text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 9 September 2010

Selamat Hari Raya

Syukur Alhamdulillah.... selesai sudah sebulan berpuasa. Hari ini kita menyambut Syawal tiba.

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini. Jika ada coretan yang menyinggung hati, kami meminta ampun dan maaf. Sesungguhnya kami sekeluarga amat berterima kasih diatas doa sekelian....walaupun kita belum pernah bersua, tetapi anda semua sudi mendoakan kesihatan Ayim sehingga Ayim selamat pulang kepangkuan keluarga. Ada juga sahabat yang membuat sembahyang hajat. Sebagai ibu bapa Ayim, kami amat terharu..... hanya Tuhan yang akan membalas segala jasa baik sekelian.

Semoga silaturrahim ini berkekalan.... insyaallah jika ada kesempatan, kita akan bersua juga. 




Jika ada jarum patah
Jangan disimpan di atas peti
Kalau ada silap dan salah
Mohon kami dimaafi


5 comments:

Ibu n Abah said...

Selamat Hari Raya Kak Zah...
sekali-sekala saya datang singgah sini...
tumpang dengar lagu...
dan tengok gambar-gambar bunga-bunga kak zah...
selesa sungguh lah rumah kak zah ni...
dan taste pilihan lagu kak zah memang sedap...

Mama said...

Selamat Hari Raya DM

wah wah... nampaknya taste kita serupa.... serasi lah tu...

setakat dengar lagu dan tengok bunga2 tak de masalah.... silakanlah bila2 masa

FaAtip said...

Assalamualaikum and selamat hari raya! Lamanya mama nii...salam to Ayim...

FaAtip said...

Lamanya mama cutiiii...hehe

Mama said...

Salam Fa.... samalah tu

Fa cuti dulu... mama baru je nak bercuti...selamat hari raya maaf zahir batin