. Kopi luwak ini antara kopi yang termahal (Starbucks
pun kalah!) dan tersedap dan amat popular. Rasa macam tidak lengkap
percutian di Bali kalau tidak menghirup kopi luwak ini. Tapi, aku langsung
tidak tergamak untuk menikmatinya setelah aku tahu macam mana kopi ini diproses.




Difahamkan, kopi ini dihasilkan dari najis luwak, iaitu sejenis binatang yang
seakan-akan musang. Luwak itu akan memakan biji-biji kopi yang terbaik
dan biji-biji kopi itu akan keluar semula melalui najisnya. Pekerja-pekerja
ladang akan mengutip najis-najis ini dan membersihkannya. Dari situ
bermulalah proses membuat kopi yang dikekalkan secara tradisional
untuk menarik pelancung.


 Digoreng diatas api yang menggunakan kayu/arang

Kemudian ditumbuk dengan menggunakan lesong kayu
Nostalgia zaman kanak-kanak.
 Aku pernah menolong ibu menumbuk emping dengan
menggunakan lesong tangan ini



Yang dalam cawan putih itu kopi luwak. Tempat ini jugak memperoses berbagai
jenis kopi dan teh yang semuanya enak-enak belaka. Aku rasa kesemua 7 jenis
kopi/teh itu (diberi percuma) kecuali kopi luwak!



Lagi satu lokasi tarikan di Bali yang WAJIB di lawati ialah tanaman padi bukit
(rice terrace) di Tagallang. Selain "menghidangkan" pemandangan yang indah
untuk dinikmati, di sini jugak terdapat gerai-gerai yang menjual bermacam
macam cenderahati.

Selesai satu hari suntuk lawatan kami. Perjalanan ini mengambil masa lebih
kurang 5 jam pergi dan balik. Lokasinya taklah jauh sangat tapi disebabkan
"macet" sepanjang jalan, perjalanan terasa amat lama.



Malamnya kami menonton persembahan tarian tradisional orang-orang Bali,
iaitu tarian kecak selama satu jam. Tiket mahal RM30 seorang. Bagi aku
'boring' tapi ini pun dia orang kata WAJIB TONTON 


Setelah dua malam menginap di hotel Best Western Resort Kuta, besoknya,
hari ketiga kami berpindah ke hotel Grand Istana Rama Bali. Kami memilih
hotel ini kerana lokasinya bertentangan dengan pantai Kuta. Kami ingin berehat
di tepi laut pulak.


Kami disambut dengan gubahan bunga di dalam air yang amat cantik.

Hotel ini hotel lama tetapi mempunyai kawasan yang amat luas dan dihiasi
dengan lanskap yang memang memberi ketenangan seperti yang kami inginkan. 




Pasu yang digunakan untuk mengumpul daun-daun kering yang gugur untuk dibakar


Selesai check-in, kami pergi melawat ke tempat membuat batik.... iaitu Bali Bidadari Batik House


Pekerja-pekerja sedang menenun batik.
Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam bangunan ini




Malamnya kami menonton Barong Dance pulak... satu lagi persembahan
tradisional Bali. Tiket masuk RM30 jugak seorang



Hari kempat, kami melepak je di tepi pantai Kuta,.... cantik dan bersih.






Oleh kerana hotel kami ini berdekatan dengan Hard Rock Cafe Bali, kami pun
mengambil kesempatan untuk mencuci mata di situ.



Hensem mamat ni.... he he.... T-shirt yang dipakai tu sesuai untuk Ayim



Malamnya (malam terakhir) kami pergi makan malam di Jimbaran Bay...
semestinya makanan laut.





Sambil menikmati matahari terbenam


Dan besoknya, kami terbang pulang ke Malaysia.... home sweet home





Hingga jumpa lagi .... insyaallah


10 comments:

Kakcik said...

Seronok dapat melihat tempat orang. :)

Mama said...

Salam Kakcik

Mmg seronok... nnt satu hari jom kita pergi sama2

emalin mohd said...

Bestnya pergi bercuti makcik.. :)

Mama said...

Salam emalin

Mmg hobi sekeluarga pergi bercuti. Tak kisah dlm negara ke atau luar negara.... best.

Jom lah

Al-Manar said...

Gambar yang paling menarik kepada saya ialah lesong kayu untuk menumbuk emping dan menghasilkan beras dari biji biji padi - ingatan lama kembali ke tahun 1940'an. Dari situlah salah satu sumbangan perbelanjaan membesarkan diri ini.

Mama said...

Salam Cikgu

Mmg lesong kayu itu mengimbau kenangan lama. Zaman kanak2 di kg

Jane said...

excited nk pi bali
thanks sharing tmpat2 mnarik :)

yaya ibrahim said...

Hi, saya pergi lusa ni tapi risau pulak sbb budget RM500 je cukup ke utk 5h 4mlm?

Anonymous said...

Nk pg bali 22 november 2015 nie..x sabar nye nk.pg tmpt berbulan madu terbaik di dunia

bali tours said...

Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.