text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 20 June 2010

Kemoterapi ke lima

15hb June, kami bertolak dari Manchester ke Leeds, menuju Hospital St. James. Pukul 2.45, Ayim ada temu-janji dengan doktor pakar, Dr. Johnson. Dan besok, sesi kemoterapinya yang ke lima.



Sebuah poster yang terdapat di lobi. Hotel penginapan kami di bangunan sebelah kiri, tkt 8


Selesai mengambil darah, kami pun dipanggil masuk untuk berbincang. Salah satu topik yang aku amat 'teruja', ialah untuk mendapat kebenaran secepatnya Ayim boleh travel. Aku sedang 'menghitung hari' untuk pulang ke Malaysia. Kemoterapi terakhirnya dijadualkan pada 7hb Julai, insyaallah. Aku sudah berangan, paling lewat 20hb bolehlah kami 'terbang' pulang.

Rupa-rupanya bukan begitu. Dr. Johnson memberitahu, tidak ada saorang doktor pun akan rela melepaskan pesakitnya naik kapalterbang sesudah habis kemoterapi. Paling cepat, katanya setelah 2 bulan! Aku kira-kira.... September .... menyambut raya di UK??? Hmmmm .....Aku pulak yang nak terpengsan! Aku nak balik sorang dulu pun tak boleh. Dia kata Ayim tidak boleh balik sendiri... apa-apa pun boleh berlaku di dalam kapal terbang. Dia mesti berteman.

Aku memberitahu dia yang aku tak boleh tinggal lebih daripada 6 bulan. 31hb Julai adalah hari terakhir aku boleh berpijak di bumi UK. Dia dengan senang hati memberitahu itu tidak ada masalah. Dia akan membuat surat untuk Pejabat Imigresen untuk membolehkan aku tinggal lebih lama atas sebab kesihatan. Hmmm.... aku kehabisan modal untuk berhujah dengannya!

Akhirnya dia bersetuju membenarkan paling cepat minggu pertama bulan Ogos. Itu pun tak pasti jugak.... tengok keadaan Ayim pada masa itu. Masalah lagi satu ialah tiket aku. Setakat ini, sudah 2 kali aku tunda tarikh balik ke Malaysia. Setiap kali tukar tarikh, ada penaltinya.

Besoknya, 16hb, pukul 9.30 pagi, Ayim menjalani sesi kemoterapinya yang ke lima. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.... tiada masalah. Seperti biasa, hanya rasa pening dan nak muntah.


Ubat pertama

Semasa Ayim menjalani kemoterapinya, aku keluar ke bandar. Keluar masuk kedai..... mencuci mata. Bagusnya bandar Leeds ini, semua kedai-kedainya terkumpul di satu tempat. Tidak payah nak mencari sesuatu barang, semuanya berdekatan. Dari kedai macam Globe Silk Store atau pun Kamdar sehinggalah kedai yang berjenama .......sebut je jenama apa, semua ada. Semua yang berjenama ini berada di bawah satu bumbung, di beberapa Arcade. Aku seronok menikmati keindahan senibina bangunan-bangunan di sini. Mereka mengekalkan bangunan lama dan diberi wajah baru yang mempersonakan.

Di dalam arcade inilah biasanya aku duduk berehat, di tepi air pancut, menenangkan fikiran, sambil menjeling-jeling kat handbag Mulberry tu dan mengintai-intai handbag LV yang dalam sangkar emas tu (jeling & intai je!)














Besoknya, kami menaiki bas bertolak balik ke Manchester. Seperti biasa, Ayim akan memegang beberapa helai beg plastik, 'standby' kalau dia termuntah di dalam bas. Tetapi, setakat ini, alhamdulillah, belum lagi terjadi.

Kali ini, aku tidak dapat merakamkan pemandangan-pemandangan sepanjang perjalanan pulang kerana aku tertidor. Bila terjaga, kami sudah sampai di stesen bas di Manchester, dan teksi-teksi yang menceriakan ini sudah sedia menunggu kami.




7 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak zah..
saya bertanya kepada suami mengapa ayim tak boleh naik kapalterbang dlm masa tersebut, katanya kerana kuatir jika Ayim terkena jangkitan dan akan membahayakan nyawanya...
Sabar sajalah Kak Zah.. Memang sedih kalau beraya tanpa sanak saudara di UK sana, tapi demi kebaikan Ayim... Nanti Ayim dah sihat sepenuhnya, kak zah akan dapat beraya bersama-sama sanak saudara semula..Insya'Allah...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah dan Ayim,
Boleh bayangkan betapa rindu dan tingginya harapan akak utk pulang segera ke tanahair tercinta.

Saya pulak bila tengok gambar tempat2 yg cantik tu terasa teringin bebenor nak ke sana. Boleh gak kita sembang2 tepi air pancut tu dan round2 sekeliling arcade kan k.zah. Berangan jer hu..hu..

Syukur ayim berjaya mengatasi komplikasinya pd kimo kali ini. Murninya kasih ibu, berkorban menemani si anak. Kalau ayah ayim ada bersama tentu seronokkan.

Saya doakan smg semua perancangan K.zah akan berjaya sbb kita hanya merancang Allah yg tentukan. Susah payah k.zah, insyallah dibalas dgn kebahagiaan akhirnya.

Suami berkenan betul dgn teksi antik lg klasik tu, beruntung k.zah merasa menaikinya. Selesa tak dan bgimana layanan dan harganya ye..

Mama said...

Salam DM...
Mmg berharap sangat kami dapat terbang balik sebelum puasa & beraya di Msia.

Salam Yati...
Arcade2 tu mmg mempersonakan seni ukirnya... mmg KZ selalu 'melepak' kat tepi air pancut setelah penat keluar kedai masuk kedai.. kalau ada kwn nak bercerita mmg lg best.

Teksi ni nampak dpd luar mcm kecik tp dlmnya luas... selesa sekali. Layanan bagus dan tambgnya mcm di Msia...naik je Pds2.70. Biasanya sampai rmh antara Pds8-10. Pengsan gak bila kali 5!!!

T.kasih DM & Yati kerana sentiasa mendoakan kami

mummy said...

ma,

cuba ler masuk sekali kedai mulberry n LV tu...heh

hopefully mama raya kat sini, kot tak kene lah saya masak rendang n laksa uwaaaa!!!

Mama said...

Mummy
Mcm mana nak masuk.... tinjau dr luar je tengok tag price dia... dah nak tergolek...tak tercapai poket ku! kah kah kah....

FaAtip said...

salam...dengar lagu pun dah rasa tersentuh di hati...Fa doakan yang terbaik for both of you!!!!!!!!

Mama said...

Salam Fa....terima kasih banyak sudi mendoakan