text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday, 16 May 2010

Hanya Kerana 'Sebutir' Jerawat

Hanya kerana 'sebutir' jerawat, Ayim merana kesakitan selama satu minggu!

Sudah dua hari, ada jerawat (kecik je) tumbuh di atas bibir kanan Ayim. Pagi 11hb Mei, bila dia bangun tidor, bibirnya telah bengkak sedikit dan dia sudah mula berasa sakit tapi masih boleh bertahan. Nak makan memang lah susah. Tengahari, jerawat itu sudah bertukar menjadi bisul dan sakitnya sudah tidak terkata..... sudah berdenyut-denyut! Bengkak di bibirnya telah bertambah besar dengan cepat sekali dan telah menjangkit sehingga ke hidung dan pipinya. Mukanya sudah tidak ada rupa dia lagi!



Kebetulan, kami hanya tinggal berdua sahaja. Kakaknya sekeluarga pergi bercuti selama seminggu di Spain. Aku cuba menelefon jururawat yang biasa datang ke rumah tetapi tidak dapat di hubungi. Akhirnya, aku telah memanggil teksi dan terus membawanya ke klinik pesakit luar yang berdekatan.

Doktor di klinik itu tidak berani hendak memberi Ayim apa-apa ubat kerana tidak cukup peralatan dan takut akan lebih memudharatkan. Dia telah merujuk kami pergi ke Hope Hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih intensif. Di Hope Hospital, Doktor telah mengambil darah dan telah memasukkan air (drip). Daripada keputusan darah yang diambil, semuanya OK... hanya ada jangkitan kuman di mulutnya. Mungkin Ayim telah cuba memicit jerawatnya tanpa disedari! Doktor di hospital ini jugak tidak mahu mengambil risiko... dia terus menguruskan dokumentasi yang diperlukan supaya Ayim di masukkan ke Manchester Royal Infirmary (MRI) malam itu jugak kerana di sana ada doktor pakar dan peralatan yang mencukupi (jika terjadi apa-apa perkara yang tidak di ingini).


Pukul 8.30 malam, kami di hantar ke Manchester Royal Infirmary (MRI) dengan menaiki ambulan. Seumur hidup ku, inilah kali pertama aku menaiki ambulan ..... bukan di Malaysia tetapi di Manchester!




Di MRI, semua pemeriksaan dijalankan sekali lagi. Pukul 2 pagi barulah Ayim dimasukkan ke wad. Aku telah duduk menemani Ayim di hospital itu sehingga 5 pagi.


Pemandangan di hadapan kawasan hospital




Besoknya, bermulalah 'terapi' perjalanan ku naik bas turun bas sekali lagi. Dari rumah, aku menaiki bas ke Piccadilly Garden. Sebelum aku menaiki satu lagi bas ke MRI, aku sempat merakamkan pemandangan yang menenangkan pemikiran dan membuatkan aku terhibur.








Setelah tiga hari di wad, dia telah dibenarkan pulang ke rumah.


Semenjak Ayim datang ke UK lebih kurang lapan bulan yang lalu, Ayim asyik keluar masuk hospital. Setakat ini, sudah 5 hospital - dua di Leeds dan tiga di Manchester. Sepatutnya, di bulan Mei ini, dia sedang sibuk menghadapi peperiksaan semester keduanya...... tetapi takdirnya lain yang berlaku.

TAKDIR penentu segalanya.... tiada siapa pun mampu mengubahnya melainkan Allah jua....

Kami mohon keberkatan Mu.... Ya Allah.

9 comments:

Ibu n Abah said...

salam buat ibu ayim...
Sejak dari mula saya membaca kisah ayim, memang memuatkan saya merasakan sesungguh kasihsayang ALLAH snw terhadap Ayim tidak pernah putus. Sering diberikannya kesakitan buat Ayim kerana Ayim akan dikurniakanNya dengan kesenangan dan kemewahan di Akhirat kelak.. Insya'Allah..hanya inilah saja yg dapat saya katakan buat ibu Ayim dalam keadaan Puan melihat kesakitan demi kesakitan yang perlu ditanggung oleh Ayim. Muga ayat2 saya ini yang dengan niat ingin menghiburkan hati Puan tidak tersalah maksudnya.

Mama said...

Salam Puan...saya hanya dapat mengucapkan t.kasih di atas kata-kata semangat yg Puan berikan. Walaupun kita belum bertemu lagi, tetapi Puan sudi mendoakan Ayim dan memberi kata-kata semangat utk saya. Saya jugak berdoa semoga Puan sihat dan banyak2 bersabar. Kita sama2 sdg menerima ujian dpd Allah.

Nnt bila saya dah balik ke Msia, bolehlah kita berjumpa ye dgn Cik Som sekali.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak zah dan ayim,
Risau juga mulanya melihat kesan infaction jerawat di bibir ayim dan akhirnya lega bila wajahnya kembali normal. Syukur..

Beruntung ayim punya ibu yg sanggup bersusah payah. Begitulah hati seorg ibu, tak sanggup melihat anak-anak menderita hatta digigit nyamuk sekalipun.

Tumpang ceria juga melihat pinky tulip yg cantik dan pemandangan indah spjg perjalanan akak.

Doa saya smg Ayim dan akak terus tabah, bnykkan berdoa mudah2an doa kita semua dimakbulkan Allah utk melihat Ayim cepat sembuh dan berjaya mencapai cita-citanya, insyallah.

Mama said...

Terima kasih Yati kerana sentiasa doakan kami...

Masa tu mmg akak panik sbb tinggal berdua je dgn dia....nak bwk dia ke Leeds jauh... masa tu dah pukul 2. Bila kita dah terdesak, alhamdulillah Tuhan lorong kan idea utk bertindak.... terus jadi berani..... redah je

Syukur Ayim selamat

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, doa I untuk Ayim dan you masih tetap disebut2 di setiap majlis2 ilmu dari hari pertama I tahu you dan Ayim diUK. Semoga Allah ringankan apa yang Ayim tanggung dan beri you kekuatan untuk menjaga Ayim. Jangan putus asa kerana malaikat2 yang berada dimajlis2 ilmu mengangkat doa2 hamba2 Nya terus keAllah. Ingat pada Allah dan Dia akan dekat dengan you. Salam pada Ayim dan kuatkan semangat.

siti maisarah said...

Salam Warikh..harap u tabah dan kuatkn semangat...mmg sedih dengar penderitaan Ayim. Insyaallah, dengan berkat doa dari semua teman2 rapat dan keluarga, dia akan sembuh dan dapat meneruskan pembelajaran. Will make prayers for him too. Anyway, luv the pics u've taken, the scenic view dan yg I suka skali, the shocking pink cab...unique.

Mama said...

Salam Maznah
Hanya Allah yg akan membalas jasa baik you and yr friends yg berdoa utk Ayim di majlis2 ilmu.

I am very touched.

Salam Warikh
T.kasih for the doa.... hanya Tuhan yg akan membalas budi baik U all

Den terharu sekali

haZwAnIE said...
This comment has been removed by the author.
haZwAnIE said...

kuat semangat dah setabah saidatina aisyah,tak gertar waluapon di uji dlm ujian yg berat..
setiap kesakitan dapat menghapus dosa2 kecil kita lakukan slama hidup di dunia pnjaman ini...
amin..

p/s:mama kena tabah taw untuk ank2...