text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 18 July 2010

Alhamdulillah........

14hb Julai, kami bertolak ke Leeds. Hari ini, pukul 12 tengahari Ayim ada temu-janji untuk membuat CT Scan bagi kali kedua setelah selesai enam sesi kemoterapinya. Ayim tidak berapa sihat.... dia rasa seluruh badannya lemah dan lenguh-lenguh. Aku risau kalau doktor akan menangguhkan proses ini. Kalau tertangguh, bermakna tarikh kami pulang akan di tunda lagi. Tetapi..... alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Selesai CT Scan, kami telah pergi ke Universiti untuk berbincang berkenaan dengan pelajarannya yang tertangguh.  

Parkinson Building






Fakulti Kejuruteraan




Civil Engineering.... di pintu masuk


Di kaunter penyambut tetamu.... student support office


Termenung.....memikirkan masa depan?


Alhamdulillah... syukur...di atas sebab kesihatan, pihak Universiti telah membenarkan Ayim menyiapkan 'dessertation'nya dari Malaysia secara 'online'. Tahun hadapan, jika kesihatan mengizinkan, Ayim akan datang semula untuk menyempurnakan semester keduanya yang tertinggal.

Imbas kembali........
Inilah wajah gembira masa mula-mula tiba pada bulan September tahun lalu


Dengan semangat yang berkobar-kobar


Rajinnya


Masters Students Study Room


Restoran halal di hadapan Universiti tempat Ayim selalu makan




Kami singgah makan tengahari di restoren ini kerana Ayim 'merindui' chicken burger kegemarannya. Ini mungkin kali terakhir kami makan di sini sebelum pulang

Besarnya!.... tak terhabis....


Dan aku memilih grilled chicken


Mahmoods.... halal jugak


Sebelum pulang, posing dulu..... Ayim membawa aku 'tour' di dalam bangunan ini



Salah sebuah library di Universiti ini





The Great Hall.... tempat convocation di adakan. Walaupun sedih tidak dapat convo bersama kawan-kawan di tahun ini, tetapi tidak mengapa...... insyaallah tahun hadapan giliran Ayim pula





Ayim..... kamu tidak kesaorangan..... kami semua sentiasa berada disamping mu...dan Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

4 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
Semuga semuanya berjalan seperti yg diharapkan...
selamat pulang ke tanahair... semuga ayim dapat menyambung pelajarannya yang tertinggal dan berjaya mendapatkan ijazah yang dicita-citakannya... Insya'Allah....

mummy said...

ayim konvo ngn kak intan...kekeke...

anyway, nampak ayim mcm sami pulak drpd jauh...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah dan Ayim,

Berkat kesabaran dan ketabahan Ayim dan akak sekeluarga.. insyallah cita2 ayim menghabiskan studynya akan berjaya suatu hari nanti. Yg penting jaga kesihatan dan terus kuat semangat.

Just do the best and Allah do the rest.

Cantik sungguh bangunan dan pemandangan persekitaran tmpt belajar ayim..untung sesiapa yg bertuah dpt belajar di sana kan..

Mama said...

Salam DM
T.kasih kerana sentiasa mendoakan.

Mummy
iyolah... Ayim balik ni akan mula buat thesis dia.. bolehlah buat sama2...

Dia terlupa bwk topi...tu yg nampak kepala botak tu tp dia nak posing

Salam Yati
Insyaallah... moga2 Allah permudahkan semua urusan Ayim selepas ini