text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday 14 June 2010

Perkembangan Terkini


Ada dua perkembangan terkini mengenai Ayim.... negatif ada positif pun ada. Aku cerita yang negatif dulu supaya di akhir entri ini, 'aura' positif itu berkekalan.

6hb Jun, pukul 10 malam, Ayim masuk hospital lagi di Hospital St. James, Leeds.

Petang Jumaat, 5hb, dia mula berasa sakit pada 'stent'nya. Sakitnya berterusan, tetapi dia masih boleh bertahan. Besoknya, Sabtu, bila dia bangun tidor, dia masih berasa sakit. Aku tak mau mengambil risiko seperti kes jerawatnya dulu. Setelah mendapat pengesahan dari Hospital St. James, pukul 4 petang kami bertolak dari Manchester ke Leeds.

Kami sampai di hospital bahagian kecemasan pukul 6 petang. Setelah diambil darah dan kencing, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di dalam air kencingnya. Ini di sebabkan sel putihnya rendah jadi senang dijangkiti kuman. Ini adalah kesan sampingan kemoterapi. Oleh kerana sudah menjalani kemo 4 kali, ketahanan badan (body resistance) dia telah lemah. Doktor terus suruh masuk wad untuk rawatan selanjutnya. Hmmmm..... perkembangan negatif!

Persiapan untuk memasukkan antibiotik

Selepas Ayim masuk wad, jam menunjukkan pukul 11 malam. Selesai satu masalah. Sekarang ini masalah aku pulak. Mana aku nak tidor? Nak telefon anak-anak di Leeds, malas pulak mengganggu orang... dah malam. Lagipun, ini malam minggu, entah-entah dia orang semua tak ada di rumah pergi bercuti.

Aku nekad. Tak kisahlah tidor di mana pun. Aku bercadang nak pergi semula ke tempat kecemasan tadi sebab ia beroperasi 24 jam, sentiasa ada orang, tak lah takut. Nasib aku memang baik.... di masa sedang 'gawat' begini, Allah hulurkan bantuan. Kebetulan jururawat yang merawatAyim tadi ternampak aku. Dia ingatkan aku sedang menunggu sesaorang datang menjemput. Bila aku beritau dia yang aku tak tau di mana nak tidor, dia terus membawa aku ke sebuah bilik "day care" yang berdekatan. Dia kata aku boleh tidor di dalam bilik tu.... dia boleh tanya lagi nak selimut ke tidak dan berpesan supaya mengunci pintu dari dalam. Kalau ada orang ketuk jangan bukak. Hmmm..... Aku amat bersyukur.

Di sofa inilah aku tidor di malam itu

Besoknya, aku bersarapan di kafeteria hospital.

2 keping roti bakar & secawan kopi - £2.30 (lebih kurang RM11.70!)

Sementara menunggu waktu melawat pukul 2 ptg, aku telah menaiki bas pergi ke bandar Leeds untuk membeli makanan tengahari untuk Ayim. Sambil berjalan menuju ke restoren Zam Zam, aku sempat JJCM - jalan jalan cuci mata.











Semasa aku di bandar, Ayim sms memberitahu yang dia sudah diberi sebuah bilik. Apabila aku sampai, notis ini terpampang di pintu biliknya.

Oleh kerana dia senang dijangkiti kuman, mereka tidak membenarkan Ayim keluar daripada bilik ini. Nasib baiklah dia tidak ada pelawat. Kalau tidak, masalah jugak.

Setelah 3 bulan Ayim terpaksa membawa beg plastik kencingnya kemana sahaja, dan selepas 4 hari dipantau keberkesannya, akhirnya pada hari Jumaat 11hb, doktor telah mengeluarkan tiub kencingnya (nephrostomy tube) yang terletak di sebelah kanan atas pinggangnya. Ini membuktikan yang tumor itu tidak lagi menghimpit buah pinggangnya. Buah pinggangnya sudah boleh berfungsi semula secara normal. Alhamdullilah, satu perkembangan yang menggembirakan, yang positif.


(nephrostomy tube)

Ayim telah dibenarkan pulang ke rumah pada 12hb setelah di kuarantin di dalam bilik no. 19, wad 65 selama 6 hari. Semasa aku menjemputnya, aku ternampak bunga biru ini sedang berkembangan di laman hospital .......seperti 'kembangnya' hati ku di waktu itu. Syukur Alhamdulillah.




3 comments:

Ibu n Abah said...

kak zah..
syukur alhamdulillah...
buahpinggang ayim sudah baik.. muga2 taklama lagi, kanser pula dapat diubati.. Insya'Allah.
(Terasa turut sama gembira spt saya pulak yg dpt keputusan buahpinggang elok...)Tumpang gembira kak zah...
lagi satu, Allah bila hendak membantu memang kita tak terjangkakan..(kak zah dimudahkan urusan penginapan..~indah sungguhkan bila pemberian itu dari Allah...)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah dan Ayim,

Walau apapun perkahabarannya negetif maupun positif, kedua-duanya datang dari Allah jua bg menduga iman dan kesabaran kita.

K.Zah dah puas menerima ini semua. Semoga terus diberi kekuatan dan syukur buah pinggang Ayim normal. Melihat gambar2 cantik dan keindahan bunga yg berkembang, seakan terbayang senyuman di wajah k.Zah.

Mama said...

Salam DM....
Memang mcm tak percaya bila Tuhan permudahkan urusan penginapan. KZ dh 'mentally ready' nak tidor di kerusi kat tempat kecemasan tu.

DM pun insyaallah suatu hari akan sembuh jugak buah pinggang tu & tak payah buat dialisis lagi..


Salam Yati
Betul Yati... positif atau negatif semuanya dari Allah jua. Ini semua dugaan sementara...

KZ kalau nampak bunga berkembangan mmg teruja sangat. Kalau tak sempat nak ambik gambar... terkilan
sungguh.. teringat-ingat