text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 23 May 2010

JJCM - Jalan2 Cuci Mata & Jalan2 Cari Makan

Coretan ku kali ini..... buat pertama kalinya adalah santai dan gembira.... sesuai dengan tajuknya jalan-jalan cuci mata dan jalan-jalan cari makan!

Alhamdulillah..... selepas lebih kurang 3 bulan usia blog ini dan ini coretan ku yang ke 15, barulah ada cahaya kegembiraan. Moga-moga kegembiraan ini berpanjangan. Aku yakin ini semua adalah dengan bantuan doa yang tidak putus-putus dari saudara-mara, kawan-kawan rapat dan kawan-kawan yang belum aku kenali yang sudi melawati blog ini. Terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan Ayim .... hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Hari Jumaat 19hb, Ayim ada "follow-up check-up" mengenai bisulnya itu di Manchester Royal Infirmary. Temu-janji pukul 2.30 petang, tetapi dia amat bersemangat nak keluar rumah pagi sebab dia nak jalan-jalan di bandar Manchester.

Kami keluar rumah pukul 10 pagi dengan menaiki bas ke Piccadilly Garden. Kawasan ini memanglah sentiasa sibuk kerana semuanya boleh di dapati di sini. Selain stesen bas dan keretapi, ia juga ada taman untuk berehat.




Mereka jugak perihatin dengan kehijauan.


Dua orang budak perempuan ini dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi 'model' Ayim bila dia tengok Ayim sibuk mengambil gambar.

Kami jalan-jalan hingga sampai ke Arndale, salah sebuah shopping kompleks yang terbesar di Manchester.

The Wheel of Manchester terletak di depan salah satu pintu masuk ke Arndale .




Ayim berposing di hadapan bangunan 'Triangle'... di belakangnya kelihatan The Wheel of Manchester

Pukul 12 tengahari, kami pergi ke Hard Rock Cafe kerana ada pesanan dari Malaysia .... mintak tolong belikan T-shirt Hard Rock Cafe Manchester.

Pemandangan di depan bangunan Hard Rock Cafe.... aku ambik gambar ini sebenarnya sebab nak ambik gambar teksi kuning tu!




Pemandangan di dalam kedai ....pelayan tu tersenyum bila aku mintak izin nak rakamkan muka dia yang hensem tu....

Selesai membeli T-shirt barulah kami pergi ke Manchester Royal Infirmary. Kami diarahkan supaya pergi ke Dental Department.....Maxillo Facial and Oral Surgery. Tidak sampai 10 minit pun Doktor tu check kesan bisul di atas bibir Ayim. Dia berpuashati... semuanya OK....Syukur


Lepas itu, perut pun sudah berkeroncong.... barulah kami pergi jalan-jalan cari makan. Tidak jauh dari kawasan hospital ini, adalah dereten kedai-kedai makanan halal. Kebanyakan restoren-restoren ini dipunyai oleh orang-orang Pakistan, Indian muslim dan Arab. Salah sebuah restoren ini, Jazera, memang terkenal di kalangan orang-orang Malaysia kerana keenakan juadahnya. Kami pun ingin mencuba.


Memang enak dan kami jugak berpuashati dengan harganya.

Kami jugak ternampak restoren yang bernama 'Abduls'. Ayim bukan main seronok lagi sebab di hospital, doktor-doktor dan jururawat-jururawat memanggilnya 'Abdul'!

Dia jugak 'excited' bila nampak sebuah restoren yang bernama 'Sangam'. Dia ambik gambar ni nak tunjuk papanya yang berminat dengan filem hindustan!


Di dalam perjalanan pulang, kami ternampak pula ada hari terbuka Royal Air Force.... dia orang sedang membuka peluang pekerjaan kapada sesiapa yang berminat hendak menjadi tentera udara.

Ayim sedang dilayan oleh salah saorang petugas yang berada di situ


Hmmm..... jam pun sudah pukul 6 petang. Kami pun menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Kali ini aku mimilih teksi berwarna 'shocking pink'!

8 comments:

Anonymous said...

be strong ayim!!

Insan said...

to mama ayim : Allah akan menguji seberat2 nya insan yang Allah sayang..Semoga Mama ayim sedar yang Allah syg Ayim, mama ayim and papa ayim! (be storng)

Mama said...

Salam Anon...
TQ for the doa and moral support


Salam Insan....
T.kasih di atas ingatan dan semangat yg diberikan.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak dan ayim,

Wah..! seronoknya jalan-jalan, rasa cam nak ikut je. Ayim nampak ceria sekali apalagi mama ayim. Masa sihat ni enjoy la kak, makan sedap-sedap sambil hiburkan hati akak dan ayim. Saya di sini tumpang suka dan terus mendoakan kesihatan ayim.

Suatu hari bila akak dan ayim balik ke tanah air, mungkin kita boleh bersua muka mempererat silaturahim, insyallah.

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
cantik2 pemandangan yg kak zah ambil.. hmmm makin banyaklah mimpi2 saya dgn pemandangan serupa itu....
Semuga Ayim semakin sihat, Insya'Allah...

Mama said...

Salam Yati...
Marilah dtg sementara KZ ada di sini. Guaranti tak sesat KZ bwk jalan2 di bandar Manchester & Leeds.
Mmg rasa seronok sangat dia mau jalan-jalan. Sebelum ni bila KZ ajak dia tak nak.

Nanti kita dating kat KL ye...

Salam DM...
Kami pegang kamera sorang satu.. masing2 ambik shot masing2....
mmg hepi sangat hari tu
DM mimpi pemandangan yg indah tak apa... itu pun satu terapi... KZ doakan hajat DM nak dtg bercuti menjadi kenyataan... insyaallah

insan said...

Mama ayim..jangan lupe update lagi citer2 and gamabr2 menarik kat situ erkk..jus dpt tengok jer, nak ke sane mmg tak der harapan pun!! hehe..sya pengikut setia blog Mama ayim :D

Mama said...

Insyaallah Insan... kalau gambar2 tu bersesuaian dgn entri tu...... no problem