text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday, 29 July 2010

Syukur... rahmat Allah menyebelahi kami

Ada dua peristiwa penting yang berlaku di dalam masa sepuluh hari........

19hb Julai... pukul 9.15 pagi, kami berada di Seacroft Hospital, Leeds. Hari ini doktor akan mengeluarkan 'stent' yang telah berada di dalam badan Ayim selama lima bulan lebih. Dr. Lloyds, yang merawat Ayim di Hospital St. James, mengarahkan kami supaya datang ke hospital ini.

Pemandangan di kawasan hospital.... bangunan lama... dari luar nampak buruk je tetapi di dalam semuanya OK.... layanan tetap memuaskan.









Ayim bersedia untuk masuk ke bilik rawatan... berdebar, risau dan takut


Sekejap je... lebih kurang setengah jam sudah selesai dan di suruh berehat sebelum di benarkan pulang


Baru mampu tersenyum ..... dan berasa lega. Sudah tidak ada bendasing lagi di dalam badan
 
Sedang berehat di luar sambil menunggu teksi untuk ke bas station dan terus pulang ke Manchester








 27hb Julai.... kami sekali lagi berada di Leeds.  Pukul 3.30 petang kami telah berjumpa dengan Dr. Johnson buat kali yang terakhir. Tujuan pertemuan ini ialah untuk mengetahui keputusan CT Scan yg telah diambil pada 14hb.


Jambangan bunga segar di kaunter resepsi

Hati memang berdebar-debar.... ini adalah penentuan. Walaupun keputusan lepas menunjukkan tumor itu hanya tinggal lagi 10%.... tetapi kami tetap suspen. Apa-apa pun boleh berlaku di saat akhir.

Alhamdulillah........  syukur ........ rahmat Allah masih menyebelahi kami.     Dr. Johnson memberitahu semuanya OK... 'stent' sudah berjaya dikeluarkan dan tidak ada masalah. Darah pun sudah kembali normal.  Kiranya, semuanya berakhir seperti yang kami inginkan. Dia nasihatkan supaya setiap tiga bulan sekali membuat CT Scan untuk memastikan tumor itu tidak hidup semula.


Ayim sedang menelefon papa memberitahu berita gembira ini

Sesekali 'melanggar' pantang.... celebrate makan ice cream



Buku-buku yang di beri percuma oleh UK Macmillan Cancer support




Syukur... beribu kali syukur. Tetapi ini tidak bermakna PERJUANGAN aku sudah berakhir. Selepas ini, cabaran aku ialah untuk memastikan tumor itu lenyap terus.... PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN......

Pukul 6 petang kami bertolak balik ke Manchester.  Buat ketika ini, aku boleh tersenyum lega.....










Bahgianya..... menikmati keindahan alam ciptaan YANG MAHA ESA

12 comments:

Anonymous said...

Salam Mama
Syukur alhamdulillah .. kita tumpang gembira dan bahagia. Jom, kita selebret dgn semangkok Sundae??

Word verif: alathiot <- cute kan??

kakcik said...

Syukur Alhamdulillah.. kakcik tumpang gembira mendengar berita baik ini. :)

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah snw... kak zah dah ayim dah berjaya dalam perjuangan ini... semuga terus berjaya lagi dan lagi..
pemandangan dan bunga2 yg kak zah ambil sepanjang perjalanan turut kami nikmati.. terima kaseh...

Mama said...

Salam Anon

T.kasih sudi singgah...choc sundae adalah fav kami... jom... kat mana nak celebrate???


Salam kakcik

T.kasih


Salam DM

Yes... perjuangan mesti diteruskan

Ini adalah gambar2 terakhir di sepanjg hiway Leeds-Manchester
Selepas ini hiway Sban-KL

Anonymous said...

salam mama,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah snw.saya disini terus mendoakan semoga mama dan ayim sihat amin...2.
Cantikan pemandangan di sana....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam buat k.zah dan ayim,

Hanya ucapan syukur ke hadrat Allah yg memberi berita gembira ini kpd k.zah sekeluarga. Syukur segala penanggungan, perih jerih, usaha dan kesabaran selama ini terbalas akhirnya. Mudah2an ia terus membawa kpd penyembuhan 100% insyallah.

Ingin berkongsi ilmu tentang erti syukur;

Bersyukur ialah memuji Allah di atas segala nikmatNya dan memandang bahawa segala puji adalah bagi Allah..sedang manusia itu hanya sebab bagi mendapatkan rahmat itu.

Syukur itu ada 3 bahagian:

1) Syukur dgn lidah, mengucap pujian terhadap Allah.

2) Syukur dgn hati, redha dan senang dgn apa yg diberi Allah.

3) Syukur dgn anggota, mengarahkan segala nikmat yg diberi ke tempat yg diredhai Allah SWT.

Khabar gembira ini pasti menjadi hadiah paling berharga buat k.zah sekeluarga. Pastinya Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini paling meriah kan k.zah...alhamdulillah.

Mama said...

Salam Anon

T.kasih sudi singgah & sudi mendoakan kesejahteraan kami



Salam Yati

T.kasih sudi berkongsi ilmu dan sentiasa mendoakan kami sekeluarga.

Alhamdulillah....buat masa ini semuanya berakhir seperti yg diharapkan.... syukur 1,2,3

anon suria said...

alhamdulillah.....semoga ayim sentiasa sihat dan kembali sihat seperti sediakala. semuanya berkat doa yang tidak putus dan kesabaran auntie menjaga ayim.

take care ayim & auntie .

syukur alhamdulillah.

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, Alhamdulillah... Allah, Maha Esa memberi nikmat bahagia dgn berita ini. Baru dua jam lepas doa ku masih ku panjatkan pada Maha Pencipta buat Ayim dlm majlis ilmu. Shukur tak terkata. Harap dapat berjumpa nanti bila dah tiba M'sia. InsyaAllah.

fa*atip said...

salam Mama. Alhamdulillah...entah kenapa setiap kali fa baca entri Mama kan, ada satu perasaan halus nun jauh di sudut hati.....**sambil menghayati lagu Anuar Zain**

Let us together make doa, right?

Mama said...

Salam Su.... tak sangka Su baca blog auntie. T. kasih dan tahniah dpt baby girl


Salam Maznah.... insyaallah kita pasti kan berjumpa di Msia. T. kasih kerana sentiasa mendoakan kami


Salam Fa.... mama pun tak boleh nak jwb.... tp mungkin sbb kita sama2 mempunyai anak...hanya seorang ibu yg dpt memahami hati seorg ibu lain yg sdg di dalam kesusahan.... TQ for the doa

Azren Aida said...

semoga ayim cepat2 sembuh..n kuatkan semngat dlam smua ujian yg mendatang..aminn