text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday 7 June 2010

Cita-cita belum kesampaian

Semua orang ada sel kanser di dalam tubuh badannya. Tetapi bukan semua orang mendapat kanser. Daripada penyelidikan, STRESS (tekanan emosi) mungkin boleh menyumbang sebagai salah satu punca orang mendapat kanser. Kalau kita pandai menangani STRESS, insyaallah mungkin kita boleh mengelakkan tumor itu daripada bermaharajalela di dalam anggota badan kita.

Kalau tak pandai? Atau pun kita tak sedar yang kita mengalami STRESS yang tahap maksima? Macam mana?

Itulah kisah Ayim.

Daripada umurnya 3 tahun, dia sudah mempunyai cita-cita. Cita-citanya nak menjadi juruterbang. Ini memang cita-cita original....kerana sehingga ke hari ini cita-citanya hendak menjadi juruterbang masih membara.


Tetapi... macam mana pulak boleh menjadi saorang jurutera?

Semasa dia masih di sekolah rendah, Ayim sudah memberitahu kami yang dia tak nak masuk Universiti. Dia tak berminat langsung. Macam dia dah tau je... nak menjadi juruterbang tak memerlukan segulung ijazah.

Semasa keputusan UPSR diumumkan, Ayim telah mendapat keputusan cemerlang dan mendapat tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh. Hanya 2 orang sahaja yang berjaya. Kami tidak memohon tetapi telah mendapat tawaran yang tidak disangka-sangka. Kami sebagai orang tuanya, mestilah berasa teramat bangga. Ayim tak mau pergi, dia tak suka duduk di asrama. Tetapi kami pujuk dia..... peluang hanya datang sekali. Beribu orang lain mintak nak masuk, tak dapat. Kita dah dapat, takkan nak tolak.

Dia patuh. 5 tahun dia belajar di sekolah itu. Berjauhan daripada keluarga. Balik hanya sebulan sekali sebab dia malas nak travel. Tetapi setiap 2 minggu sekali kami pergi melawatnya.

Kalau tinggal di asrama dari tingkatan satu, memanglah teruk kena buli oleh abang-abang senior. Tetapi dia tidak pernah mengadu kepada kami. Kalau dia mengadu, mungkin aku tak fikir dua kali untuk membawanya keluar.

Itulah STRESS pertamanya... bermula dari umur dia 13 tahun. Di masa itu kami tidak tau dia stress. Dia pun tak tau dia mengalami stress. Ini hanya aku ketahui semasa dia terbaring sakit, lebih kurang 9 tahun kemudian .... di masa moodnya baik dia bercerita dengan aku sikit demi sikit.

Walaupun STRESS, pelajaran dia tidak pulak terganggu. Keputusan PMR dan SPMnya amat membanggakan. Itu sebab kami tidak sangka dia sedang mengalami STRESS.

Selepas SPM, dia telah dipanggil oleh MAS untuk temuduga jawatan juruterbang. Wah suka bukan main... rasa dunia 'ana' yang empunya. Temuduga itu ada 4 peringkat. Peringkat pertama, Psychometric test. Ujian ini ialah untuk menguji calun yang memohon betul-betul berminat untuk menjadi juruterbang. Bukannya saja suka-suka atau atas paksaan mak bapak.

Ayim lulus dengan cemerlang.

Peringkat kedua 'written test.'

Ayim lulus dengan cemerlang.

Peringkat ketiga.... temuduga dengan panel. Yang hadir temuduga bersama Ayim seramai 20 orang yang telah disenarai pendek. Ada yang berkata ini 'kacang' je. Peringkat pertama dan kedua yang paling susah sebab itu melibatkan IQ. Tak ada siapa boleh tolong. Temuduga yang ini, berinteraksi dengan maanusia ...... boleh ada unsur tolak ansur dan 'belas kasihan'. Peluang untuk berjaya .... cerah.

Keputusannya..... Ayim kantoi! Selepas itu kami mendapat berita 'tak rasmi'. Kekosongan sikit sahaja, jadi persaingan memang sengit. Kalau ada 'kabel' mungkin boleh membantu. Kebetulan ketua panel di masa itu ialah kawan papanya. Tetapi papanya berpendapat pulak, biarlah kita berjaya di atas 'merit' sendiri. Tak payah mintak tolong dengan orang, kita mintak tolong dengan Allah.

Insiden itu betul-betul membuatkan Ayim tertekan. Itu STRESSnya yang kedua.

Kebetulan di waktu yang sama, dia mendapat tawaran masuk ke UTM jurusan kejuruteraan awam selama 5 tahun.

Yang mengisi borang UPU ialah kakaknya, bukan dia.

Yang memilih jurusan pun, kakaknya, bukan dia. Kakaknya memilih pun berdasarkan kursus yang sesuai dengan kelulusannya. Dia memang tak berminat langsung nak isi borang UPU itu. Ada 5 pilihan di dalam borang itu, kejuruteraan awam adalah pilihan terakhir.... itulah yang dapat.

Kami tidak ada pilihan lain. Nak tunggu MAS panggil sekali lagi, tak tau bila.

Bertambahlah lagi stress... STRESS ketiga. Dia terpaksa membuat sesuatu yang dia tak suka langsung selama 5 tahun!

Kansernya bermula semasa dia tahun pertama di UTM.

SURATAN ATAU KEBETULAN?


2 tahun kemudian, bila ketumbuhan itu terus membesar (sebesar bola tenis), barulah pembedahan dilakukan. Daripada sinilah bermulanya episod Ayim 'rebah bangun' melawan kansernya. Dia trauma.

Sehingga kehari ini, walaupun dia sedang membuat Masternya di dalam jurusan kejuruteraan, cita-citanya untuk menjadi juruterbang sesaat pun tidak pernah padam. Dia berazam, apabila dia sudah bekerja, dia akan simpan duit, untuk mengambil lesen juruterbang dengan belanja sendiri sebab had umur sudah melebihi untuk memasuki mana-mana syarikat penerbangan sebagai kadet pilot. Walaupun hanya sebagai hobi.



Dia pernah berkata, apa yang dia inginkan, dia belum dapat lagi. Tetapi, apa yang papa dan mama suruh dia buat, walaupun dia tak suka, dia berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Hmmmm.....memang satu statement yang tepat. Tetapi kita tidak tahu apa hikmah di sebalik kejadian ini. Semua ibu bapa maukan yang terbaik untuk anaknya. Tetapi kalau Tuhan datangkan dugaan.... siapakah yang boleh menghalangnya? Mungkin punca rezeki bukan di situ.

WE NEVER GET WHAT WE WANT,
WE NEVER WANT WHAT WE GET,
WE NEVER HAVE WHAT WE LIKE,
WE NEVER LIKE WHAT WE HAVE,
AND STILL WE LIVE AND LOVE ........ THAT'S LIFE






So.. Ayim.... follow your dreams.... BETTER LATE THAN NEVER

9 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
kisah Ayim ni memang membantu pendirian kami suami isteri yg tidak mahu menghantar anak ke sekolah berasrama... tak mahu anak dibuli.. alasan kedua, sakit pening depan mata kita...
Allah memang ada perancangan untuk Ayim. Ayim adalah anak yang soleh dan menurut kata ibu bapanya. Ibu dan bapanya redha padanya maka Allah lebih-lebih redha kepadanya. Doa saya agar Ayim juga akan berjaya mencapai apa yg dicita-citakannya dan sihat semula seperti sediakala. Insya'Allah.

Mama said...

Salam DM.. T.kasih tolong mendoakan. Asrama perempuan taklah seteruk budak lelaki kot. Masa tu, aunti2nya semua kata lelaki elok duduk di asrama belajar berdikari.. survival. Kita tak tau benda nak tejadi....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.Zah,

Teringat saya kata2 Dr Fadzilah Kamsah - jika ingin menghantar anak belajar ke sek berasrama sebaiknya biarlah dia besar sikit. Supaya dia lebih matang menahan perasaan berpisah dgn mak ayah dan keluarga. Dpt juga bertahan menerima cabaran dari sinior.

Setiap anak tahap ketahanan melawan stress tidak sama. Begitu juga kita yang dah dewasa ni. Tetapi saya sendiri memang kurang bersedia menghantar anak yang lepas UPSR ke asrama. Rasanya biarlah dia membesar depan mata, Saya rela bersusah payah menghantar dan menjemput mereka ke sekolah.

Bila mereka dah ke universiti selepas SPM pengalaman itu menjadi kenangan paling indah. Terbayang-bayang ketika kita menjemput dia di perkarangan sekolah dulu.

Saya tak terkilan tatkala anak saya menolak masuk ke asrama. Dia benar2 tak berminat lebih2 lagi bila melihat ada kawan2 yg pulang semula bersekolah biasa. Andai mereka bersekolah biasa pun, jika mereka belajar bersungguh2 insyallah ada peluang utk ke U. Pokoknya terpulang pada ibubapa dan diri anak2 itu sendiri.

Sewaktu anak sulung melangkah ke Universiti pun saya berdebar2 walaupun dah besar. Kini bakal menunggu anak ke dua lepas SPM dan insyallah perasaan yang sama pasti terjadi lagi.

Yang pasti Ayim patut jadi idola sbb dalam seribu satu stress yg dia hadapi, Ayim telah buktikan dia berjaya dgn cemerlang dalam pelajaran di samping tabah melawan kesakitan. Cabaran yg bukan calang2mampu ditanggung semua orang.

Mama said...

Salam Yati
Memang betul... setiap anak tu tak sama. Di sebabkan kakaknya masuk asrama dari ting. 1 tidak ada masalah, kami ingatkan dia pun sama, tambahan pula dia lelaki. Tak terfikir pulak asrama lelaki lain senarionya.

Lagi pun, 15 tahun dulu pendedahan tu kurang. Tidak macam sekarang, ramai pakar motivasi beri panduan. Di masa itu majoriti yg mendpt tawaran jarang menolak. Sekarang ini parents lebih open-minded dan ada banyak peluang lain kalau tolak tawaran.

Anak-anak hari ini lebih bernasib baik.....

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, Yakinlah hidup kita diatur oleh Allah. Memang dari science stress cause cancer tapi yang 'kun fa ya kun' adalah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Setiap penyakit adalah penghapusan dosa. Laa Tahzan, yakin yang Ayim akan masuk shurga tempat yang kekal abadi selagi hidupnya menjaga Allah. Pasti, pasti, Allah akan jaga Ayim. Ingat hadith Rasul antara 7 golongan yang akan terus masuk shurga? Pemuda yang hatinya dekat dengan masjid(Allah). Doaku Ayim is in this group. Ameen, Ameen, Ameen.

Mama said...

Terima kasih Maz kerana menolong menaikkan semangat dan keyakinan kami. Dan yg paling penting your continuous doa with yr group. Tks so much

en_me said...

terharunyerr.. thanx for sharing d info..

Mama said...

Salam en_me....thanks for dropping by

girlzzz said...

sye ad gak cite-cite nk jdi juruterbang...tp ad msalah kesihatan..rabun jauh...sye fikir sye aje yg nsib cam 2..tp ad lgi org yg lebih drp sye...simpati atas ayim..