text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday, 31 August 2016

Our princess Aleesya Dayana



Salam merdeka buat pelawat-pelawat blog ini.

Setelah sekian lama menyepi, kini kami membawa berita gembira khas untuk semua yang masih sudi mengikuti perkembangan Ayim.

Alhamdulillah... kami sekeluarga amat bersyukur di atas kurniaan Ilahi. Tanggal 5hb Julai 2016 adalah tarih keramat buat kami sekeluarga. Di ambang syawal ... lahirlah seorang lagi cucu kami dan Ayim menjadi bapa kepada Aleesya Dayana.



Lahir pada 30 Ramadhan .....awal tiga minggu daripada tarikh 
yang dijangkakan



Atuk-atuk terpaksa berbuka puasa dengan seorang sebiji kurma
 di dalam bilik hospital. Kedai makan Islam semuanya dah tutup.
 Tapi... takpe... atuk-atuk tak kisah itu semua...... kerana di dalam hati ada 
taman.... menyambut kelahiran cucu



Atuk-atuk dan nenek-nenek terpaksa berpuas hati hanya boleh
 meninjau dari luar bilik nursery



Besoknya hari raya.... hadiah terindah buat Ayim dan Ain



Kami beraya di hospital bersama cucu ke sembilan kami




Tetapi pada hari raya kedua, Aleesya telah terkena jangkitan kuman di usus.... saat yang
mendebarkankan bagi kami sekeluarga. Dia terpaksa di tahan selama hampir dua minggu.




Akhirnya.... Aleesya dibenarkan keluar daripada hospital setelah dua minggu kami
menempuh saat  yang amat mendebarkan.







Majlis Aqiqah 28hb August 2016

Pada 28hh August, telah berlangsung majlis aqiqah buat Aleesya di rumah keluarga Ain. 
Semestinya majlis berlangsung dengan amat meriah... 







The proud parents


Buahtangan buat tetamu.... surah yassin dan choklat



Makan time.... mummy, maksu dan ibu Aleesya


Wajah terkini saya... setelah kepala saya dibotakkan... 


Botak pun wanma saya kata saya masih comel... 
Princess Dayana Wanma


Dengan kelahiran Aleesya Dayana, membuktikan yang Ayim telah sembuh sepenuhnya dari penyakit yang dihidapinya. Tidak ramai yang setelah melalui kemoterapi mampu melahirkan zuriat. Ayim adalah di antara yang bertuah. Alhamdulillah.... 

Tetapi ini tidak bermakna perjuangan sudah selesai. Perjuangan mesti diteruskan selagi hayat di kandung badan kerana sel kanser ini amat jahat. Kita tidak boleh alpa. Sekarang ini  walaupun Ayim tidak lagi mengambil apa-apa ubat, tetapi Ayim mengambil madu dan meminum green tea dan air zam-zam setiap hari selain meneruskan diet seperti dulu.

Kepada yang masih bertarung dengan penyakit ini... semoga jangan berputus asa dan saya doakan semoga anda sihat semula ... Amiin 




No comments: